Thursday, February 9, 2023

APA YANG ANDA TAHU TENTANG INTEMITTENT FASTING (IF)





Pernahkah anda dengar INTERMITTENT FASTING atau lebih dikenali dengan IF dan sejauh mana pengetahuan anda tentang intermittent fasting

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang intermittent fasting

Intermittent fasting adalah sebuah DIET yang berkonsepkan mengatur pola pemakanan anda mengikut jadual tertentu. Menggunakan kaedah puasa sebagai medium utama diet. Dengan kaedah berpuasa ini bukan sekadar menarik minat ramai mereka yang beragama islam tetapi juga dapat menarik minat mereka yang bukan beragama islam.

Intermittent fasting adalah trend diet yang popular kerana manfaat kesihatan, termasuk penurunan berat badan dan sensitivitas insulin. Semasa kita mengamalkan intermittent fasting kita digalakkan untuk mengambil makanan yang sihat dan seimbang. Kita juga perlu bersenam, bersukan, berkebun atau melakukan apa-apa aktiviti fizikal yang lain agar tubuh badan kita kekal sihat dan cergas.






Amalan diet intermittent fasting ini akan mempengaruhi perubahan yang ketara bukan sahaja pada tubuh badan kita tetapi juga akan mempengaruhi perubahan dalaman tubuh kita.

Terdapat beberapa perubahan yang terjadi pada tubuh ketika kita melakukan diet menggunakan kaedah intermittent fasting :

👉 Perubahan Hormonal : Intermittent fasting boleh meningkatkan pembebasan hormon seperti norepinefrin dan hormon pertumbuhan manusia (HGH) yang boleh meningkatkan pembakaran lemak dan meningkatkan prestasi bersukan.

👉 Kepekaan Insulin : Intermittent fasting boleh meningkatkan kepekaan insulin, yang boleh membantu mengawal tahap gula dalam darah dan mengurangkan risiko diabetes.

👉 Autofag : Intermittent fasting mencetuskan proses yang dipanggil autofag, di mana sel-sel memecahkan dan memperbaharui protein dan komponen sel yang rosak. Proses ini boleh membantu meningkatkan kesihatan sel dan mengurangkan risiko penyakit kronik.

👉 Pengurangan inflamasi : Intermittent fasting telah diketahui dapat mengurangkan inflamasi dalam badan, yang boleh membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kanser.

👉 Penurunan berat badan : Intermittent fasting boleh menyebabkan penurunan berat badan dengan mengurangkan jumlah kalori secara keseluruhan dan mempromosikan pembakaran lemak.




Sepanjang tempoh proses diet intermittent fasting berlaku adalah tidak digalakkan bagi mereka meneruskan amalan diet ini sekirannya terdapat tanda-tanda seperti berkut :


➤ Pitam
➤ Pening kepala
➤ Lemah badan / lesu
➤ Tubuh menggeletar / menggigil
➤ Penglihatan kabur

Ini adalah kerana setiap jenis diet mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Setiap individu yang berminat untuk mencuba diet intermittent fasting digalakkan untuk mencuba dahulu dengan kategori yang paling ringan Overnight Fasting dan Day Fasting.


Sebagai kesimpulan, fenomena intermittent fasting ini sangat berguna bagi mereka yang menginginkan tubuh badan yang lebih sihat malah sangat berkesan dalam penurunan berat badan serta memberikan manfaat terhadap kesihatan kita yang lain. Kaedah diet ini memerlukan komitment dan kesungguhan kita sekirannya inginkan hasil yang berjaya. Sekiranya mempunyai sebarang masalah kesihatan rujuk pada doktor sebelum memulakan sebarang diet.


















2 comments:

  1. memang best buat IF, makin lama makin senang nak jaga berat badan

    ReplyDelete
  2. Teringin juga nak buat kaedah ni. Thanks for info sahabat

    ReplyDelete

Kesan Banjir Terhadap Kesihatan Mental: Mengatasi Trauma & Stress

Negara kita sekarang tengah mengalami hujan berterusan sehingga menyebabkan beberapa kawasan di naiki air. Banjir merupakan situasi paling k...