Tuesday, February 7, 2023

Dari Mata Turun Ke Hati

 

 



Assalamualaikum,

Sebelum saya memulakan, saya ingin memperkenalkan diri saya. Nama saya Elly. Saya berasal dari Kota Kinabalu Sabah. Status sudah berkahwin dan dikurniakan 3 cahaya mata, Shazwan Faiz (abang), Ella Shazila (kakak) dan Shafwan Aidil (boungsu). 

Saya mengenali Shaklee sudah lebih dari 5 tahun rasanya. Pertama kali mendengar dan mengetahui tenang Shaklee ini disebabkan saya sedang membantu adik ipar saya yang masih berada di tingkatan 6 masa itu (tidak ingat tahun) yang mahu menjana pendapatan sampingan sebab dia mahu sambung belajar dan sementara menunggu panggilan dari pihak Universiti yang dia mohon.

Pada mulanya saya tidak tahu dan bagaimana hati saya tertarik denga product-product Shaklee dan membuatkan saya mengesyorkan bisnes Shaklee pada adik ipar saya pada masa itu. Padahal saya bukan pernah membeli apa-apa product Shaklee. Tapi mungkin sebab saya banyak buat research tentang Shaklee sebelum decide untuk bagitahu adik ipar saya. Sebab saya nakkan dia buat bisnes untuk jangka panjang dan mendatangkan hasil. 

Saya panjatkan syukur kepada Allah kerena dengan hanya sekecil bantuan yang saya berikan pada adik ipar saya, hingga ke hari ini dia masih meneruskan bisnes Shaklee dan dia dah pun berkahwin, husband dia juga  bersama-sama membina bisnes Shaklee ini.

Berbalik pada cerita, selepas adik ipar saya mendaftar menjadi distributor Shaklee, sesekali saya bertanya juga perkembangan bisnes dia. Mula-mula bisnes memang sendu katanya. Tapi itu tidak mematahkan semangatnya. Dalam tempoh beberapa tahun, dia naik rank ke Coordinator. Sedangkan masa itu dia masih belajar dekat Universiti. Dia pun balik-balik juga bawa saya untuk join team dia. Tapi saya kata saya tidak pandai bab-bab menjual sebab masa terlalu padat. Mana nak urus anak,kerja lagi dan selalu kejar masa untuk anak-anak dan keluarga.

Nak dijadikan cerita, pada tahun April 2021 adik ipar saya introduce saya ESP Shaklee sebab saya selalu sakit gastrik. Jadi dia syorkan saya beli dan saya pun belilah. Saya ingat tahun itu sebab inilah pertama kali saya mengambil suplimen. Sebelum-sebelum ini saya memang tidak pernah consume apa-apa supliment atau vitamin sebab badan saya sensitive dan saya tidak mahu salah pengambilan dari mana-mana supliment, saya takut ada side effect.

Mula-mula itu saya masih ragu-ragu dengan ESP Shaklee sebab saya tidak minum susu jenis serbuk atau tepung. Adik ipar saya balik-balik terangkan yang ESP Shaklee ini bukan susu tapi kacang soya dan dia bagitahu sesuai untuk saya sebab ada gastrik kan, tapi saya cakap sama juga sebab berunsurkan serbuk/tepung.

Terima kasih sangatlah dengan adik ipar saya sebab dia paksa saya untuk cuba ESP Shaklee ini dan akhirnya saya jatuh cinta dengan ESP Shaklee. Hehehehehe...

Tapi selepas consume 1 bulan dan habiskan 1 tong ESP Shaklee itu, gastrik saya makin menjadi, sampai sesak nafas semua. Ini bukan nak kondem Shaklee tau. Tapi saya nak bagitahu apa yang kita tidak nampak dan tidak pernah tahu apa yang berlaku dalam tubuh badan kita product Shaklee membantu kita detect apa sakit kita yang sebenar. Sebab saya tidak pernah ambil apa-apa supliment or vitamin kan. Asal sakit gastrik saya akan pergi ke klinik dan minta ubat tahan sakit or ubat gastrik dengan dos yang tinggi. Sedangkan kita tahu apa side effect pada tubuh kita bila kita terlalu bergantung pada ubat-ubatan tanpa mencari ikhtiar lain untuk meredahkan sakit yang kita alami.

Batu karang dalam hempedu. Saya sendiri pun tidak sangka apa yang saya lalui selama ini. ESP Shaklee membantu saya membongkar dan mengesan punca sakit saya. Selepas pembedahan, baru saya sedar akan kepentingan supliment dan vitamin dalam kehidupan harian kita. Bukan ketika kita sakit baru kita terfikir untuk mencari supliment dan vitamin untuk membantu dan meredahkan kesakitan daripada hanya bergantung sepenuhnya pada ubat-ubatan. "Mencegah lebih baik dari merawat."

Selepas saya melalui pengalaman perit itu, hati saya mula terbuka untuk memulakan bisnes Shaklee. Sebab bagi saya product Shaklee adalah yang terbaik dan saya percaya pada product Shaklee kerana semua product Shaklee 100% berasaskan tumbuhan semulajadi, telah melalui kajian secara terperinci sebelum product dikeluarkan dan telah terbukti keberkesanannya. 

Selain itu yang paling saya suka, setiap bulan ada BONUS jadi dapat juga menambah pendapatan kita dan paling best bisnes Shaklee boleh DIWARISI oleh ahli keluarga kita. Kita buat bisnes Shaklee kita dapat sebarkan kebaikan tentang kepentingan nutrisi dan dapat menyampaikan manfaat dan khasiat dalam setiap product Shaklee. 

MY VISION

MEMBERI KESEDARAN AKAN KEPENTINGAN NUTRACEUTICAL DAN MEMPEROLEHI NUTRISI YANG LENGKAP DARI PRODUCT SHAKLEE

MY MISSION

MEMBANTU MEREKA YANG MAHU MENGUBAH EKONOMI KELUARGA DANGAN MENJANA PENDAPATAN BERSAMA SHAKLEE DAN MENYEDARKAN KEPENTINGAN NUTRACEUTICAL












No comments:

Post a Comment

Kesan Banjir Terhadap Kesihatan Mental: Mengatasi Trauma & Stress

Negara kita sekarang tengah mengalami hujan berterusan sehingga menyebabkan beberapa kawasan di naiki air. Banjir merupakan situasi paling k...