Jantung kita mengepam hampir 2,000 gelen darah ke seluruh tubuh badan kita setiap hari. Sebagai otot yang bekerja keras di dalam tubuh badan kita, jantung kita memerlukan sejumlah tenaga yang sangat besar bagi berfungsi dengan cekap.
Tenaga tersebut diperolehi dengan bantuan nutrien yang dipanggil Coenzyme Q10 (CoQ10) yang berperanan dalam membantu kesihatan salur darah. CoQ10 dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh dan wujud di dalam semua sel kita. Dengan pengambilan makanan dapat membantu mengekalkan tahap CoQ10.
Akan tetapi amaun CoQ10 yang diperolehi daripada pemakanan secara tipikalnya adalah kurang daripada 10 mg sehari. Haruslah diingatkan faktor seperti diet tidak seimbang, faktor usia dan pendedehan harian kepada radikal bebas akan meningkatkan lagi keperluan nutrien yang amat penting.
CoQ10 adalah komponen yang penting dalam penghasilan tenaga di dalam sel. Ia berada di dalam mitokondria iaitu stesen janakuasa sel. Ia menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang dapat digunakan sepanjang hari.
Ia juga adalah antioksidan yang kuat dan melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas. Tahap CoQ10 akan menurun apabila usia kita meningkat dan penggunaan statin bagi menurunkan kolesterol mengakibatkan tahap CoQ10 semakin rendah di dalam tubuh kita.
Dengan pengambilan makanan tambahan atau lebih dikenali supplemen dapat membantu dalam menjana kesihatan jantung yang sihat.
COQ TROL PLUS SHAKLEE
CoQ Trol Plus dihasilkan daripada campuran semulajadi proprietari 100 mg CoQ10 dan resveratrol di dalam softgel yang bioavailable.
CoQ-Trol Plus telah terbukti :
✅ Membantu penghasilan tenaga di dalam organ jantung
CoQ10 meningkatkan penghasilan tenaga di dalam otot jantung, menambah kekuatan mengepamnya, meningkatkan peredaran darah, mengurangkan serangan angina dan mengurangkan palpitasi jantung.
✅ Menggalakkan dan melindungi arteri yang sihat dari oksidasi LDL
Banyak kajian menunjukkan CoQ10 mempunyai potensi dalam mengurangkan tekanan darah secara semulajadi tanpa kesan sampingan. Bertindak sebagai antioksidan yang kuat dalam menghalang oksidasi LDL kolesterol "tidak baik" dan menghalangnya daripada melekat dan menyumbat saluran darah.
✅ Meningkatkan tenaga
CoQ10 membantu menambah dan mengekalkan tenaga, menambah stamina dan mengurangkan kelesuan. Kajian juga mendapati supplemen harian dapat mengatasi simptom-simptom kelesuan.
✅ Kecerdasan Mental
CoQ10 merancakkan sel-sel otak yang seterusnya meningkatkan kecerdasan mental, memori dan keupayaan kognitif. Kajian menunjukkan supplemen CoQ10 mengurangkan serangan migraine, pening dan rasa loya.
✅ Kulit yang lebih muda
CoQ10 meningkatkan peredaran darah dan membekalkan tisu kulit dengan oksigen dan nutrisi bagi pemulihan, rejuvenasi dan penghasilan kollagen. Ini membantu agar kulit lebih tegang, lebih cerah dan berseri.
✅ Meningkatkan kesuburan
CoQ10 membantu mengurangkan stress oksidatif terbukti bagi mewujudkan persekitaran yang lebih sihat bagi meningkatkan kiraan sperma, pergerakan sperma dan mutu sperma. Ia juga membantu meningkatkan mutu ovum wanita.
CoQ-Trol juga mengandungi resveratrol yang terbukti berkesan dalam merehatkan saluran darah dan membantu pengaliran darah.
Berapakah jumlah pengambilan dietari Coenzyme Q10 yang kita perlukan?
Manfaat CoQ-Trol Plus
Apa yang menjadikan CoQ-Trol Shaklee ISTIMEWA?
No comments:
Post a Comment