Assalamualaikum & hai semua,
Perkongsian saya pada hari ini adalah tentang kesan atau effect yang saya alami sepanjang pengambilan suplement yang benar-benar buat saya terkesan dan rasa sangat amazing.
Apa yang saya ingin kongsikan bukanlah semata-mata untuk buat kontent marketing atau cerita kosong mahupun rekaan semata-mata.
Saya berkongsi atas sebab ingin orang ramai aware tentang khasiat dan kebaikan kandungan yang terdapat pada suplement yang akan saya kongsikan sebentar lagi.
Saya ini suka membeli bahan bacaan sebagai rujukan tidak kiralah samada ianya berkaitan dengan agama, sejarah, motivasi mahupun kesihatan. Nak dijadikan cerita, saya terjumpa buku ini di salah sebuah platform yang bertajuk "Polifenol Sumber Makanan dan Manfaat Kesihatan".
Saya bukan belajar dalam bidang perubatan atau sains. Tapi sejak menceburi diri dalam bisnes yang berkaitan dengan kesihatan hati & minda saya terbuka untuk mengetahui bagaimana suplement membantu dalam pelbagai masalah kesihatan manusia seharian.
Pada hari ini saya sangat berbangga kerana melalui bisnes yang saya ceburi ini saya dapat merasakan kehebatan kandungan polifenol yang ada pada produk kesihatan yang saya sendiri tidak menyangka dan sangat kagum dengan kehebatan polifenol.
Pada bulan puasa baru-baru ini, saya membeli supplement ini dengan tujuan dan niat untuk menggunakan sepanjang puasa. Bagi orang di luar sana beranggapan supplement ini tersangat lah mahalnya. Dan YA supplement ini mahal buat orang B40 seperti saya untuk mendapatkan supplement ini.
Kita ada caranya untuk memiliki dan caranya korang yang membaca sekarang ini boleh hubungi saya di akhir entry saya ini jika berminat dan mengalaminya sendiri.
Bersambung pada cerita saya di atas, supplement ini mahal dan sangat ekslusif sebab kandungan yang terdapat pada supplement ini kita hanya boleh dapat dari SHAKLEE. Kita tidak akan jumpa kandungan ini di luar sana melainkan Shaklee.
Sepanjang saya menggunakan supplement ini, kesan atau effect yang saya rasa tidak perlu habiskan sebotol yang mempunyai 60 softjels untuk nampak,rasa dan alami keberkesanannya. Saya tidak mereka-reka cerita sebab ini adalah perkongsian saya dan saya alaminya sendiri.
Saya ada masalah tidur atau dipanggil insomnia. Sejak saya bergelar seorang ibu, perkataan 'tidur nyenyak' seperti telah dihapuskan dalam kamus hidup saya. Saya tidak pernah rasa tidur nyenyak, kadang tidur-tidur ayam, tidur dalam beberapa jam tapi bila peka pada sesuatu bunyi atau bising saya mudah terjaga dari tidur dan tidak dapat tidur semula.
Setiap kali masa mahu tidur, saya kena 'pancing' mata saya agar terlelap. Saya ada tetapkan waktu contoh, saya kena tidur sebelum jam 12 tengah malam. Maksudnya saya kena masuk bilik dan baring atas tilam dalam jam 9 - 10 malam untuk pastikan saya tidak terlewat untuk tidur sebelum jam 12 tengah malam.
Sebab apa? Sebab jika saya tidur melepasi masa yang telah saya tetapkan saya tidak akan dapat tidur dan hanya akan terlelap selepas jam 1 atau 2 tengah malam. Bayangkan berapa jam sahaja saya perlukan masa rehat saya sebelah malam dan jika terlepas waktu korang sendiri kiralah saya tidur hanya berapa jam sebab setiap subuh saya kena bangun awal sebelum kejutkan anak-anak yang bersekolah.
Perkara ini berlarutan dan dah bertahun lama. Tapi sejak saya memiliki supplement ini dan saya hanya perlu telan 2 biji sebelum tidur, korang tahu tak apa saya rasa? Saya rasa seperti magic tidak sampai 1/2 jam saya sudah terlelap dan terlena. Sangat-sangat lena. Ya Allah! indah rasanya bila dapat tidur dengan nyenyak, aman, bunyi-bunyi terasa seperti auto senyap... Alarm bunyi memang dengar jugalah cuma rasa nyenyak tu hanya Allah yang tahu bagi orang macam saya ni rasa.
Supplement ini benar-benar memahami kemahuan badan kita. Saya tidak cukup tidur, tidak cukup rehat ia bantu saya melepasi masa-masa tidur saya dengan baik. Jika terbangun atau terjaga tengah malam saya dapat continue tidur saya sebelum sampai masanya saya bangun untuk melakukan tugasan seharian saya sebagai seorang ibu.
Bangun subuh tu rasa cergas dan rasa bersemangat sebab dapat tidur yang lena. Ok itu part pertama effect yang saya alami. Part kedua yang saya alami adalah, penat buat kerja di rumah kebetulan masa tu saya tengah ubah kedudukan perabot-perabot dalam rumah angkat barang sini sana susun barang dan pada malam harinya seperti biasa saya akan telan 2 biji sebelum tidur.
Keesokkan harinya, bangun seperti biasa saya cuba merasa jika ada lenguh,sakit-sakit belakang pinggang semua yang sepatutnya kita rasa selepas seharian kita bekerja keras tu langsung saya tidak terasa. Serius saya katakan bangun esok tu seperti semalam saya tidak buat apa-apa kerja. Badan rasa ringan.
Part ketiga pula tentang nafsu makan. Diawal perkongsian saya tadi saya beli supplement ini untuk tujuan sepanjang berpuasa kan. So, sepanjang puasa tu boleh dikatakan dalam sebulan puasa tu saya hanya makan nasi bila saya sedar saya dah lama tak sentuh nasi. Rasa hebat tak? Hahahaha..
Jarak antara rumah dengan tempat sekolah anak dalam 14km pergi dan balik dan 24km betul? Anak sidang petang tu balik sekolah 5.20 petang dan dekat tempat saya ni berbuka pada 6.28 petang begitu. Bila tiba waktu berbuka, saya berbuka hanya dengan makan beberapa biji kurma jika ada beli ketika itu atau makan kuih muih 1-2 biji dan minum air kosong. Selepas tu bila sampai rumah saya lapar tu tidak terasa sangat menderita. Sebab tahun-tahun sebelum ni saya mesti ambil heavy meal dan malam tak makan.
Tapi sepanjang pengambilan supplement ni, ia kawal nafsu makan saya. Jadi saya boleh kawal pembaziran makanan seperti tahun-tahun sebelum ni. Saya kawal anak saya nak beli untuk berbuka pilih 1 jenis makanan dan 1 jenis minuman untuk sahaja. Kalau tahun-tahun sebelum ni ya Allah nafsu membuak-buak bila ke bazaar macam-macam nak beli. Last-last membazir. So ni salah 1 sebab kesan yang saya alami. Nafsu makan terkawal sekaligus dapat elakkan pembaziran makanan sepanjang puasa. Alhamdullilah...
Last effect saya alami adalah tentang masalah dalaman wanita iaitu period/datang bulan. Sebenarnya masalah period saya tidaklah besar sangat cuma effect yang saya nampak adalah, kelancaran darah haid tu keluar. Sebab saya ni ada tanda-tanda sebelum period. Saya akan seperi bleeding dalam 2 hingga ke 4 hari baru darah pekat akan keluar tapi tu depends pada tubuh saya kalau kerap minum sejuk saya akan bleeding macam yang saya nyatakan lepas tu keluar darah 3 or 4 hari saja.
Tapi dengan pengambilan supplement ni tak ada dah tanda-tanda bleeding terus keluar darah haid. Jimat pad..hahahaha...
So ini lah perkongsian saya sepanjang pengambilan supplement ini. Apa yang dapat saya simpulkan di sini adalah, manfaat polifenol yang terkandung di dalam 1 biji softgel membantu saya dalam kehidupan seharian saya yang saya sendiri tidak sangka sebegitu hebatnya polifenol ini.
Korang cuba bayangkan, jika korang yang ada masalh kesihatan tidak kiralah masalah seperti saya kah masalah lain dan korang dapat rasa dan alami sendiri bagaimanakah perasaan korang?
Betul supplement ni mahal. Tapi saya nak tanya berapa nilai kesihatan korang? Nak tunggu sampai dah 'bernanah' baru nak cari supplement? Sedangkan kita sudah maklum supplement adalah makanan tambahan yang mempunyai vitamin,mineral dan nutrien lain dan ia bukan ubat.
So why not, korang amalkan pengambilan supplement dari sekarang jangan nak tunggu sakit baru nak cari supplement. Lepas tu jika salah pilih supplement korang terus anti-supplement atau tidak percaya pada supplement.
Shaklee is the BEST choice sebab apa? Sebab ia berkesan,berkualiti dan semulajadi. Semua bahan dihasil dengan bahan semulajadi tiada bahan tiruan atau bahan tambahan semuanya SEMULAJADI.
Supplement ini membantu saya dalam kehidupan seharian saya;
✅ Membantu masalah insomnia
✅ Membantu kawal selera dan nafsu makan
✅ Badan terasa cergas dan bersemangat
✅ Period teratur
So korang yang ada masalah boleh tekan link di bawah saya akan bantu korang dan berikan konsultasi secara percuma.
Saya kongsikan supplement apa yang saya beli, saya alami dan saya kongsikan pada korang yang telah membacanya sehingga ke penghujung.
P/S : Saya merupakan pengedar berdaftar dan agent sah Shaklee. Untuk dapatkan produk-produk Shaklee dari saya atau ikuti laman sosial saya untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Shaklee.
#shakleemalaysia #shakleepenampang #shakleekotakinabalu #shakleesabah #jomsihatbah #jomsihatshaklee #pengedarsahshaklee #resv
No comments:
Post a Comment