Saturday, October 7, 2023

Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee


Sekarang banyak sangat produk-produk suplemen yang berada dekat pasaran. Bermacam-macam jenama. Tapi bagaimana kita mahu pastikan vitamin yang kita pilih itu berkesan dan dapat menyokong kesihatan tubuh badan kita secara menyeluruh?

Kadang kita memilih berdasarkan "viral" sesuatu produk suplemen, betul? Tapi adakah kita mengambil berat atau mengambil tahu kandungan yang terdapat dalam produk suplemen tersebut adakah ianya sesuai untuk tubuh anda? Adakah ianya berkesan? Atau adakah ia selamat untuk diamalkan?

Mesti ramai yang tidak pedulikan atau tidak mahu ambil tahu tentang bahagian yang penting itu kan. Janji kita beli dan alami sendiri dan bila tidak sesuai maka timbul lah bermacam-macam masalah kesihatan yang lain.

Korang jangan ambil mudah perkara seperti ini sebab apa yang kita makan akan memberi kesan terhadap tubuh dan kesihatan dalaman kita. So korang kena pastikan suplemen yang korang pilih itu tidak memudaratkan kesihatan.

Dalam entry saya pada hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda beberapa sebab mengapa saya memilih vitamin Shaklee berbanding produk vitamin lain yang banyak dekat pasaran sekarang.

Semoga perkongsian saya dalam entry kali ini dapat membuka mata dan minda anda dalam pemilihan vitamin.


Dr.Forrest C.Shaklee merupakan orang pertama yang mencipta MULTIVITAMIN di dunia pada tahun 1915

"BETTER YOU BETTER WORLD"


SELAMAT, TERBUKTI, BERKESAN



Di Shaklee menitik beratkan dengan kualiti produk yang terhasil adalah selamat untuk diamalkan. Shaklee mengendalikan 100,000 ujian kawalan kualiti setiap tahun bagi memastikan kualiti dan potensi produk.

Shaklee menjamin keselamatan tanpa syarat dan produk Shaklee dari bahan semula jadi. Saintis Shaklee mencari di seluruh dunia bagi mendapatkan sumber bahan-bahan semula jadi yang terbaik.

Shaklee menjalankan lebih 350 ujian ke atas setiap ramuan botani untuk logam berat, racun serangga atau beratus-ratus bahan tercemar berbahaya yang lain.

Shaklee juga menjalankan lebih 100,000+ ujian kualiti setiap tahun untuk menjamin ketulenan dan keselamatan bagi setiap produk.

Bahan yang tiada didalam senarai Shaklee :





Itulah sebabnya Shaklee benar-benar yakin bahawa setiap produk Shaklee adalah 100% selamat untuk digunakan. Dijamin. Jaminan Shaklee adalah keselamatan tanpa syarat.





Produk Shaklee disokong oleh lebih daripada 100 paten dan yang sedang dipaten. Shaklee mempunyai lebih daripada 135 ujian klinikal, kertas saintifik dan pembentangan termasuklah Kajian Landmark dan Kajian Telomere.




Kajian Landmark dan Telomere menunjukkan bahawa populasi Shaklee sangat sihat daripada populasi umum.




Kajian Landmark yang diketuai oleh penyelidik pemakanan yang terkenal iaitu Dr.Gladys Block bersama University Of California Berkeley merupakan salah satu kajian terbesar pengguna jangka panjang pelbagai suplemen. 

Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengambil makanan tambahan Shaklee mempunyai lebih banyak biomarker yang lebih sihat untuk jantung, otak dan kesihatan kognitif berbanding dengan pengguna yang tidak mengambil suplemen atau pengambil suplemen bukan produk Shaklee.




Selain daripada bukti ujian dan jurnal beberapa Penjelajah Bertaraf Dunia dan atlet terhebat juga merupakan pengguna tegar produk Shaklee. Ini telah membuktikan bahawa Shaklee telah menyediakan produk yang benar-benar berkesan terhadap pengguna.

Kehebatan suplemen Shaklee telah memberi tenaga dan membantu mereka memperolehi pencapaian yang luarbiasa.

Penjelajah bertaraf dunia.





Para atlet dunia juga mencipta nama dengan menggunakan produk Shaklee dan memperolehi pencapaian yang membanggakan.






Jelas dan banyak sudah terbukti vitamin Shaklee adalah pilihan yang terbaik dari dahulu hinggalah sekarang. Sebab itu dalam entry saya hari ini mengapa saya memilih vitamin Shaklee.

Daripada bahan-bahan yang dihasilkan sehingga keberkesanan produk Shaklee yang membuatkan saya untuk memilih Shaklee daripada banyak-banyak suplement vitamin di luar sana yang belum tentu ada ketiga-tiga intipati yang terdapat dalam Shaklee.

Saya yakin dan percaya dengan produk Shaklee kerana telah banyak membantu dalam kesihatan yang lebih baik untuk diri saya dan juga ahli keluarga saya. Kerana kami adalah keluarga SHAKLEE!

Jaminan 100% yang diberikan Shaklee untuk kesihatan yang lebih optimum membuatkan saya tidak ragu-ragu dan was-was dengan produk Shaklee.

Anda bagaimana? 

Adakah korang masih rasa produk lain yang banyak di pasaran dapat meyakinkan korang untuk mengambil vitamin tanpa mengetahui samada produk itu SELAMAT,TERBUKTI dan BERKESAN pada anda??

Pilihan ditangan anda. Jangan salah pilih vitamin nanti badan binasa merana seumur hidup. Wallahualam.

Di harap perkongsian dalan entry saya kali ini dapat membantu anda agar berhati-hati ketika memilih suplemen vitamin anda.

Jika anda ingin dapatkan konsultasi secara percuma boleh tekan link di bawah untuk berhubung terus dengan saya. Saya PENGEDAR SAH SHAKLEE ANDA.

P/s : Dapatkan produk-produk Shaklee dari saya atau ikuti laman sosial saya untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Shaklee.


#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#Pengedarshakleekotakinabalu
#Shakleemalaysia

No comments:

Post a Comment

Pain Relief Sahklee Untuk Sakit Sendi

 APA ITU SAKIT SENDI? Adakah anda mengalami sakit sendi?  Sakit sendi adalah satu rasa dimana anda berasa tidak selesa, sakit atau keradanga...