Tuesday, July 25, 2023

Tips Travel Bersama Saya


Assalamualaikum & hello semua,


Adakah anda seorang yang suka travel ke sana ke sini? Tidak kiralah dalam atau luar negara..

Kita wanita-wanita paling suka bila pergi travel. Betul tak?

Travel dengan pasangan, family atau kawan-kawan memang best sebabkan kita dapat memotret memori indah sepanjang kita travel ke sesuatu tempat. 

Kebiasaannya ada yang suka travel ini sebab nak tengok dunia luar, keindahan sesebuah negara, culture dan bermacam-macam lagi.

Tapi sebelum plan kita untuk travel ini, mesti kita perlukan tips travel agar pengurusan dan perjalanan kita dapat berjalan dengan lancar.

Adakah anda seorang yang buat kerja 'last minute' atau 'get ready' dari awal? Atau mungkin inilah pertama kali anda pergi travel?

Bagi anda yang pertama kali pergi travel, tips travel ini akan membantu anda membuat persiapan.


Research tempat yang anda ingin kunjungi


Di zaman serba moden, apa yang kita nak semua berada dihujung jari. Lakukan pencarian melalui Facebook, Instagram, Google atau mana-mana info tentang tempat-tempat yang menarik yang bakal anda kunjungi. Info-info ini sangat berguna pada anda apabila tiba ke destinasi anda tanpa membuang masa.


Merancang hari pertama bercuti


Hari pertama tiba di destinasi adalah sangat penting untuk anda. Sebab apa? Sebab hari pertama akan menentukan percutian anda itu akan berjalan dengan lancar ataupun tidak. Jadi kita harus pastikan selok belok tempat yang anda kunjungi agar tidak sesat.

Memastikan tempat penginapan anda mempunyai kemudahan awam dan berhampiran dengan tempat-tempat yang menarik untuk anda kunjungi dan pelbagai lagi.


Merancang hari terakhir bercuti


Pastikan anda merancang waktu anda dengan baik supaya hari terakhir anda tidak berakhir dengan keadaan kelam kabut atau huru hara. Pastikan anda tidak tertinggal jadual penerbangan, check-out hotel pada waktu yang telah ditetapkan, memeriksa semula dokumen-dokumen perjalanan terutamanya passport anda dan barang-barang anda. 


Kenal pasti jarak di antara tempat penginapan dengan lapangan terbang agar anda dapat mengagak waktu yang terbaik untuk tiba di lapangan terbang.


Menukar mata wang


Jika anda travel ke luar negara yang memerlukan pertukaran mata wang, pastikan wang anda mencukupi. Jangan bergantung pada kaedah pembayaran tanpa tunai seperti online transfer,QR dan sebagainya. Anda tetap perlukan wang tunai jika berlaku sebarang kecemasan.

Pastikan kad bank anda diaktifkan bagi melakukan transaksi untuk luar negara.


Download aplikasi yang penting


Manfaatkan handphone anda dengan memuat turun segala aplikasi-aplikasi yang penting bagi kegunaan ketika melancong ke luar negara.

Aplikasi-aplikasi ini akan membantu anda seperti memuat turun aplikasi untuk menempah hotel, muzik, tempat makan dan sebagainya.


Semak cuaca


Jika anda merancang ke negara yang memiliki 4 musim, tentukan musim mana yang sesuai untuk anda ingin kunjungi. Contohnya, anda ingin bercuti ke negara yang bermusim sejuk pada ketika itu, adalah tidak disarankan anda bercuti ketika cuaca sejuk jika anda tidak tahan pada suhu sejuk. Kerana ini akan manjadikan percutian anda tidak menyeronokkan nanti.

Tujuan anda menyemak cuaca agar anda dapat merancang pakaian-pakaian yang bersesuaian dipakai pada ketika itu. Mungkin perkara ini nampak remeh tapi anda akan tahu kepentingannya nanti.


Insurans perjalanan


Sebelum anda pergi melancong, pastikan anda telah membeli satu pelan insurans perjalanan untuk diri anda. Ini adalah sangat penting untuk anda agar sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini ketika sedang bercuti anda dilindungi dengan pelan insurans perjalanan anda.


Nampak remeh bukan? Tapi ketahuilah bahawa tips travel yang saya kongsikan ini jika anda fikirkan semula kadang benda yang remeh ini lah yang akan buat percutian kita tidak seronok. 


P/s : Masa adalah penting bagi memastikan kita berasa seronok dan enjoy the moment. Betul tak? Kalau betul jangan lupa ikuti tips travel bersama saya. 


No comments:

Post a Comment

Pain Relief Sahklee Untuk Sakit Sendi

 APA ITU SAKIT SENDI? Adakah anda mengalami sakit sendi?  Sakit sendi adalah satu rasa dimana anda berasa tidak selesa, sakit atau keradanga...