Assalamualaikum,
Hari ini saya ingin berkongsi dengan korang tentang 3 buah buku yang menarik perhatian saya. Beberapa hari lepas saya bekunjung ke perpustakaan yang berhampiran dengan sekolah anak saya. Sambil menunggu saya pusing-pusing rak buku yang berada di tingkat tersebut.
Tujuan saya pada mulanya ingin mencari novel untuk dijadikan bahan bacaan walaupun berderet novel dekat rumah masih belum di baca. Hahahah...
Nak dijadikan cerita, hampir 1/2 jam juga lah saya pusing-pusing dari 1 rak ke 1 rak sehingga saya tertarik dengan tajuk 3 buku di bawah. Sekejap lagi saya kongsikan tajuk buku dan kandungan buku tersebut. Saya tidak pasti samada buku yang saya pinjam ni masih ada dijual di mana-mana.
1. Buku Andropaus Kenyataan dan Harapan yang ditulis oleh Nik Hazlina Nik Hussain & Shaiful Bahari Ismail.
Setiap kali kita pinjam buku ada rekod tarikh pemulangan buku kan. Saya orang pertama meminjam buku tersebut dan kemungkinan tiada siapa tahu kehadiran buku tersebut atau kurang memberi perhatian pada tajuk. Sebab saya pada mulanya tersalah baca ingatkan tentang Menopaus so saya ambil kemudian belek-belek dan pertama kali mengetahuinya tentang Andropaus.
Blurb :
Wanita yang berumur 40-an sering dikaitkan dengan isu menopaus, iaitu penamat era kesuburan. Jangan terperanjat lelaki juga boleh mengalaminya dan lebih sadis lagi ia berlaku lebih awal berbanding dengan wanita. Menopaus berlaku akibat kekurangan aras hormon estrogen, begitu juga andropaus terjadi kerana kemerosotan hormon seks lelaki, iaitu testosteron.
Aras hormon testosteron lelaki berada pada tahap kemuncak ketika dalam lingkungan usia 30-an dan mengalami kemorosotan kira-kira 10 peratus bagi setiap dekad. Kemorosotan itu semakin ketara apabila seorang lelaki mencecah usia 40 tahun. Kesan penurunan ini akan menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan hidup lelaki kerana testosteran merupakan 'hormon utama' dan fungsinya mempunyai kesan ke atas seluruh badan.
Mungkin kaum lelaki tidak mempercayai bahawa mereka sebenarnya mengalami fasa kemorosotan atau kedinginan seksual dan fakta ini bukanlah suatu khayalan tetapi kenyataan kehidupan yang nyata serta harus diterima dengan rela hati.
Buku 'ANDROPAUS KENYATAAN DAN HARAPAN' ini ditulis khas untuk semua golongan lelaki Malaysia, tidak kira usia, status, agama dan bangsa, dengan harapan agar mereka dapat memahami semua aspek tentang kesihatan yang menjurus pada kemorosotan hormon ini. Secara tidak langsung mereka dapat melengkapkan diri dan mengambil langkah proaktif demi meningkatkan taraf kesihatan dan menangani masalah andropaus dengan lebih berhemah. Semoga buku ini mampu menyinari kehidupan semua lelaki yang bergelar suami agar kualiti hubungan kelamin mampu dijalin dengan lebih harmoni, aman dan bahagia.'
Best tak? Sebab tu lah saya tertarik hanya dengan membaca blurb & isi kandungan dalam buku ini, Antara kandungan dalam buku ini adalah;
- Kesan jangka pendek & jangka panjang
- Kanser prostat
- Rawatan terapi gantian hormon
- Impak andropaus dan disfungsi erektil
2. Buku 55 Soal Jawab Penyakit Bersama Dr. Ezairy Merungkai satu per satu PERMASALAHAN PENYAKIT ditulis oleh Dr.Mohd Azreen Ezairy Mohamad Sallih
Blurb :
' Semua orang pastinya mempunyai pengalaman menghadapi cabaran menghidapi sesuatu penyakit dalam kehidupan seharian. Begitu juga anda. Yang membezakannya ialah sama ada ia merupakan penyakit kronis ataupun tidak. Namun begitu setiap penyakit pasti ada jalan penyelesaiannya atau kaedah penyembuhannya tersendiri.
55 SOAL JAWAB PENYAKIT BERSAMA DR. EZAIRY merupakan panduan dalam memberi penjelasan terhadap ilmu kesihatan kepada orang ramai. Mengambil penyakiy-penyakit yang peratusannya tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri, Dr. Ezairy menjawab satu per satu soalan dengan lengkap beserta jalan terbaik untuk mencegahnya...'
Buku ni menarik perhatian saya atas sebab kandungan yang terdapat di dalam buku ini,
- Kemandulan seorang lelaki, apa sebabnya?
- Jangkitan selepas keguguran
- Keguguran penyebab kanser payudara?
- Bagaimana mengesan serangan migrain?
- Masalah utama kanak-kanak disleksia
- 6 tip mudah tidur lena
- Anti-oksida membantu elak kanser
- Sindrom carpal tunnel
- Mengetahui jenis-jenis gastrik
Ini antara kandungan dalam buku. Ada yang biasa kita lihat, tahu, dengar tapi sebenarnya banyak yang kita tidak tahu. So buku ni saya tertarik untuk menambah pengetahuan dan juga mendapatkan info-info menarik yang ada dalam buku ini.
3. Buku ARTRITIS ditulis oleh Masbah Omar dan Kamsiah Jaarin
Buku ni tentang masalah sendi dan tulang. Saya tertarik untuk membaca bagi menambah pengetahuan serta mendapatkan info-info tertentu sebagai rujukan.
Blurb :
'Artritis merupakan satu keadaan yang dikenali sebagai radang pada satu atau lebih sendi-sendi tulang. Keadaan ini menyebabkan sendi menjadi bengkak, panas, kemerah-merahan, sakit dan kaku.
Pengetahuan masyarakat kita tentang artritis agak terhad. Ada yang beranggapan penyakit ini dideritai oleh orang tua sahaja; mereka tidak menghiraukannya dan membiarkan penyakit ini berlanjutan tanpa rawatan. Tetapi hakikatnya, anggapan ini tidak benar; sesiapa sahaja tidak kira usia boleh menghidap penyakit ini. Justeru, buku ini dapat memberi pengetahuan dan panduan kepada masyarakat tentang jenis-jenis artritis, punca artritis, tanda dan gejala artritis dan pelbagai aspek rawatan artritis, termasuk penggantian sendi.'
Saya merupakan peminjam pertama untuk tajuk buku Artritis. Betul juga lah kenyataan bahawa kita yang kurang mengambil tahu tentang penyakit ini. Antara kandungan yang menarik;
- Ubat-ubatan yang lazim digunakan dalam rawatan artritis dan kesan sampingannya
- Gout
- Artritis septik
- Osteoartritis
- Penggantian sendi dan peranannya dalam rawatan artritis
Tanpa membaca kita tidak akan mengetahui sesuatu. Pelbagaikan bahan bacaan agar setiap kita mendapat pengetahuan baru juga menjadikan kita lebih peka terhadap keadaan sekeliling kita.
P/S : Saya merupakan pengedar berdaftar dan agent sah Shaklee. Untuk dapatkan produk-produk Shaklee dari saya atau ikuti laman sosial saya untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Shaklee.
#shakleemalaysia #shakleepenampang #shakleekotakinabalu #shakleesabah #jomsihatbah #jomsihatshaklee #pengedarsahshaklee #jommembaca
No comments:
Post a Comment