Tuesday, December 12, 2023

Pain Relief Sahklee Untuk Sakit Sendi

 APA ITU SAKIT SENDI?


Adakah anda mengalami sakit sendi? 

Sakit sendi adalah satu rasa dimana anda berasa tidak selesa, sakit atau keradangan yang timbul pada mana-mana bahagian sendi termasuklah tulang rawan, tulang, ligamen, tendon atau otot.


Sakit sendi paling biasa berlaku adalah penyakit arthritis atau arthralgia. Ia merupakan keradangan atau sakit dalam sendi itu sendiri. Kesakitan ini mungkin ringan, terjadi selepas melakukan aktiviti tertentu yang menjadikan pergerakan terbatas, lebih-lebih lagi apabila perlu menanggung bebanan berat badan.


Faktor risiko sankit sendi


Sakit sendi cenderung menjejaskan mereka :


👉🏻 Pernah mengalami kecederaan pada sendi

👉🏻 Penggunaan otot secara berlebihan dengan kerap

👉🏻 Menghidap arthritis atau keadaan perubatan kronik lain

👉🏻 Mengalami kemurungan, kegelisahan dan/atau tekanan

👉🏻 Mempunyai berat badan yang berlebihan

👉🏻 Menderita masalah kesihatan yang kronik


Simptom-simptom sakit sendi :


📌 Mengalami kecacatan sendi

📌 Ketidakupayaan untuk menggerakkan sendi

📌 Kesakitan yang teruk

📌 Bengkak yang berlaku secara tiba-tiba


PAIN RELIEF SHAKLEE MEMBANTU MASALAH SAKIT SENDI






Shaklee Pain Relief  memberikan penghilang rasa sakit dari rasa tidak selesa akibat berlebihan. Shaklee Pain Relief mendorong pergerakan sendi yang selesa selepas bersenam.


Pain Relief Shaklee mengandungi campuran boswellia yang diuji secara klinikal bersama dengan ekstrak safflower, yang memberikan bantuan untuk sendi yang terlalu banyak bekerja. Ini sesuai untuk mereka yang kerjanya memberi tekanan pada sendi dan yang tidak kerap bersenam.


Bahan utama membantu:

👉 Meringankan rasa tidak selesa daripada berlebihan

👉 Menggalakkan fleksibiliti dan pergerakan yang selesa


Shaklee Pain Relief Terbukti berkesan



➡️ MELEGAKAN KESAKITAN SENDI - mereka yang mencari penyelesaian bagi masalah sendi dan bagi pergerakan fleksibel.


➡️ MELEGAKAN KESAKITAN TUBUH - mereka yang mahu melegakan kesakitan tubuh disebabkan oleh aktiviti seharian.


➡️ MELEGAKAN KESAKITAN OTOT - mereka yang mempunyai gaya hidup aktif , yang ingin melegakan kesakitan otot dan selepas melakukan aktiviti yang berat seperti bersenam.


➡️ MELEGAKAN KETIDAKSELESAAN DAN KESAKITAN - para ibu yang mahu melegakan ketidakselesaan dan kesakitan disebabkan pergerakan yang berlebihan selepas melakukan kerja-kerja rumah.


Manfaat Shaklee Pain Relief




✅ MELEGAKAN - Melegakan kesakitan sendi dan otot

✅ MENGURANGKAN - Membantu mengurangkan sakit belakang

✅ MEMULIHKAN - Membantu memulihkan tisu-tisu sendi dengan meningkatkan peredaran darah

✅ MELINDUNGI - Melindungi tulang rawan daripada kemusnahan dengan mengurangkan keradangan

✅ MENYOKONG - Menyokong pergerakan dan fleksibiliti sendi

✅ MERENCATKAN - Membantu merencatkan tindak balas keradangan


P/s : Dapatkan produk-produk Shaklee dari saya atau ikuti laman sosial saya untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Shaklee.


#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#Pengedarshakleekotakinabalu
#Shakleemalaysia





Set Kurus Shaklee

KENAPA ANDA NAK KURUS?


Sebenarnya banyak punca yang menyebabkan kita ingin kurus, betul? Tetapi tahukah anda punca dan penyebab berat badan anda naik atau berlebihan hingga menyebabkan obesiti dan juga mendatangkan pelbagai penyakit lain?

Berikut merupakan beberapa jenis penyakit yang mungkin ramai tidak tahu atau tidak ambil peduli.


👉 Tekanan darah tinggi 

Apabila anda menpunyai berat badan yang berlebihan, tahukah anda jantung akan bekerja lebih keras untuk mengepam darah untuk dibekalkan ke seluruh tubuh badan? 

Pada masa yang sama proses mengepam darah ini akan memberikan tekanan yang kuat pada arteri dan salur darah.

Saluran darah pula tidak dapat mengalirkan darah dengan tekanan yang kuat dan mengakibatkan tekanan darah meningkat.

👉 Kolesterol tinggi

Obesiti dapat meningkatkan kadar jumlah kolesterol LDL atau kolesterol jahat yang dihasilkan oleh hati. Obesiti menyekat tindak balas terhadap perubahan jenis lemak yang diambil.

👉 Strok

Hipertensi juga merupakan salah satu punca utama strok. Punca lain yang akibat daripada obesiti adalah metabolisme tubuh berubah dengan membawa kepada lipid berlebihan, kolesterol tinggi dan glukosa darah tinggi.

Kesemua punca ini boleh merosakkan saluran darah dan menyebabkan pembentukan gumpalan sarah dan menjadi penyebab strok pada jantung dan juga otak.

👉 Diabetes jenis 2

Diabetes jenis 2 adalah jenis yang paling biasa berlaku dan menjadikan kes diabetes di seluruh dunia. Obesiti boleh menyebabkan peningkatan kadar asid lemak dan keradangan yang menyebabkan ketahanan atau kerintangan insulin dan menyebabakan diabetes jenis 2 berlaku.

👉 Kanser

Obesiti dan risiko kanser adalah sangat jelas dimana penyelidikan telah menunjukkan bahawa lemak badan yang berlebihan dapat meningkatkan risiko untuk menghidap beberapa jenis kanser, seperti :

Kanser kolorektal
Kanser payudara
Kanser rahim
Kanse esofagus
Kanser ginjal
Kanser pankreas

Pakar perubatan percaya ia berpunca daripada keradangan yang disebabkan oleh lemak viseral iaitu sejenis lemak yang mengelilingi organ penting kita.

👉 Asma

Berat badan yang berlebihan di sekitar dada dan juga perut mungkin menyempitkan paru-paru dan menjadikan lebih sukar untuk bernafas. Tisu lemak juga menghasilkan bahan keradangan yang boleh merosakkan fungsi paru-paru dan menyebabkan asma.

👉 Penyakit buah pinggang

Berat badan berlebihan juga mempengaruh penyakit buah pinggang. Berat yang berlebihan akan memaksa buah pinggang bekerja lebih keras dan menyaring sisa tubuh melebihi pada tahap normal.

Apabila buah pinggang bekerja lebih keras, kerja tambahan inilah yang akan meningkatkan risiko penyakit buah pinggang.

👉 Osteoartritis

Obesiti yang mempunyai osteoartritis pada satu sendi lutut akan mengalami risiko osteoartritis sebanyak lima kali ganda pada sendi lutut yang lain berbanding pada mereka yang mempunyai berat badan yang normal.

👉 Penyakit pundi hempedu

Berat badan berlebihan juga lebih cenderung mengalami penyakit pundi hempedu. Mereka yang mengalami kegemukan mungkin juga mempunyai hempedu besar yang tidak berfungsi dengan baik.

Beberapa kajian telah dilakukan, mereka yang mempunyai jumlah kadar lemak besar pada bahagian pinggang lebih cenderung mendapat batu hempedu berbanding mereka yang mempunyai lemak di sekitar pinggul dan peha.

👉 Apnea tidur

Obesiti mengakibatkan kejadian apnea tidur kerana boleh menyebabkan tekanan pada saluran udara atas dan menjurus kepada kegagalan dan penurunan kawalan neuromuskular daripada simpanan lemak.

Penambahan lemak ini menyumbangkan kepada penurunan jumlah paru-paru dan mengakibatkan kesukaran untuk bernafas.

👉 Penyakit refluks gastroesofageal

Gastroesofageal atau lebih dikenali dengan nama GERD. GERD boleh berlaku disebabkan obesiti. Peningkatan risiko GERD berkemungkinan disebabkan oleh lemak perut yang berlebihan dan menjadi punca tekanan pada perut.

Lemak perut yang berlebihan akan menyebabkan perkembangan hernia hiatal yang seterusnya mengakibatkan aliran balik asid atau perubahan hormon.

Kesimpulan daripada jenis-jenis penyakit diatas dapat diatasi dengan mengawal pengambilan makanan, mengambil berat kesihatan badan, bersenam, pengambilan vitamin dan nutrisi mencukupi dan hidup dalam suasana yang sihat.

Setiap masalah ada penyelesaiannya. Dengan pengambilan supplement daripada Set Kurus Shaklee, dapat membantu anda yang ingin menurunkan berat badan dengan cara yang sihat. 

Di Shaklee kita menawarkan Set Kurus Shaklee dengan harga di bawah RM500 yang mampu anda miliki. 

NAK KURUS DENGAN SHAKLEE? 

Jom lihat apa yang Shaklee berikan pada anda. 




Dalam Set Kurus Shaklee anda akan dapat 5 jenis produk, iaitu :

📌 Herb Lax
📌 Cinch Shake (Chocolate)
📌 Life Shake Eldeberry
📌 Omega Guard
📌 Lecithin

Fungsi setiap produk untuk membantu dalam penurunan berat badan anda juga memainkan peranan masing-masing. 

HERB LAX



MANFAAT HERB LAX

📌 Menjadikan badan lebih cergas dan "ringan"

📌 Berfungsi sebagai "pelawas"

📌 Mencuci usus secara lembut dan semulajadi

📌 Membantu mengempiskan perut

📌 Membantu menurunkan berat badan

📌 Mengurangkan masalah sembelit

📌 Membantu membuang lemak dan toksin dalam badan 



TESTIMONI 1 : LAWAS DAN BERAT BADAN TURUN


TESTIMONI 2 : MEMBUANG TOKSIN DALAM BADAN


CINCH SHAKE (CHOCOLATE)




MANFAAT CINCH SHAKE

📌 Berfungsi sebagai "Pengganti Makanan Berat"

📌 Mempunyai protein berkualiti tinggi non GMO

📌 Mengurangkan nafsu makan dan terasa kenyang lebih lama

📌 Bantu beri tenaga dengan lebih lama

📌 Bantu mengurangkan keletihan otot selepas bersenam



TESTIMONI 1 : PERUT BUNCIT BERKURANGAN



TESTIMONI 2 : CEPAT KENYANG DAN PERUT SENSITIF HILANG



TESTIMONI 3 : KENYANG DAN BERTENAGA

LIFE SHAKE ELDERBERRY



MANFAAT LIFE SHAKE ELDERBERRY

📌 Protin soya berkualiti tinggi. Non-GMO

📌 Membekal tenaga yang berpanjangan

📌 Mengurangkan nafsu makan dan kenyang lebih lama

📌 Kandungan nutrien yang terbukti secara klinikal baik untuk jantung, tulang dan imun badan

📌 Membantu mengurangkan keletihan otot lepas bersenam



TESTIMONI 1 : SISTEM PENGHADAMAN YANG BAIK DAN KENYANG LEBIH LAMA



TESTIMONI 2 : SEMBELIT DAN BUASIR HILANG EXTRA KULIT TAK BERJERAWAT



TESTIMONI 3 : BERTENAGA DAN PERUT TAK RASA LAPAR


OMEGA GUARD SHAKLEE



MANFAAT OMEGA GUARD SHAKLEE

📌 Mengecilkan size badan

📌 Membakar lebih kalori apabila bersenam

📌 Meningkatkan kadar metabolisma

📌 Meningkatkan paras insulin yang sihat

📌 Mengurangkan tekanan



TESTIMONI 1 : SEBULAN BERAT HILANG 8KG



TESTIMONI 2 :  TAK SENAMAN CEPAT BERPELUH

LECITHIN



MANFAAT LECITHIN

📌 Membantu mengurangkan masalah sembelit

📌 Membantu mengawal masalah kolesterol

📌 Mencantikkan kulit

📌 Membantu penyerapan vitamin larut lemak dengan lebih baik

📌 Membantu menguatkan daya ingatan dan memori


TESTIMONI 1 : BADAN KECIL DAN SELUAR LONGAR




TESTIMONI 2 : BERAT HILANG 4.5KG


REAL PEOPLE , REAL RESULT!!





TESTIMONI 1


TESTIMONI 2


TESTIMONI 3


TESTIMONI 4


TESTIMONI 5

Jom dapatkan Set Kurus  Shaklee daripada saya Pengedar Sah Shaklee Anda hari ini!


P/s : Dapatkan produk-produk Shaklee dari saya atau ikuti laman sosial saya untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Shaklee.


#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#Pengedarshakleekotakinabalu
#Shakleemalaysia








Saturday, October 7, 2023

Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee


Sekarang banyak sangat produk-produk suplemen yang berada dekat pasaran. Bermacam-macam jenama. Tapi bagaimana kita mahu pastikan vitamin yang kita pilih itu berkesan dan dapat menyokong kesihatan tubuh badan kita secara menyeluruh?

Kadang kita memilih berdasarkan "viral" sesuatu produk suplemen, betul? Tapi adakah kita mengambil berat atau mengambil tahu kandungan yang terdapat dalam produk suplemen tersebut adakah ianya sesuai untuk tubuh anda? Adakah ianya berkesan? Atau adakah ia selamat untuk diamalkan?

Mesti ramai yang tidak pedulikan atau tidak mahu ambil tahu tentang bahagian yang penting itu kan. Janji kita beli dan alami sendiri dan bila tidak sesuai maka timbul lah bermacam-macam masalah kesihatan yang lain.

Korang jangan ambil mudah perkara seperti ini sebab apa yang kita makan akan memberi kesan terhadap tubuh dan kesihatan dalaman kita. So korang kena pastikan suplemen yang korang pilih itu tidak memudaratkan kesihatan.

Dalam entry saya pada hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda beberapa sebab mengapa saya memilih vitamin Shaklee berbanding produk vitamin lain yang banyak dekat pasaran sekarang.

Semoga perkongsian saya dalam entry kali ini dapat membuka mata dan minda anda dalam pemilihan vitamin.


Dr.Forrest C.Shaklee merupakan orang pertama yang mencipta MULTIVITAMIN di dunia pada tahun 1915

"BETTER YOU BETTER WORLD"


SELAMAT, TERBUKTI, BERKESAN



Di Shaklee menitik beratkan dengan kualiti produk yang terhasil adalah selamat untuk diamalkan. Shaklee mengendalikan 100,000 ujian kawalan kualiti setiap tahun bagi memastikan kualiti dan potensi produk.

Shaklee menjamin keselamatan tanpa syarat dan produk Shaklee dari bahan semula jadi. Saintis Shaklee mencari di seluruh dunia bagi mendapatkan sumber bahan-bahan semula jadi yang terbaik.

Shaklee menjalankan lebih 350 ujian ke atas setiap ramuan botani untuk logam berat, racun serangga atau beratus-ratus bahan tercemar berbahaya yang lain.

Shaklee juga menjalankan lebih 100,000+ ujian kualiti setiap tahun untuk menjamin ketulenan dan keselamatan bagi setiap produk.

Bahan yang tiada didalam senarai Shaklee :





Itulah sebabnya Shaklee benar-benar yakin bahawa setiap produk Shaklee adalah 100% selamat untuk digunakan. Dijamin. Jaminan Shaklee adalah keselamatan tanpa syarat.





Produk Shaklee disokong oleh lebih daripada 100 paten dan yang sedang dipaten. Shaklee mempunyai lebih daripada 135 ujian klinikal, kertas saintifik dan pembentangan termasuklah Kajian Landmark dan Kajian Telomere.




Kajian Landmark dan Telomere menunjukkan bahawa populasi Shaklee sangat sihat daripada populasi umum.




Kajian Landmark yang diketuai oleh penyelidik pemakanan yang terkenal iaitu Dr.Gladys Block bersama University Of California Berkeley merupakan salah satu kajian terbesar pengguna jangka panjang pelbagai suplemen. 

Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengambil makanan tambahan Shaklee mempunyai lebih banyak biomarker yang lebih sihat untuk jantung, otak dan kesihatan kognitif berbanding dengan pengguna yang tidak mengambil suplemen atau pengambil suplemen bukan produk Shaklee.




Selain daripada bukti ujian dan jurnal beberapa Penjelajah Bertaraf Dunia dan atlet terhebat juga merupakan pengguna tegar produk Shaklee. Ini telah membuktikan bahawa Shaklee telah menyediakan produk yang benar-benar berkesan terhadap pengguna.

Kehebatan suplemen Shaklee telah memberi tenaga dan membantu mereka memperolehi pencapaian yang luarbiasa.

Penjelajah bertaraf dunia.





Para atlet dunia juga mencipta nama dengan menggunakan produk Shaklee dan memperolehi pencapaian yang membanggakan.






Jelas dan banyak sudah terbukti vitamin Shaklee adalah pilihan yang terbaik dari dahulu hinggalah sekarang. Sebab itu dalam entry saya hari ini mengapa saya memilih vitamin Shaklee.

Daripada bahan-bahan yang dihasilkan sehingga keberkesanan produk Shaklee yang membuatkan saya untuk memilih Shaklee daripada banyak-banyak suplement vitamin di luar sana yang belum tentu ada ketiga-tiga intipati yang terdapat dalam Shaklee.

Saya yakin dan percaya dengan produk Shaklee kerana telah banyak membantu dalam kesihatan yang lebih baik untuk diri saya dan juga ahli keluarga saya. Kerana kami adalah keluarga SHAKLEE!

Jaminan 100% yang diberikan Shaklee untuk kesihatan yang lebih optimum membuatkan saya tidak ragu-ragu dan was-was dengan produk Shaklee.

Anda bagaimana? 

Adakah korang masih rasa produk lain yang banyak di pasaran dapat meyakinkan korang untuk mengambil vitamin tanpa mengetahui samada produk itu SELAMAT,TERBUKTI dan BERKESAN pada anda??

Pilihan ditangan anda. Jangan salah pilih vitamin nanti badan binasa merana seumur hidup. Wallahualam.

Di harap perkongsian dalan entry saya kali ini dapat membantu anda agar berhati-hati ketika memilih suplemen vitamin anda.

Jika anda ingin dapatkan konsultasi secara percuma boleh tekan link di bawah untuk berhubung terus dengan saya. Saya PENGEDAR SAH SHAKLEE ANDA.

P/s : Dapatkan produk-produk Shaklee dari saya atau ikuti laman sosial saya untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Shaklee.


#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#Pengedarshakleekotakinabalu
#Shakleemalaysia

Friday, October 6, 2023

Kepentingan Vitamin C Shaklee



Assalamualaikum & hai korang...

Macam mana cuaca tempat korang hari ini? Sekarang musim jerebu, korang jangan lupa minum banyak-banyak air untuk pastikan badan sentiasa cukup dengan air dan kurangkan aktiviti luar rumah.

So hari ini saya ingin kongsikan dengan korang tentang kepentingan vitamin untuk tubuh badan kita.

Secara basic semua orang akan mengambil vitamin C tapi korang kena tahu kandungan yang terdapat dalam vitamin C yang korang amalkan itu samada selamat untuk diamalkan dan adakah berkesan pada tubuh badan anda.

Apa yang ingin saya kongsikan pada korang adalah kepentingan vitamin C Shaklee. Ehh... mestilah saya nak kongsikan tentang vitamin C Shaklee kan sebab saya sendiri juga consume vitamin C Shaklee. 🤭



Di sini saya ingin kongsikan pada anda 5 TIPS dalam pemilihan vitamin C :


Pilih vitamin C yang berdaftar dengan KKM

✅ Pilih vitamin C yang mengandungi bioflavonoids sitrus

✅ Pilih vitamin C yang diperbuat daripada bahan semulajadi tanpa pemanis tiruan

✅ Pilih vitamin C yang tahan lama, murah, kesan lebih padu

✅ Pilih vitamin C yang mempunyai teknologi pelepasan secara berperingkat




Sebelum saya meneruskan perkongsian saya tentang kepentingan vitamin C Shaklee, korang kena tahu juga tanda-tanda kekurangan vitamin C dalam badan, apa kepentingan vitamin C untuk tubuh dan fakta tentang vitamin C dan siap yang perlukan vitamin C?



TANDA-TANDA KEKURANGAN VITAMIN C

📌 Kulit cepat kering

📌 Cepat stress

📌 Wajah nampak tua sebelum usia

📌 Mudah demam

📌 Mudah selesema

📌 Luka lambat nak sembuh

📌 Skurvi (gusi berdarah)


KEPENTINGAN VITAMIN C

Vitamin C diperlukan bagi menghasilkan kolagen iaitu sejenis protein yang memainkan peranan penting untuk struktur tubuh kita. Kolagen mampu meminimumkan kedutan, tompok-tompok peningkatan usia dan pigmentasi daripada terdedah kepada cahaya matahari. Ia juga membantu menjadikan warna tona kulit lebih baik dan sekata.



Vitamin C diperlukan untuk menyembuhkan luka di badan kita, membaiki dan mengekalkan tulang rawan yang sihat, tulang, gigi dan kulit. Kajian menunjukkan kekurangan vitamin C dikaitkan dengan kekurangan pembentukkan kolagen dan kelewatan pada penyembuhan luka. Orang yang mengalami kekurangan vitamin C yang teruk mungkin kehilangan gigi, gusi berdarah dengan mudah dan hilang kekuatan tulang mereka.



Gejala seperti hidung berair, bersin, batuk dan keletihan boleh dikurangkan dengan pengambilan vitamin C. Antioksidan ini boleh meningkatkan pengeluaran sel darah putih yang merupakan komponen utama sistem imun. Ia juga dapat mengurangkan tempoh demam dan selsema.




Sakit tekak berlaku apabila tekak telah dijangkiti dan menyebabkan keradangan. Vitamin C mengandungi sifat anti-histamin untuk membantu menyekat kesan keradangan dan meneutralkan toksin yang dihasilkan oleh jangkitan. Ambilah vitamin C untuk mengurangkan dan mengelakkan sakit tekak.





FAKTA VITAMIN C

👉🏻 Vitamin C diperlukan didalam tubuh setiap hari

👉🏻 Tubuh kita tidak boleh menghasilkan vitamin C sendiri

👉🏻 Badan kita memerlukan vitamin C yang cukup untuk kekal sihat dan cantik

👉🏻 Vitamin C adalah sebatian yang larut air, ianya mudah dikeluarkan dari tubuh jika berlebihan

👉🏻 Vitamin C mudah musnah oleh haba, sinaran ultra ungu, aditif makanan, bahan kimia pertanian dan mudah dioksidakan jika terdedah pada udara





SIAPA YANG PERLUKAN VITAMIN C?



▶️ Yang mempunyai masalah kulit berjerawat atau kering
▶️ Yang mempunyai masalah bersin pada waktu pagi
▶️ Luka atau kecederaan yang lambat sembuh


▶️ Warga emas yang sentiasa aktif dan bertenaga sepanjang hari
▶️ Mempunyai masalah kulit kusam
▶️ Yang ingin jantung yang sihat


▶️ Ibu yang hamil
▶️ Ibu yang menyusukan anak
▶️ Yang mudah jatuh sakit dan demam



TAHUKAH ANDA?

Kandungan vitamin C dalam buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin berbeza-beza terutamanya selepas membasuh, memotong dan memasak.

Untuk mendapatkan 500mg vitamin C, anda perlu makan buah oren sebanyak 7.5 biji, 6 cawan brokoli atau 119 batang lobak merah.

Adalah mustahil untuk mencapainya dalam diet harian kerana kos yang tinggi.

Cara bijak adalah dengan pengambilan melalui suplemen. Vitamin C Shaklee hanya memberikan kos 40 sen sahaja setiap sebiji.





KEISTIMEWAAN VITAMIN C SHAKLEE

Shaklee menghasilkan vitamin C secara semulajadi dengan teknologi "Sustained Released". Dalam satu tablet vitamin C ia akan melepaskan 100 mg setiap sejam selama 5 jam. So badan korang akan mendapat semua manfaat-manfaat yang terdapat dalam 1 tablet itu tanpa pembaziran.

Diperkaya dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesannya.

Vitamin C Shaklee adalah produk semulajadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung dan sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai perut sensitif.




MANFAAT VITAMIN C SHAKLEE

❤️ Membina sistem imunisasi yang kuat lagi kebal supaya tidah mudah diserang penyakit.

❤️ Mengurangkan hidung bengkak semasa selsema dan mengurangkan gejala-gejala alergi lain.

❤️ Mempercepatkan penyembuhan luka serta menguatkan tulang, gigi dan gusi.

❤️ Melindungi sel-sel badan kita daripada kerosakan radikal bebas.

❤️ Mengurangkan rasa mengantuk supaya kita sentiasa lebih fokus.

❤️ Mengurangkan rasa ketidakselesaan kerana mabuk hamil maupun mabuk perjalanan.

❤️ Menurunkan tekanan darah yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan hypertension.

❤️ Merawat masalah jerawat, jeragat, luka dan parut serta kulit kusam.

❤️ Melindungi kulit dari sinar UV dan menghasilkan kolagen untuk kulit yang lebih cantik berseri.

❤️ Mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit serta mempengaruhi kemampuan tubuh membakar lemak.

❤️ Meningkatkan kadar kesihatan kardiovaskular dengan merendahkan tekanan darah dan kolesterol jahat.


TESTIMONI VITAMIN C SHAKLEE


Masalah selesma setiap pagi hilang dan gatal-gatal hidung juga berkurangan


Parut jerawat dan resdung berkurangan dan imun badan meningkat


Disahkah influenza B, consisten dengan vitamin C tidak mudah dijangkiti demam batuk selesma


Resdung hilang, alahan pada bulu kucing hilang dan jerawat dekat badan juga hilang


Gusi dah tak berdarah


kulit dah tak kusam tak perlu pakai make-up


masalah bersin,kerap demam selesma, alergi habuk dan seafood hilang dengan konsisten pengambilan vitamin C Shaklee


membantu masalah pencernaan


membantu luka bersalin czer cepat sembuh


kulit flowless


lelaki pun consume vitamin C Shaklee untuk penjagaan kulit


konsisten dengan vitamin C Shaklee parut jerawat dekat muka berkurangan


P/s : Dapatkan produk-produk Shaklee dari saya atau ikuti laman sosial saya untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Shaklee.


#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#Pengedarshakleekotakinabalu
#Shakleemalaysia

Kesan Banjir Terhadap Kesihatan Mental: Mengatasi Trauma & Stress

Negara kita sekarang tengah mengalami hujan berterusan sehingga menyebabkan beberapa kawasan di naiki air. Banjir merupakan situasi paling k...