Sunday, April 5, 2026

Rahsia Buah Kurma Yang Ramai Tidak Sedar


Selamat berhujung minggu uolls


Hari ni aku mahu berkongsi tentang buah yang menjadi makanan wajib ketika di bulan puasa. Tapi sebenarnya buah ni sangat disarankan untuk makan di bulan-bulan lain sebab khasiat yang terdapat pada buah tersebut sangat baik untuk kesihatan tubuh.


Buah tamar atau lebih di kenali di Malaysia dengan nama - buah kurma


Pokok tamar disebut di dalam Al-Quran beberapa kali (samada dengan sebutan an-Nakhl atau an-Nakhil)


Allah SWT berfirman :

“Dia yang menurunkan air dari langit. Maka Kami tumbuhkan dengan air itu dengan bermacam jenis tumbuh-tumbuhan. Maka Kami keluarkan daripadanya daun-daun yang menghijau. Kami keluarkan daripadanya biji-biji yang tersusun-susun. Daripada mayang pohon kurma Kami keluarkan buah kurma dengan tangkainya yang berdekatan dan lagi Kami tumbuhkan kebun-kebun daripada pokok anggur, zaitun dan delima yang serupa dan tidak serupa. Kamu perhatikanlah buahnya bila ia berbuah dan buahnya yang telah masak. Sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi golongan yang mahu beriman.” (Surah Al-An’am:99)


Allah SWT juga telah memilih buah tamar sebagai makanan Maryam ibunya Nabi Isa a.s ketika melahirkannya. Allah berfirman:

“Dan goyangkanlah (wahai Maryam) pohon tamar itu ke arahmu nescaya pohon itu akan menggugurkan buah tamar yang masak kepadamu. Makanlah dan minumlah dan bersenang hatilah.” (Surah Maryam:25-26)


Buah tamar adalah buah yang mengenyangkan & sunat dimakan beberapa biji sebelum makanan lain ketika berbuka puasa.


Buah tamar mengandungi;

✔️ 15 jenis garam & mineral

✔️ kaya dengan vitamin

✔️ mempunyai kadar 44-88% karbohidrat

✔️ memiliki 6.4-11.5% serat

✔️ memiliki 2.3-5.6% protein


Mineral yang terdapat di dlm buah tamar;

✅ potassium

✅ kalsium

✅ besi

✅ magnesium

✅ sodium

✅ zink

✅ florin


Selain itu terdapat 23 jenis asid amino & juga mengandungi selenium yg baik utk sistem imuniti badan.


Buah tamar juga kaya dengan Vitamin C, B1, B2 & vitamin A. Kerana itulah buah tamar dianggap sebagai makanan yang sempurna kerana mengandungi pelbagai unsur yang diperlukan badan manusia.


Dalam buku Quran Saintifik yang dituliskan oleh Dr. Danial Zainal Abidin, kajian pakar mendapati orang-orang tinggal di padang pasir jarang menghidap kanser kerana makanan rutin harian mereka adalah buah tamar. Buah tamar memiliki kadar magnesium yang tinggi sehingga mampu mencegah masalah kanser.


Bagi mereka yang memakan buah tamar akan memperoleh tenaga segera disebabkan jenis glukosa & fruktosa yang terdapat di dalam buah tamar terus menyerap ke dalam badan dengan cepat tanpa melalui proses pengahadaman biasa.


Sebab itu lah Baginda SAW menggalakkan umatnya berbuka puasa terlebih dahulu dengan memakan buah tamar dalam bilangan ganjil agar badan yang terasa lesu sepanjang hari berpuasa menjadi lebih bertenaga.


Buah tamar juga sangat bagus bagi ibu mengandung kerana buah tamar mengandungi magnesium yang berfungsi bagi jantung & sistem peredaran darah.


Merujuk pada buku yang bertajuk Pengubatan dan Penyembuhan Menurut Wahyu Nabi yang ditulis oleh seorang doktor perubatan, Dr. Ahmad Halimi & teman-temannya telah membuktikan bahawa buah tamar bagus untuk wanita yang melahirkan anak dengan pengambilan buah tamar akan mengembalikan tenaga kepada tubuh yang kelesuan.


Dalam buah tamar mengandungi hormon oksitosin yang membantu proses kelahiran melalui proses pengecutan otot-otot. Proses ini baik bagi mengatasi masalah pendarahan ketika melahirkan. Ia juga turut membantu proses penyusuan bayi berjalan dengan sempurna. Hormon ini juga membuatkan hati menjadi lembut & membangkitkan perasaan kasih sayang dalam sanubari.


Daripada Salaman bin Qais, dia berkata bahawa Baginda Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud:

“Berilah makan para wanita yang sedang nifas (baru bersalin) dengan tamar (kurma masak). Sesiapa yang ketika nifas, makanannya adalah buah tamar, maka anaknya akan menjadi seorang yang pemurah hati. Ia merupakan makanan Maryam ketika melahirkan Isa. Kalaulah Allah tahu makanan yang lebih baik baginya dibandingkan buah tamar, pasti Allah akan memberikannya kepada Maryam.” (Riwayat Ibnu Asakir)


Dalam buku Dr. Ahmad Halimi (Pengubatan & Penyembuhan Menurut Wahyu Nabi) ia mengesahkan buah tamar juga baik untuk perkembangan otak & saraf utama - terutamanya bagi janin kerana ia mengandungi hormon estrogen.


Hormon estrogen baik untuk tulang, payudara, kulit & mengatasi masalah kerapuhan tulang. Bayi yang menyusu daripada ibu yang memakan buah kurma juga akan mengalami pertumbuhan saraf yang sempurna.


Buah tamar kaya dengan vitamin A yang menjaga ;

☘️ Kelembapan mata

☘️ Mengatasi masalah mata yang kabur

☘️ Menguatkan saraf penglihatan

☘️ Memberikan ketenangan jiwa

☘️ Baik untuk usus

☘️ Mengatasi masalah pening

☘️ Lesu & rasa malas


Buah tamar juga baik untuk melancarkan air kencing, baik untuk jantung & buah pinggang.


Menurut tulisan daripada Ibnu Qayyim al-Jauziyah yang mengakui khasiat yang terdapat dalam buah tamar;

🍀 menguatkan perut (usus)

🍀 menguatkan ingatan

🍀 menyuburkan badan

🍀 menyembuhkan penyakit

🍀 mengenyangkan

🍀 menguatkan hati

🍀 menambah tenaga badan


Pengkaji perubatan Islam - Aiman Abdul Fattah dalam bukunya mengakui khasiat buat tamar;

🌿 membantu proses kelahiran

🌿 mengatasi pendarahan ketika kelahiran

🌿 menambah jumlah air susu badan

🌿 melembutkan hati

🌿 menimbulkan perasaan kasih sayang secara semulajadi

🌿 menambah produktiviti sperma

🌿 mengatasi masalah cacing (jika dimakan sebelum makan pagi)


Imam Zahabi dalam kitabnya at-Tibbun Nabawai mengakui khasiat buah tamar;

🌱 berkesan untuk mencuci perut

🌱 mengatasi masalah sembelit berpanjangan

🌱 menguatkan otot-otot

🌱 melegakan urat saraf

🌱 baik bagi mereka yang kekurangan darah

🌱 bagus untuk mereka yang sakit dada


Setelah selesai korang mengetahui khasiat yang baik dalam buah kurma adakah korang akan jadikan ia salah 1 makanan wajib untuk mendapatkan khasiat buah tubuh korang?

Jom amalkan makanan sunnah bermula hari ini 😃

Sumber : Buku Rahsia makanan sunnah






No comments:

Post a Comment

Rahsia Buah Kurma Yang Ramai Tidak Sedar

Selamat berhujung minggu uolls Hari ni aku mahu berkongsi tentang buah yang menjadi makanan wajib ketika di bulan puasa. Tapi sebenarnya bua...