Monday, May 19, 2025

7 Manfaat Omega-3 yang ramai orang tak tahu


7 manfaat omega-3



Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin berkongsi bersama dengan korang tentang minyak ikan & Omega-3. Jom kenali perbezaan antara minyak ikan & Omega-3.


Dalam perkongsian daripada seorang doktor, baru saya tahu rupanya minyak ikan & Omega-3 merupakan 2 perkara yang berbeza. Mesti ramai yang menyangka seperti saya,betul?


👉 Minyak Ikan - adalah minyak yang ada pada ikan yang mengandungi pelbagai jenis asid lemak.

👉 Omega-3 - adalah sejenis asid lemak dari kelas polyunsaturated fatty asid.


Omega-3 merupakan sejenis asid lemak dalam kumpulan lemak tidak tepu (polyunsaturated fatty asid).


Apa Itu Asid Lemak Omega-3?

7 manfaat omega-3 (c)

Asid lemak omega-3 adalah sejenis lemak sihat lemak sihat  yang sanga penting untuk kesihatan kerana;

📍 Tidak boleh dihasilkan oleh badan kita sendiri. Maka, kita wajib memperolehnya melalui diet harian atau suplement.

📍 Ia merupakan lemak paling sihat kerana menyokong setiap sel, tisu dan organ dalam tubuh kita - termasuk jantung, otak, sendi dan kulit. 

📍 Dua bentuk utama omega-3 yang paling penting untuk tubuh manusia ialah EPA (Eicosapentaenoic Acid) dan DHA (Docosahexaenoic Acid).

📍 Manfaat kesihatan  omega-3 terbukti memberikan manfaat kesihatan luar biasa seperti menyokong  fungsi otak, kesihatan jantung, mengurangkan keradangan dan meningkatkan keseimbangan emosi.


Jenis-jenis asid asid lemak omega-3

7 manfaat omega-3 (d)

Omega-3 mengandungi 3 jenis asid lemak yang dikenali iaitu ALA, EPA dan DHA.

DHA & EPA - boleh didapati dalam ikan seperti cod, sardin dan lain-lain.

ALA - boleh didapati daripada minyak sayuran seperti minyak kacang badam (almond), walnut dan flexseeds.


Komponen penting omega-3 (DHA & EPA)

7 manfaat omega-3 (b)

DHA dan EPA adalah komponen penting omega-3 yang hanya boleh didapati daripada minyak ikan. 

Dalam suplement minyak ikan, kita harus melihat pada kedua-dua nilai DHA dan EPA untuk mendapatkan omega-3 dan bukan melihat pada nilai minyak ikan.

Dalam gambar di bawah, merupakan contoh dari perkongsian seorang doktor di mana NILAI OMEGA-3 adalah 375mg. Nilai omega-3 yang terdapat dalam satu biji softjel adalah penting untuk kita ketahui bagi memastikan kita mendapat nilai DHA dan EPA yang betul bukan dengan campuran minyak zaitun atau minyak sayuran.


Omega-3 bermanfaat kepada manusia untuk menurunkan tahap kolesterol dalam darah dengan mencegah pembentukan sumbatan pada saluran darah (arterosklerosis), mencegah hipertensi dan pengumpulan trigliceride dalam darah.

Omega-3 dapat mencegah risiko serangan strok dan serangan jantung yang menjadi punca UTAMA KEMATIAN di seluruh dunia.

7 manfaat omega-3 (e)


7 Manfaat utama omega-3  yang ramai orang tidak tahu.


7 manfaat omega-3 (a)

1. Asid Lemak

Omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tidak dapat dihasilkan ole badan kita. Oleh itu kita perlu mengambilnya dari makanan. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak  boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. 

Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos. Ia juga mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebbkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan.

2. Mencegah penyakit saluran darah dan strok

DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar. Oleh itu, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher atau sakit kepala.

Ia juga merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesteol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infraction, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

3. Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori

DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi.

DHA menigkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran, dan mencegah migraine.

4. Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru

Mengawal sisten imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatiis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.

5. Menentang kanser

Kajian telah menunjukkan bahawa omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.

6. Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis)

Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan.

Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif.

7. Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan

Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiet), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia.

Kesimpulannya, omega-3 bukan sekadar lemak biasa. Ia adalah nutrien yang menyokong kesihatan menyeluruh dari dalam. Dari jantung yang kuat, otak yang tajam, sendi yang fleksibel, kehamilan yang sihat hingga ke berat badan yang ideal. Manfaatnya tidak dinafikan.

Sekiranya pengambilan diet harian seperti ikan berlemak tidak mencukupi, supplement omega-3 berkualiti tinggi boleh menjadi pilihan yang bijak untuk menampung keperluan tubuh. Kesihatan adalah pelaburan jangka panjang dan omega-3 adalah antara 'aset' terbaik.

P/S : Saya merupakan pengedar berdaftar dan agent sah Shaklee. Untuk dapatkan omega-3 yang berkualiti tinggi boleh dapatkan produk-produk Shaklee dari saya atau ikuti laman sosial saya untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Shaklee

Tekan link untuk mengetahui keistimewaan omega-3 dalam Omega Guard Shaklee.

#shakleemalaysia #shakleepenampang #shakleekotakinabalu #shakleesabah #jomsihatbah #jomsihatshaklee #omega3 #omegaguardshaklee #pengedarsahshaklee

No comments:

Post a Comment

Siapa Perlukan Vivix?

Vivix ada suplemen premium daripada Shaklee yang mengandungi ramuan utama iaitu Polifenol & Resveratrol.  Diformulasikan khas bagi menyo...