Sunday, August 20, 2023

Doa Yang Baik Untuk Wanita Amalkan


Kelihatan cantik merupakan impian bagi setiap wanita kerana naluri seorang wanita akan selalu ingin terlihat cantik secara dalaman dan juga luaran.

Seperti yang kita tahu, untuk kelihatan awet muda dan mengekalkan keremajaan kulit kita kena elakkan daripada stress. Selain itu juga kena jaga pemakanan dan melindungi diri daripada terdedah kepada sinaran radikal bebas.

Di zaman moden ini, ramai wanita di luar sana bergantung pada produk kecantikan semata-mata untuk kelihatan cantik.

"Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka membuatmu kagum. Dan jika mereka berkata-kata, kamu mendengarkan mereka. Mereka seakan-akan kayu yang tersandar." (QS.Al Munafiqun:4)

Tahukah anda?

Selain daripada produk kecantikan amalan zikir dan doa dari ayat-ayat suci Al-Quran dapat membuat wajah awet muda dan berseri, insyaAllah kalau kita istiqomah kita akan dapat.

Entry saya pada hari ini ingin berkongsi dengan anda doa yang bagus untuk wanita amalkan.


Surah Waqiah Ayat 35 hingga 38 - Untuk Awet Muda

Bagi merasakan kesegarab dan keremajaan tubuh badan dari luar dan dalam hendaklah kita minum air suam setiap kali bangun subuh. Minum dengan cara membiarkan air berkumpul di dalam mulut lebih kurang 10 saat dan kemudian telan air. Juga boleh amalkan petua awet muda Rasullulah dengan mencampurkan sedikit madu kedalam air suam tersebut.



"Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami menjadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan." (surah Al-Waqiah: 35-38)


Baca ayat ke 35 hingga ayat 38 dari surah Al-Waqiah sebanyak 7 kali, kemudian tiup dalam air dan minum. Minum sebanyak 3 tegukkan sahaja. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan untuk kebahagian rumahtangga.

Amalan ini perlu dilakukan setiap pagi iaitu pada waktu subuh.


Doa Pemanis Wajah & Nur Di Wajah Bagi Orang Mendirikan Solat

Solat adalah perkara diwajibkan dalam Islam. Air wuduk yang disapukan pada wajah lima kali sehari merupakan pencuci muka paling berkesan bagi menyerikan wajah dan juga hari kita.



(Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan, aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku." (surah Yusuf: 4)



"Dan aku telah tanamkan dari kemurkahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu." (surah Taaha: 39)

Selesai membaca ayat ke-4 surah Yusuf haruslah berhenti sebentar dan kemudian teruskan bacaan potongan terakhir ayat 39 surah Taaha.

Ulang kedua-dua ayat ini sebanyak 3 kali kemudian sapu pada wajah.

Niatkan yang baik-baik di dalam hati. Minta Allah sampaikan hajat kita melalui doa penyeri pemanis dan pengasih nabi Yusuf ini agar mata suami sentiasa sejuk setiap kali memandang wajah isteri dan semakin dipandang semakin bertambah kasih. 

Seri wajah sebenarnya dari dalaman kita. Ada orang tidak menggunakkan sedikit pun alat solek ke muka, tapi bila kita pandang raut wajah itu hati kita berasa tenang dan sejuk. Seolah-olah ada kuasa ajaib yang menarik rasa untuk pandang dan terus pandang. Itulah yang dikatakan rupa berseri.


Zikir Ya Badiyah - Rahsia Kelihatan Berseri


Zikir ini dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :



Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan kemudian sapu pada wajah kita. Amalkan setiap hari supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam.


Demikian perkongsian mengenai doa agar terlihat cantik dan juga amalan ibadah yang sebaiknya dilaksanakan. Amalkan doa dan zikir di atas secara terus menerus agar kecantikan wajah, tubuh dan hati yang bersih selayaknya muslimah sejati.

Semoga memberi manfaat buat kita semua. 

#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#Pengedarshakleekotakinabalu
#Shakleemalaysia

No comments:

Post a Comment

Kesan Banjir Terhadap Kesihatan Mental: Mengatasi Trauma & Stress

Negara kita sekarang tengah mengalami hujan berterusan sehingga menyebabkan beberapa kawasan di naiki air. Banjir merupakan situasi paling k...