Sunday, July 16, 2023

Kelebihan Bekerja Dari Rumah


Sebagai seorang wanita, ibu dan isteri kita nakkan yang terbaik untuk keluarga tersayang kita. Mungkin ada diantara kita yang tidak menyedari sebenarnya banyak kelebihan kaum wanita yang kerja dari rumah.


Di sini saya ingin kongsikan kelebihan bekerja dari rumah yang bukan semua kaun wanita dapat lalui kerana majoriti wanita-wanita di luar sana lebih banyak memilih bekerja di luar daripada bekerja dari rumah.


Setiap kita mempunyai sebab-sebab tertentu untuk bekerja di luar dan ada juga lebih suka bekerja dari rumah.


Tetapi tahukah anda, dengan hanya bekerja dari rumah anda juga mampu menghasilkan pendapatan dengan berniaga secara online.


Berikut merupakan kelebihan bekerja dari rumah :


➤ Merancang jadual bekerja.

Dapat merancang jadual bekerja anda sendiri dengan masa yang anda tetapkan sendiri. Bagi anda yang mempunyai anak-anak yang masih kecil anda dapat menjaga dan merancang keperluan anak-anak dengan teliti. Dari segi kewangan pula anda dapat menjimatkan yuran penjagaan anak.


➤ Ruang kerja

Bagi menghidupkan lagi semangat untuk bekerja dari rumah anda perlukan ruang kerja anda sendiri dengan persekitaran yang anda inginkan. Bangunlah awal dan persiapkan diri seperti anda hendak keluar bekerja agar badan anda sentiasa cergas dan bersemangat.


➤ Menjaga keperluan anak-anak

Menjaga keperluan anak-anak dengan merancang jadual anda agar dapat memberi perhatian yang secukupnya pada anak-anak pada masa anda tidak bekerja. Rancang masa untuk berikan anak-anak makan, memandikan anak bagi yang mempunyai anak kecil, bermain bersama anak-anak, mengajar anak-anak dan sebagainya.


➤ Mengawasi anak-anak

Sambil bekerja dari rumah, anda dapat menggalakkan anak-anak bermain sendiri dengan pengawasan daripada anda. Anda dapat memantau setiap pergerakkan anak-anak kerana kita sentiasa berada dekat dengan mereka.


➤ Mengatur masa

Kebiasaannya ibu-ibu yang bekerja di luar masa mereka sangat singkat untuk menguruskan hal-hal rumahtangga kemudian anak-anak. Bagi ibu yang bekerja dari rumah, anda haruslah disiplinkan diri dengan masa. Perancangan masa yang teratur dapat membantu anda dalam membahagikan masa anda bekerja, masa untuk masak, kemas rumah dan masa anda dengan keluarga.


➤ Masa bersama keluarga

Keluarga adalah penting buat kita. Dengan bekerja dari rumah, kita dapat luangkan masa sepenuhnya bersama keluarga. Kita dapat mengatur bila-bila masa sahaja kita hendak pergi bercuti, beriadah dan bermacam-macam aktiviti kita dapat lakukan bersama-sama keluarga. 


Apabila kita bekerja dari rumah pastikan kita kena banyak bersabar dengan karenah anak-anak bagi yang mempunyai anak kecil. Kena disiplinkan masa. Mengikut jadual yang telah anda tetapkan setiap hari. 


Jangan lupa menjaga kesihatan diri sendiri dengan pengambilan pemakanan yang sihat dan juga mengambil suplemen bagi membantu meningkatkan lagi tenaga badan dan penjagaan kesihatan menyeluruh.

Anda sedang mencari bisnes online dengan masa yang fleksible? Dapatkan tips-tips bisnes online dari saya.



No comments:

Post a Comment

Kesan Banjir Terhadap Kesihatan Mental: Mengatasi Trauma & Stress

Negara kita sekarang tengah mengalami hujan berterusan sehingga menyebabkan beberapa kawasan di naiki air. Banjir merupakan situasi paling k...