Sunday, April 5, 2026

Rahsia Buah Kurma Yang Ramai Tidak Sedar


Selamat berhujung minggu uolls


Hari ni aku mahu berkongsi tentang buah yang menjadi makanan wajib ketika di bulan puasa. Tapi sebenarnya buah ni sangat disarankan untuk makan di bulan-bulan lain sebab khasiat yang terdapat pada buah tersebut sangat baik untuk kesihatan tubuh.


Buah tamar atau lebih di kenali di Malaysia dengan nama - buah kurma


Pokok tamar disebut di dalam Al-Quran beberapa kali (samada dengan sebutan an-Nakhl atau an-Nakhil)


Allah SWT berfirman :

“Dia yang menurunkan air dari langit. Maka Kami tumbuhkan dengan air itu dengan bermacam jenis tumbuh-tumbuhan. Maka Kami keluarkan daripadanya daun-daun yang menghijau. Kami keluarkan daripadanya biji-biji yang tersusun-susun. Daripada mayang pohon kurma Kami keluarkan buah kurma dengan tangkainya yang berdekatan dan lagi Kami tumbuhkan kebun-kebun daripada pokok anggur, zaitun dan delima yang serupa dan tidak serupa. Kamu perhatikanlah buahnya bila ia berbuah dan buahnya yang telah masak. Sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi golongan yang mahu beriman.” (Surah Al-An’am:99)


Allah SWT juga telah memilih buah tamar sebagai makanan Maryam ibunya Nabi Isa a.s ketika melahirkannya. Allah berfirman:

“Dan goyangkanlah (wahai Maryam) pohon tamar itu ke arahmu nescaya pohon itu akan menggugurkan buah tamar yang masak kepadamu. Makanlah dan minumlah dan bersenang hatilah.” (Surah Maryam:25-26)


Buah tamar adalah buah yang mengenyangkan & sunat dimakan beberapa biji sebelum makanan lain ketika berbuka puasa.


Buah tamar mengandungi;

✔️ 15 jenis garam & mineral

✔️ kaya dengan vitamin

✔️ mempunyai kadar 44-88% karbohidrat

✔️ memiliki 6.4-11.5% serat

✔️ memiliki 2.3-5.6% protein


Mineral yang terdapat di dlm buah tamar;

✅ potassium

✅ kalsium

✅ besi

✅ magnesium

✅ sodium

✅ zink

✅ florin


Selain itu terdapat 23 jenis asid amino & juga mengandungi selenium yg baik utk sistem imuniti badan.


Buah tamar juga kaya dengan Vitamin C, B1, B2 & vitamin A. Kerana itulah buah tamar dianggap sebagai makanan yang sempurna kerana mengandungi pelbagai unsur yang diperlukan badan manusia.


Dalam buku Quran Saintifik yang dituliskan oleh Dr. Danial Zainal Abidin, kajian pakar mendapati orang-orang tinggal di padang pasir jarang menghidap kanser kerana makanan rutin harian mereka adalah buah tamar. Buah tamar memiliki kadar magnesium yang tinggi sehingga mampu mencegah masalah kanser.


Bagi mereka yang memakan buah tamar akan memperoleh tenaga segera disebabkan jenis glukosa & fruktosa yang terdapat di dalam buah tamar terus menyerap ke dalam badan dengan cepat tanpa melalui proses pengahadaman biasa.


Sebab itu lah Baginda SAW menggalakkan umatnya berbuka puasa terlebih dahulu dengan memakan buah tamar dalam bilangan ganjil agar badan yang terasa lesu sepanjang hari berpuasa menjadi lebih bertenaga.


Buah tamar juga sangat bagus bagi ibu mengandung kerana buah tamar mengandungi magnesium yang berfungsi bagi jantung & sistem peredaran darah.


Merujuk pada buku yang bertajuk Pengubatan dan Penyembuhan Menurut Wahyu Nabi yang ditulis oleh seorang doktor perubatan, Dr. Ahmad Halimi & teman-temannya telah membuktikan bahawa buah tamar bagus untuk wanita yang melahirkan anak dengan pengambilan buah tamar akan mengembalikan tenaga kepada tubuh yang kelesuan.


Dalam buah tamar mengandungi hormon oksitosin yang membantu proses kelahiran melalui proses pengecutan otot-otot. Proses ini baik bagi mengatasi masalah pendarahan ketika melahirkan. Ia juga turut membantu proses penyusuan bayi berjalan dengan sempurna. Hormon ini juga membuatkan hati menjadi lembut & membangkitkan perasaan kasih sayang dalam sanubari.


Daripada Salaman bin Qais, dia berkata bahawa Baginda Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud:

“Berilah makan para wanita yang sedang nifas (baru bersalin) dengan tamar (kurma masak). Sesiapa yang ketika nifas, makanannya adalah buah tamar, maka anaknya akan menjadi seorang yang pemurah hati. Ia merupakan makanan Maryam ketika melahirkan Isa. Kalaulah Allah tahu makanan yang lebih baik baginya dibandingkan buah tamar, pasti Allah akan memberikannya kepada Maryam.” (Riwayat Ibnu Asakir)


Dalam buku Dr. Ahmad Halimi (Pengubatan & Penyembuhan Menurut Wahyu Nabi) ia mengesahkan buah tamar juga baik untuk perkembangan otak & saraf utama - terutamanya bagi janin kerana ia mengandungi hormon estrogen.


Hormon estrogen baik untuk tulang, payudara, kulit & mengatasi masalah kerapuhan tulang. Bayi yang menyusu daripada ibu yang memakan buah kurma juga akan mengalami pertumbuhan saraf yang sempurna.


Buah tamar kaya dengan vitamin A yang menjaga ;

☘️ Kelembapan mata

☘️ Mengatasi masalah mata yang kabur

☘️ Menguatkan saraf penglihatan

☘️ Memberikan ketenangan jiwa

☘️ Baik untuk usus

☘️ Mengatasi masalah pening

☘️ Lesu & rasa malas


Buah tamar juga baik untuk melancarkan air kencing, baik untuk jantung & buah pinggang.


Menurut tulisan daripada Ibnu Qayyim al-Jauziyah yang mengakui khasiat yang terdapat dalam buah tamar;

🍀 menguatkan perut (usus)

🍀 menguatkan ingatan

🍀 menyuburkan badan

🍀 menyembuhkan penyakit

🍀 mengenyangkan

🍀 menguatkan hati

🍀 menambah tenaga badan


Pengkaji perubatan Islam - Aiman Abdul Fattah dalam bukunya mengakui khasiat buat tamar;

🌿 membantu proses kelahiran

🌿 mengatasi pendarahan ketika kelahiran

🌿 menambah jumlah air susu badan

🌿 melembutkan hati

🌿 menimbulkan perasaan kasih sayang secara semulajadi

🌿 menambah produktiviti sperma

🌿 mengatasi masalah cacing (jika dimakan sebelum makan pagi)


Imam Zahabi dalam kitabnya at-Tibbun Nabawai mengakui khasiat buah tamar;

🌱 berkesan untuk mencuci perut

🌱 mengatasi masalah sembelit berpanjangan

🌱 menguatkan otot-otot

🌱 melegakan urat saraf

🌱 baik bagi mereka yang kekurangan darah

🌱 bagus untuk mereka yang sakit dada


Setelah selesai korang mengetahui khasiat yang baik dalam buah kurma adakah korang akan jadikan ia salah 1 makanan wajib untuk mendapatkan khasiat buah tubuh korang?

Jom amalkan makanan sunnah bermula hari ini 😃

Sumber : Buku Rahsia makanan sunnah






Friday, April 3, 2026

Sakit Lutut Walaupun Masih Muda? Ini 5 Punca Utama Yang Ramai Abaikan


Pernahkah korang rasa sakit lutut walaupun umur masih muda? Naik tangga rasa mencucuk, bangun pagi terasa ketat….


Ramai anggap ini perkara biasa. Tapi sebenarnya, ia mungkin adalah tanda awal korang mengalami masalah sendi dan tulang.

📌 KEKURANGAN KALSIUM
Kalsium penting untuk kekuatan tulang. Jika tidak mencukupi tulang akan menjadi lemah dan mudah terjejas.

📌 KURANG PERGERAKAN
Duduk terlalu lama boleh menyebabkan sendi menjadi kaku. Pergerakan penting untuk memastikan sendi kekal fleksibel.

📌 BERAT BADAN BERLEBIHAN
Berat badan yang tinggi memberi tekanan tambahan pada lutut. Ini mempercepatkan kehausan sendi.

📌 KEKURANGAN MAGNESIUM
Magnesium bangu fungsi otot dan saraf. Tanpa magnesium yang cukup, otot mudah tegang dan sakit.

📌 KURANG NUTRISI LENGKAP
Ramai hanya fokus kepada satu nutrien sahaja. Hakikatnya, tulang perlukan kombinasi nutrisi untuk kekal kuat.

💡 APA YANG BOLEH DILAKUKAN?

✔️ Jaga pemakanan seimbang
✔️ Aktif bergerak
✔️ Pastikan tubuh cukup nutrisi

Sokongan tambahan seperti OsteNutrix boleh membantu dalam melengkapkan keperluan harian.




✨ BAGAIMANA OSTENUTRIX MEMBANTU DALAM MELENGKAPKAN KEPELUAN HARIAN?

🔴 Menguatkan Tulang & Gigi
Gabungan Kalsium, Magnesium dan Vitamin D membantu mengekalkan kepadatan tulang & mencegah kerapuhan.

🔴 Penyerapan Maksiumum
Formulasi khas memastikan kalsium diserap dengan berkesan ke dalam tulang & bukan mendap ke tempat lain.

🔴 Melegakan Sakit Sendi & Otot
Membantu meredakan otot tegang, kejang (cramp), lenguh badan & kebas-kebas terutamanya pada warga emas.

🔴 Membantu Pembentukan Tulang
Zinc, Copper, Manganese & Boron menyokong pembentukan tisu & kolagen tulang.

🔴 Pemulihan Patah Tulang
Nenbekalkan mineral yang mencukupi bagi mempercepatkan proses penyembuhan tulang yang patah.


💛 Kesimpulannya…

Jangan abaikan sakit kecil hari ini..
Ia boleh menjadi masalah besar di masa hadapan.

P/S : Saya merupakan pengedar berdaftar dan agent sah Shaklee. Untuk dapatkan produk-produk Shaklee dari saya atau ikuti laman sosial saya untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Shaklee


#shakleemalaysia #shakleepenampang #shakleekotakinabalu #shakleesabah #jomsihatbah #jomsihatshaklee #pengedarsahshaklee 



Monday, June 2, 2025

Siapa Perlukan Vivix?



Vivix ada suplemen premium daripada Shaklee yang mengandungi ramuan utama iaitu Polifenol & Resveratrol. 

Diformulasikan khas bagi menyokong kesihatan sel, Vivix bertindak dari dalam dengan membantu memperlahankan proses penuaan, meningkatkan tenaga dan melindungi sel daripada kerosakkan.


Siapa perlukan Vivix?


siapa perlukan vivix

✅ Lelaki dan wanita berumur 18 tahun ke atas

✅ Awet muda

✅ Aktif bersukan

✅ Masalah berkaitan mata

✅ Msalah kesihatan seperti diabetes, darah tinggi, gout, batu karang, fibroid

✅ Sibuk bekerja (sukar untuk dapat nutrisi yang cukup)

✅ Ikhtiar hamil / kesuburan

✅ Ingin berusaha untuk berhenti merokok

✅ Pesakit SLE

✅ Kuruskan badan

✅ Alzheimer


Bahan utama Vivix


📌 ANGGUR MUSCADINE


Anggur muscadine adalah salah satu bahan utama dalam Vivix yang menawarkan pelbagai manfaat kesihatan. Ianya kaya dengan polifenol dan mempunyai kulit yang tebal, yang menyimpan banyak antioksidan.

Kajian menunjukkan bahawa anggur muscadine dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan diabetes. Selain itu, ia mengandungi sebatian yang membantu dalam meningkatkan fungsi sel dan menyokong kesihatan otak.


📌 POLYGONUM CUSPIDATUM


Polygonum cuspidatum juga dikenali sebagai Japanese Knotweed adalah sumber utama resveratrol, sebatian yang terkenal dengan kesan anti-penuaan. Resveratrol berfungsi untuk melindungi sel-sel daripada kerosakan dan menggalakkan kesihatan kardiovaskular.

Ia juga dipercayai dapat meningkatkan sensitiviti insulin dan membantu dalam pengawalan berat badan. Penyelidikan menunjukkan bahawa resveratrol dapat mengaktifkan gen yang berperanan dalam memanjangkan hayat sel.


📌 ELDERBERRY


Elderberry terkenal dengan khasiat antioksidannya yang tinggi. Ia mengandungi anthocyanins, yang membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakkan radikal bebas.

Elderberry juga dikaitkan dengan penguatan sistem imun yang penting untuk mencegah pelbagai penyakit. Selain itu ia boleh membantu dalam pengurangan keradangan dan memperbaiki kesihatan jantung.


📌 PURPLE CARROT


Purple Carrot mempunyai sumber terbaik vitamin A dan mengandungi phytochemical. Ia juga mengandungi (antioksidan mujarab) yang bertindak sebagai anti-radang, anti-mikrob, anti-carcinogen yang membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Asid klorogenik di dalamnya bertanggujanwab mengurangkan diabetes.


10 Manfaat Utama Vivix



✔️ Meningkatkan sistem imun badan

✔️ Menokong kesihatan sendi

✔️ Menyokong kesihatan jantung

✔️ Melambatkan proses penuaan

✔️ Bantu tingkatkan tenaga dalam badan

✔️ Bantu kawal gula dalam badan

✔️ Bantu lindungi sel badan

✔️ Bantu kawal berat badan

✔️ Menyokong kesihatan mata


P/S : Saya merupakan pengedar berdaftar dan agent sah Shaklee. Untuk dapatkan produk-produk Shaklee dari saya atau ikuti laman sosial saya untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Shaklee


#shakleemalaysia #shakleepenampang #shakleekotakinabalu #shakleesabah #jomsihatbah #jomsihatshaklee #pengedarsahshaklee #espshaklee #proteinterbaik #kulitkusam #bertenaga #tenagauntukwanita #wanitasihat #sayangdirisendiri


  

Tuesday, May 27, 2025

Kenapa Wanita Perlukan Protein Setiap Hari?


kenapa wanita perlu protein tiap hari


Kenapa Wanita Perlukan Protein Setiap Hari? Ini Jawapan Yang Ramai Tidak Sedar


Kita sebagai seorang wanita...
Rutin harian kita seperti bangun di awal pagi, sediakan sarapan untuk keluarga, kemas rumah, urus suami dan anak-anak, pergi kerja dan balik petang kena masak lagi untuk sediakan makan, sidai baju, bantu anak-anak buat kerja sekolah dan boleh dikatakan 'All in One' kita semua yang uruskan.

Dan kebiasaannya kepentingan untuk diri kita sendiri kita akan letak tepi. Dahulukan keluarga, betulkan?

Kadang nak makan pun tidak sempat, makan ala kadar asal ada isi perut tak pun hanya minum air untuk isikan perut. Kadang malam sudah selesai kerja baru perut 'berpesta' minta kasihan untuk diisi. Last-last makan tengah malam naik berat badan jadi stress...

Tapi bila badan kita dah bagi 'hint' seperti cepat penat, rambut makin gugur, kulit makin kusam walaupun dah guna skincare mahal-mahal, pernahkah kita bertanya pada diri kita sendiri??

"Apa yang kurang sebenarnya dalam badan aku ni?"

Jawapannya mungkin "Protein"

Kenapa wanita sangat perlukan protein? Ini jawapannya...


Menyokong keseimbangan hormon - sangat penting semasa haid, hamil, selepas bersalin dan juga menopaus.

Menguatkan rambut dan kuku - rambut mudah gugur dan kuku rapuh adalah antara tanda awal kekurangan protein.

Menjaga kesihatan kulit - protein diperlukan untuk menghasilkan kolagen secara semulajadi.

Meningkatkan metabolisme - penting bagi pengurusan berat badan.

Membaiki dan membina sel - selepas bersalin, luka atau ketika badan letih.

Membekalkan tenaga tahan lama - bantu kurangkan keletihan harian.


Tanda-tanda Wanita Kekurangan Protien


Kadang kita tidak sedar yang sebenarnya kita kekurangan protein, kerana simptom ini datang secara perlahan-lahan dan kebiasaannya tanda-tanda kehilangan protien seperti di bawah;

📌 Keletihan melampau walaupun sudah cukup tidur
📌 Keguguran rambut lebih banyak daripada biasa
📌 Kulit cepat kusam dan tak anjal
📌 Mudah hilang fokus dan mudah marah
📌 Kerap rasa lapar walaupun dah makan
📌 Otot menjadi lemah atau lenguh bila bergerak aktif

kenapa wanita perlu protein tiap hari


Kenapa Ramai Wanita Tidak Cukup Protein?


Secara realitinya bukan semua orang mampu makan makanan seimbang setiap hari. Untuk capai jumlah protein yang disarankan, kita perlu mengambil makanan seperti di bawah bagi mencukupi pemakanan seimbang.

✔️ Telur
✔️ Ikan
✔️ Ayam
✔️ Daging
✔️ Kekacang
✔️ Susu atau yogurt

kenapa wanita perlu protein tiap hari


Tapi jikalau kita terlalu sibuk dengan tugasan seharian akan terjadi seperti;

📍 Tidak sempat masak
📍 Tiada selera makan dengan hidangan berat-berat
📍 On diet atau vegetarian
📍 Sedang menyusu dan lapar sepanjang masa

Maka dengan itu kemungkinan besar 'keperluan protein harian kita masih tidak mencukupi'.


ESP SHAKLEE - Pilihan Mudah, Lengkap Dan Berkhasiat


Saya sendiri pernah mengalami simptom kekurangan protein seperti rasa letih yang tiada kesudahan, rambut semakin nipis dan mood tidak stabil.

Masa itulah saya diperkenalkan dengan ESP SHAKLEE dan ini adalah antara suplemen paling konsisten saya amalkan sampai ke hari ini.

kenapa wanita perlu protein tiap hari

Kenapa saya PILIH ESP?


kenapa wanita perlu protein tiap hari

❤️ Protien soya bukan-GMO
❤️ Setiap hidangan membekalkan 14 gram Protien
❤️ Glisemik Rendah berasaskan tumbuhan
❤️ Sumber protien yang berkualiti
❤️ 9 asid amino penting
❤️ Kaya dengan kalsium

Kebaikan ESP Untuk Kesihatan

💚 Membantu merendahkan paras kolesterol
💚 Mempercepatkan pemulihan luka selepas pembedahan
💚 Memelihara kesihatan jantung
💚 Menguatkan sistem imun
💚 Membantu pembentukan sel-sel baru
💚 Membantu menyembuhkan gastrik
💚 Membantu mengurangkan risiko kanser


kenapa wanita perlu protein tiap hari

Siapa Yang Perlukan ESP?


👉🏻 Pelajar
👉🏻 Yang mahukan berat badan ideal
👉🏻 Ibu berpantang
👉🏻 Ibu menyusu
👉🏻 Yang mahukan kulit cantik
👉🏻 Orang yang berumur
👉🏻 Yang mahu badan cergas
👉🏻 Ibu hamil
👉🏻 Yang baru jalani pembedahan

So kesimpulannya... Jangan tunggu badan "ROSAK" baru nak rawat.

Kita kaum wanita sering didik diri kita untuk kuat. Tapi 'Kuat' bukan bermakna kita abaikan keperluan diri dan kesihatan tubuh. Bila kita jaga kesihatan dari dalam baru lah kita boleh lebih fokus pada keluarga, kerjaya dan juga diri sendiri.

Bagi saya ESP SHAKLEE adalah pilihan yang terbaik kerana selamat, berkesan dan semulajadi.

P/S : Saya merupakan pengedar berdaftar dan agent sah Shaklee. Untuk dapatkan produk-produk Shaklee dari saya atau ikuti laman sosial saya untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Shaklee

#shakleemalaysia #shakleepenampang #shakleekotakinabalu #shakleesabah #jomsihatbah #jomsihatshaklee #pengedarsahshaklee #espshaklee #proteinterbaik #kulitkusam #bertenaga #tenagauntukwanita #wanitasihat #sayangdirisendiri

Friday, May 23, 2025

Membaca Menimba Ilmu

 

membaca menimba ilmu

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin berkongsi dengan korang tentang 3 buah buku yang menarik perhatian saya. Beberapa hari lepas saya bekunjung ke perpustakaan yang berhampiran dengan sekolah anak saya. Sambil menunggu saya pusing-pusing rak buku yang berada di tingkat tersebut.

Tujuan saya pada mulanya ingin mencari novel untuk dijadikan bahan bacaan walaupun berderet novel dekat rumah masih belum di baca. Hahahah...


Nak dijadikan cerita, hampir 1/2 jam juga lah saya pusing-pusing dari 1 rak ke 1 rak sehingga saya tertarik dengan tajuk 3 buku di bawah. Sekejap lagi saya kongsikan tajuk buku dan kandungan buku tersebut. Saya tidak pasti samada buku yang saya pinjam ni masih ada dijual di mana-mana.


membaca menimba ilmu

1. Buku Andropaus Kenyataan dan Harapan yang ditulis oleh Nik Hazlina Nik Hussain & Shaiful Bahari Ismail.

Setiap kali kita pinjam buku ada rekod tarikh pemulangan buku kan. Saya orang pertama meminjam buku tersebut dan kemungkinan tiada siapa tahu kehadiran buku tersebut atau kurang memberi perhatian pada tajuk. Sebab saya pada mulanya tersalah baca ingatkan tentang Menopaus so saya ambil kemudian belek-belek dan pertama kali mengetahuinya tentang Andropaus.

Blurb :

Wanita yang berumur 40-an sering dikaitkan dengan isu menopaus, iaitu penamat era kesuburan. Jangan terperanjat lelaki juga boleh mengalaminya dan lebih sadis lagi ia berlaku lebih awal berbanding dengan wanita. Menopaus berlaku akibat kekurangan aras hormon estrogen, begitu juga andropaus terjadi kerana kemerosotan hormon seks lelaki, iaitu testosteron.

Aras hormon testosteron lelaki berada pada tahap kemuncak ketika dalam lingkungan usia 30-an dan mengalami kemorosotan kira-kira 10 peratus bagi setiap dekad. Kemorosotan itu semakin ketara apabila seorang lelaki mencecah usia 40 tahun. Kesan penurunan ini akan menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan hidup lelaki kerana testosteran merupakan 'hormon utama' dan fungsinya mempunyai kesan ke atas seluruh badan.

Mungkin kaum lelaki tidak mempercayai bahawa mereka sebenarnya mengalami fasa kemorosotan atau kedinginan seksual dan fakta ini bukanlah suatu khayalan tetapi kenyataan kehidupan yang nyata serta harus diterima dengan rela hati.

Buku 'ANDROPAUS KENYATAAN DAN HARAPAN' ini ditulis khas untuk semua golongan lelaki Malaysia, tidak kira usia, status, agama dan bangsa, dengan harapan agar mereka dapat memahami semua aspek tentang kesihatan yang menjurus pada kemorosotan hormon ini. Secara tidak langsung mereka dapat melengkapkan diri dan mengambil langkah proaktif demi meningkatkan taraf kesihatan dan menangani masalah andropaus dengan lebih berhemah. Semoga buku ini mampu menyinari kehidupan semua lelaki yang bergelar suami agar kualiti hubungan kelamin mampu dijalin dengan lebih harmoni, aman dan bahagia.'

Best tak? Sebab tu lah saya tertarik hanya dengan membaca blurb & isi kandungan dalam buku ini, Antara kandungan dalam buku ini adalah;

- Kesan jangka pendek & jangka panjang

- Kanser prostat

- Rawatan terapi gantian hormon

- Impak andropaus dan disfungsi erektil


membaca menimba ilmu

2. Buku 55 Soal Jawab Penyakit Bersama Dr. Ezairy Merungkai satu per satu PERMASALAHAN PENYAKIT ditulis oleh Dr.Mohd Azreen Ezairy Mohamad Sallih

Blurb :

' Semua orang pastinya mempunyai pengalaman menghadapi cabaran menghidapi sesuatu penyakit dalam kehidupan seharian. Begitu juga anda. Yang membezakannya ialah sama ada ia merupakan penyakit kronis ataupun tidak. Namun begitu setiap penyakit pasti ada jalan penyelesaiannya atau kaedah penyembuhannya tersendiri.

55 SOAL JAWAB PENYAKIT BERSAMA DR. EZAIRY merupakan panduan dalam memberi penjelasan terhadap ilmu kesihatan kepada orang ramai. Mengambil penyakiy-penyakit yang peratusannya tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri, Dr. Ezairy menjawab satu per satu soalan dengan lengkap beserta jalan terbaik untuk mencegahnya...' 

Buku ni menarik perhatian saya atas sebab kandungan yang terdapat di dalam buku ini,

- Kemandulan seorang lelaki, apa sebabnya?

- Jangkitan selepas keguguran

- Keguguran penyebab kanser payudara?

- Bagaimana mengesan serangan migrain?

- Masalah utama kanak-kanak disleksia

- 6 tip mudah tidur lena

- Anti-oksida membantu elak kanser

- Sindrom carpal tunnel

- Mengetahui jenis-jenis gastrik

Ini antara kandungan dalam buku. Ada yang biasa kita lihat, tahu, dengar tapi sebenarnya banyak yang kita tidak tahu. So buku ni saya tertarik untuk menambah pengetahuan dan juga mendapatkan info-info menarik yang ada dalam buku ini.


membaca menimba ilmu

3. Buku ARTRITIS ditulis oleh Masbah Omar dan Kamsiah Jaarin

Buku ni tentang masalah sendi dan tulang. Saya tertarik untuk membaca bagi menambah pengetahuan serta mendapatkan info-info tertentu sebagai rujukan.

Blurb :  

'Artritis merupakan satu keadaan yang dikenali sebagai radang pada satu atau lebih sendi-sendi tulang. Keadaan ini menyebabkan sendi menjadi bengkak, panas, kemerah-merahan, sakit dan kaku.

Pengetahuan masyarakat kita tentang artritis agak terhad. Ada yang beranggapan penyakit ini dideritai oleh orang tua sahaja; mereka tidak menghiraukannya dan membiarkan penyakit ini berlanjutan tanpa rawatan. Tetapi hakikatnya, anggapan ini tidak benar; sesiapa sahaja tidak kira usia boleh menghidap penyakit ini. Justeru, buku ini dapat memberi pengetahuan dan panduan kepada masyarakat tentang jenis-jenis artritis, punca artritis, tanda dan gejala artritis dan pelbagai aspek rawatan artritis, termasuk penggantian sendi.'

Saya merupakan peminjam pertama untuk tajuk buku Artritis. Betul juga lah kenyataan bahawa kita yang kurang mengambil tahu tentang penyakit ini. Antara kandungan yang menarik;

- Ubat-ubatan yang lazim digunakan dalam rawatan artritis dan kesan sampingannya

- Gout

- Artritis septik

- Osteoartritis

- Penggantian sendi dan peranannya dalam rawatan artritis

Tanpa membaca kita tidak akan mengetahui sesuatu. Pelbagaikan bahan bacaan agar setiap kita mendapat pengetahuan baru juga menjadikan kita lebih peka terhadap keadaan sekeliling kita. 



P/S : Saya merupakan pengedar berdaftar dan agent sah Shaklee. Untuk dapatkan produk-produk Shaklee dari saya atau ikuti laman sosial saya untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Shaklee. 

#shakleemalaysia #shakleepenampang #shakleekotakinabalu #shakleesabah #jomsihatbah #jomsihatshaklee #pengedarsahshaklee #jommembaca



Thursday, May 22, 2025

Kenali 8 Faktor Risiko Diabetes


8 faktor risiko diabetes



Diabetes adalah satu penyakit yang tidak berjangkit tapi berada pada tahap yang sangat membimbangkan. Kerana menurut statistik diabetes, Malaysia pada tahun 2024 Malaysia telah mencatat peningkatan dan negara kita berada di kedudukan yang sangat membimbangkan.

Berdasarkan data statistik diabetes di Malaysia pada tahun 2024, negara kita berada di kedudukan ke-5 tertinggi di dunia. 

Punca Terbentuknya Diabetes/Kencing Manis

Diabetes atau kencing manis terbentuk dan menjadi penyakit pada seseorang adalah disebabkan kerosakan organ terpenting pada tubuh manusia, seperti buah pinggang dan organ dalam perut iaitu usus kecil dan besar.

Berikut merupakan punca terbentuknya diabetes mengikut jenis.

1. Diabetes Type 1 
- Disebabkan oleh faktor autoimun, di mana sistem imun menyerang dan memusnahkan sel-sel pankreas yang menghasilkan insulin
- Selalunya berlaku kepada kanak-kanak atau remaja

2. Diabetes Type 2
- Akibat rintangan insulin atau penghasilan insulin yang tidak mencukupi
- Faktor risiko termasuklah berat badan berlebihan atau obesiti, gaya hidup tidak aktif, faktor keturunan juga penuaan.

3 Diabetes Gestasi
- Berlaku semasa hamil disebabkan perubahan hormon yang mengganggu fungsi insulin.

8 Tanda dan Gejala Diabetes

• Kerap membuang air kecil
• Kerap dahaga
• Kerap lapar
• Berat badan turun mendadak
• Penglihatan kabur
• Luka lambat sembuh
• Cepat penat dan lemah sepanjang masa
• Rasa kebas pada hujung saraf di telapak tangan dan kaki


8 faktor risiko diabetes



Paras glukosa pada tahap normal adalah disebabkan kehadiran sejenis hormon yang dipanggil insulin. Insulin diperlukan oleh badan kita agar organ-organ dalaman dapat menggunakan glukosa yang ditukar menjadikan tenaga.

8 faktor risiko diabetes

Proses glukosa terbina dalam salur darah


Tanpa insulin atau apabila insulin tidak mencukupi badan tidak dapat berfungsi dengan baik. Jika sel badan tidak dapat menyerap glukosa untuk digunakan (insulin resistance) maka penambahan glukosa ke dalam darah akan menjadi-jadi. Bahayanya glukosa yang tinggi dalam darah boleh merosakkan saraf.

Secara ringkasnya, diabetes adalah satu keadaan yang terdapat paras glukosa yang tinggi (daripada paras normal) dalam darah yang disebabkan ketiadaan atau tidak mencukupi insulin dalam badan bagi membawa glukosa yang diperlukan untuk memasuki sel-sel badan.


Jadual ujian menentukan Diabetes dan Prediabetes 

8 Faktor Risiko Diabetes


1. Kegemukan dan obes

Diukur dengan body mass index (BMI), tidak semestinya jika BMI anda tinggi, anda akan menghidao penyakit ini. Tetapi faktor ini merupakan salah satu petunjuk bahawa anda mempunyai risiko mendapat diabetes.

2. Kurang bersenam

Orang yang kurang bersenam mempunyai risiko mendapat penyakit diabetes. Kurang pergerakan fizikal secara aktif mengundang pelbagai penyakit seperti penyakit jantung, obes, sakit sendi, kulit kering dan lain-lain lagi.

3. Telah dikenal pasti glucose intolerance sebelum ini

Istilah ini digunakan kepada orang yang dalam lingkungan pradibetes. Kandungan glukosa darahnya tinggi daripada paras normal tetapi tidak tinggi untul dipanggil diabetic. Jika anda dikenal pasti oleh doktor berada di peringkat pradiabetes, anda juga berisiko untuk mendapat penyakit diabetes. Oleh itu, anda dinasihatkan menguruskan berat badan dan sentiasa bersenam.

4. Diet yang tidak sihat

Jika anda tidak makan sayur (tidak cukup serat), tidak makan buah-buahan, terlalu banyak makan makanan bergoreng, atau makan makanan yang dikategorikan tidak seimbang dari segi kandungan karbohidrat, protein, serat, lemak dan vitamin, anda juga mempunyai risiko untuk mendapat diabetes.

5. Mempunyai tekanan darah tinggi dan kolesterol darah yang tinggi

Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi (melebihi >130/80 mmHg) dan kolesterol >5 mmol/L anda mempunyai risiko mendapat diabetes. Justeru, kawal tekanan darah dan kolesterol abda melalui pelbagai senaman dan makanan seimbang.

6. Sejarah keluarga

Jika anda mempunyai saudara-mara, adik--beradik atau ibu baoa yang menghidap diabetes, anda juga berisiko.

7. Sejarah gestational diabetes

Jika semasa anda mengandung, anda telah menghidap gestational diabetes, anda juga mempunyai risiko mendapat diabetes.

8. Umur meningkat

Biasanya, setiap orang yang hidup akan mengalami peningkatan umur. Bila umur sudah bertambah, risiko penyakit tetap ada. Penyakit diabetes biasanya berlaku kepada kumpulan umur tertentu (> 40 tahun) terutama Type 2 Diabetes (T2DM).

Sumber : Buku Memahami Diabetes 


P/S : Saya merupakan pengedar berdaftar dan agent sah Shaklee. Untuk dapatkan produk-produk Shaklee dari saya atau ikuti laman sosial saya untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Shaklee

#shakleemalaysia #shakleepenampang #shakleekotakinabalu #shakleesabah #jomsihatbah #jomsihatshaklee #pengedarsahshaklee #diabetes #omegaguardshaklee #omegaguard






Tuesday, May 20, 2025

Doa dengan Asmaulhusna


doa dengan asmaulhusna



Ada ketika kita merasakan berat untuk kita mengamalkan sesuatu perkara dalam kehidupan seharian kita. Tapi sebenarnya kita hanya terleka dan terlupa dengan siapa kita patut cari bila hati dan fikiran rasa terbeban dengan segala macam dugaan yang kita hadapi dalam dunia ini.

Memang begitulah fitrah kita sebagai manusia sentiasa lupa. Kita lupa yang kita ada Allah S.W.T dan hanya pada dia tempat kita mengadu keresahan hati, tempat kita memohon pertolongan dan tempat kita memuji kebesaranNya.


Dalam entry saya pada hari ini, saya ingin berkongsi doa dengan Asmaulhusna agar sama-sama kita memperolehi manfaat dan keindahan melalui nama-nama Allah S.W.T


Seperti yang kita tahu Asmaulhusna mempunyai 99 nama Allah S.W.T dan saya akan berkongsi beberapa doa dengan Asmaulhusna dan akan bersambung dalam entry saya seterusnya.

Petikan dan doa-doa yang akan saya kongsikan di bawah ini saya ambil dari buku "Zikir dan Doa Muslimah Solehah" yang ditulis oleh Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa dan Abu Ayyub El-Faruqi.

Disclaimer : Saya menulis di dalam blog ini hanya ingin berkongsi "Doa dengan Asmaulhusna" buat mereka yang membaca blog saya agar sama-sama mendapat manfaatnya.



"Hanya milik Allah Asmaulhusna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaaul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang daripada kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan."

(Surah Al-A'raf, ayat 180)


Perbuatan berdoa dengan menggunakan nama-nama yang indah Allah s.w.t yang terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah ini adalah salah satu bentuk bertawasul dalam ibadah.

Allah menggalakkan hamba-Nya untuk berdoa dengan menggunakan nama-nama ini, kerana dengan nama-nama tersebut, doa seseorang itu akan lebih mudah dikabulkan.

Semoga bersama-sama kita mengamalkan doa ini dan mendapatkan manfaatnya.


doa dengan asmaulhusna 1

1.Ar-Rahman (Maha Pemurah)


doa dengan asmaulhusna 2

2.Ar-Rahim (Maha Penyayang)


doa dengan asmaulhusna 3

3.Al-Malik (Maha Merajai)


doa dengan asmaulhusna 4

4.Al-Quddus (Maha Suci)


doa dengan asmaulhusna 1

5.As-Salam (Pemberi Kedamaian)


doa dengan asmaulhusna 6

6.Al-Mu'min (Maha Pemberi Keamanan)


doa dengan asmaulhusna 7

7.Al-Muhaimin (Maha Memelihara)


doa dengan asmaulhusna 8

8.Al-Aziz (Maha Perkasa)


doa dengan asmaulhusna 9

9.Al-Jabbar (Maha Pemaksa)


doa dengan asmaulhusna 10

10.Al-Mutakabbir (Pemilik Segala Keagungan)


doa dengan asmaulhusna 11

11.Al-Khaliq (Maha Pencipta)


doa dengan asmaulhusna 12

12.Al-Bari (Maha Mengadakan)


doa dengan asmaulhusna 13

13.Al-Musowwir (Maha Pembentuk)


doa dengan asmaulhusna 14

14.Al-Ghaffar (Maha Pengampun)


doa dengan asmaulhusna 15

15.Al-Qahhar (Maha Penakluk)



P/S : Saya merupakan pengedar berdaftar dan agent sah Shaklee. Untuk dapatkan produk-produk Shaklee dari saya atau ikuti laman sosial saya untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Shaklee


#shakleemalaysia #shakleepenampang #shakleekotakinabalu #shakleesabah #jomsihatbah #jomsihatshaklee #pengedarsahshaklee

Rahsia Buah Kurma Yang Ramai Tidak Sedar

Selamat berhujung minggu uolls Hari ni aku mahu berkongsi tentang buah yang menjadi makanan wajib ketika di bulan puasa. Tapi sebenarnya bua...