Friday, July 28, 2023

Kepentingan Vitamin E Kepada Kesihatan


Pengenalan tentang Vitamin E

Vitamin E ialah vitamin larut lemak dan nutrien penting untuk tubuh manusia. Ia terkenal dengan sifat antioksidan yang bermaksud ia melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. 

Radikal bebas adalah molekul yang tidak stabil dan boleh membahayakan sel serta menyumbangkan kepada pelbagai masalah kesihatan seperti penuaan dan penyakit tertentu.

Istilah "vitamin E"sebenarnya merujuk kepada sekumpulan lapan sebatian larut lemak yang merangkumi empat tokoferol (tocopherols) dan empat tokotrienol (tocotrienols). 

Vitamin E wujud secara semula jadi dalam lapan bentuk kimia yang mempunyai tahap aktiviti biologi yang berbeza-beza. Alfa-tokoferol adalah satu-satunya bentuk yang diiktiraf untuk memenuhi keperluan manusia.



Vitamin E penting untuk tubuh kita

Penanda tekanan oksidatif dan tahap plasma alanine transferase (ALT) meningkat dan kepekatan antioksidan yang beredar dikurangkan pada individu yang mempunyai rintangan insulin. Vitamin E meningkatkan kawalan glisemik pada penghidap diabetes.

Tubuh memerlukan vitamin E untuk meningkatkan sistem kekebalan. Selain itu juga, vitamin E berguna untuk mencegah terjadinya pergumpalan darah. Vitamin E juga digunakan sel untuk berinteraksi satu sama lain.



Vitamin E merupakan nutrisi yang banyak ditemui di makanan. Vitamin E banyak terdapat di liver sebelum dilepaskan ke seluruh tubuh melalui darah.



Sebab kekurangan Vitamin E

Kekurangan vitamin E dapat disebabkan oleh beberapa sebab yang membuatkan tubuh tidak dapat menyerap lemak secara maksima, termasuk kurang pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak.


➤ Kekurangan vitamin E boleh disebabkan oleh banyak faktor, seperti :

➤ Keradangan pankreas kronik

➤ Masalah pengaliran hempedu

➤ Cystic fibrosis

➤ Masalah hati seperti biliary cirhosis iaitu kerosakan struktur laluan hempedu

➤ Penyakit Crohn's iaitu keradangan pada usus kecil dan besar

➤ Masalah usus pendek yang berlaku setelah pembedahan usus besar dalam kalangan pesakit kanser usus


Simptom dan tanda kekurangan vitamin E


Terdapat beberapa simptom yang akan berlaku jika mengalami kekurangan vitamin E

⇨ Kesukaran berjalan, ini terjadi kerana vitamin E penting untuk sistem saraf

⇨ Masalah koordinasi, ia juga berpunca daripada kerosakan neuron iaitu neuron purkinjie dan mengganggu perghantaran signal

⇨ Gangguan penglihatan, hal ini kerana vitamin E yang kurang melemahkan pengesan cahaya di retina dan menyebabkan kehilangan penglihatan jika dibiarkan

⇨ Tubuh badan lesu dan gangguan sistem imun

⇨ Rasa kebas dan mencucuk kerana kerosakkan pada fiber pada saraf yang menghalang penghantaran signal


Vitamin E mempunyai banyak fungsi penting di dalam sistem saraf kerana saraf diselaputi dengan lemak. Apabila badan mengalami kekurangan vitamin E, jumlah anti oksidan bagi melindungi lapisan lemak tersebut adalah rendah dan menyebabkan kerosakkan struktur saraf.


Selain daripada pengambilan makanan yang mengadungi vitamin E, dengan pengambilan suplemen dapat membantu anda mendapatkan khasiat dan kebaikan yang terdapat dalam suplemen.



Vitamin E Complex Shaklee


Kandungan yang terdapat di dalam Vitamin E Complex Shaklee


Manfaat yang terdapat dalam Vitamin E Complex Shaklee


Kebaikan Vitamin E Complex untuk tubuh badan


P/s Untuk mendapatkan Vita-E Complex Shaklee anda boleh order daripada saya. Jangan lupa follow media sosial saya untuk mendapatkan lebih banyak info tentang kesihatan, bisnes dan juga produk-produk Shaklee.


Instagram : elly.shaklee.kk

#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#Pengedarshakleekotakinabalu
#Shakleemalaysia

No comments:

Post a Comment

Pain Relief Sahklee Untuk Sakit Sendi

 APA ITU SAKIT SENDI? Adakah anda mengalami sakit sendi?  Sakit sendi adalah satu rasa dimana anda berasa tidak selesa, sakit atau keradanga...