Sunday, October 20, 2024

Kesan Banjir Terhadap Kesihatan Mental: Mengatasi Trauma & Stress

Negara kita sekarang tengah mengalami hujan berterusan sehingga menyebabkan beberapa kawasan di naiki air. Banjir merupakan situasi paling kita takuti untuk hadapi dikala air melimpah masuk ke dalam rumah atau mana-mana kawasan yang rendah.




Bermacam situasi yang telah kita lihat juga mungkin ada diantara kita yang pernah alami atau sedang alami ketika ini. Bencana ini boleh menyebabkan kerugian banyak kerana terpaksa menanggung kerugian yang sangat besar akibat kerosakkan harta benda dan yang paling menyedihkan bilamana nyawa juga turut tergadai.

Kemusnahan harta benda juga kehilangan nyawa pasti memberi kesan negatif terhadap kesihatan manusia dari segi trauma dan tekanan mental. Kesan banjir ini akan mempengaruhi mangsa-mangsa banjir samada dari segi jangka masa pendek atau jangka masa panjang.

Situasi yang akan kita alami dalam jangka masa pendek adalah kita lebih terdedah kepada risiko seperti jangkitan,luka,hipothermia dan juga gigitan serangga serta haiwan berbisa semasa banjir berlaku. Kita juga akan terdedah dengan penyakit bawaan air yang tidak bersih yang menyebabkan cirit-birit.

Pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir, akibat bencana ini ramai juga yang akan menderita dan terpaksa memulakan hidup dengan sehelai sepinggang.

Dari segi jangka masa panjang, kita akan mengalami masalah kewangan yang teruk dan mangsa yang terkesan akan mengalami situasi dari segi psikologi dan merasakan tidak tenang walaupun banjir telah surut.


Terdapat pelbagai tekanan yang akan berlaku terhadap mangsa banjir yang boleh menyebabkan berlakunya impak psikologi yang teruk pada mangsa banjir.

Impak psikologi pada mangsa banjir adalah sangat penting bagi mangsa banjir mengetahui cara untuk mengurus emosi dengan baik.

Kita harus membuat persediaan awal dari segi psikologi bagi membantu kita dalam pengurusan emosi kerana ianya sangat penting agar dapat memberi kekuatan dan semangat ketika menghadapi bencana. Jika tidak kita akan lebih terkesan apabila mengahadapi bencana banjir.

Terdapat beberapa langkah penting yang perlu kita ketahui dalam pengurusan emosi. Kerana ini melibatkan semua fasa seperti sebelum bencana terjadi,ketika kita dipindahkan, berada di pusat pemindahan dan apabila kembalinya kita ke rumah.

Sebelum terjadinya bencana kita perlu membuat persediaan rapi dari sudut fizikal dan mental dengan menyediakan barangan yang diperlukan, merancang pergerakkan dengan pengangkutan yang selamat serta mencari cara menyesuaikan diri disamping membuat persediaan mental dan spiritual.

Bagi mereka yang mempunyai penyakit harus memastikan bekalan ubatan yang mencukupi kerana ia juga akan mendatangkan tekanan.

Impak psikologi terhadap aktiviti ekonomi yang tidak dapat dijalankan menyebabkan terputusnya punca pendapatan dan ini akan menyumbangkan kepada masalah psikologi seperti stress,kebimbangan yang berterusan, gangguan emosi dan kognitif dengan berlakunya perasaan sedih, sukar tidur, menyalahkan diri sendiri dan berputus asa.

TIPS MENANGANI RASA TRAUMA DAN STRESS

✅ Memberi masa bagi menyesuaikan diri
✅ Dapatkan bantuan dari seseorang yang sangat mengambil berat tentang diri kita juga memahami situasi yang kita hadapi
✅ Berkongsi cerita atau perasaan pada seseorang
✅ Dapatkan bantuan sokongan dari pakar yang terlatih
✅ Mengamalkan cara hidup yang sihat
✅ Kekalkan dan perbaiki rutin harian


Selain tips-tips yang saya kongsikan di atas,kita juga boleh mengamalkan pengambilan vitamin yang dapat menyokong kesihatan mental kita. Kita disarankan mengamalkan cara hidup yang sihat agar kehidupan kita ke arah lebih sihat dan bebas dari trauma.

SET ANTI-STRESS SHAKLEE



➡️ VITAMIN B
Membantu mengawal tahap serotonin dan norepinephrine badan untuk kestabilan mental,mood,berikan keupayaan untuk mengatasi tekanan dan berikan rasa kegembiraan.


➡️ KALSIUM
Mineral penting yang bekerjasama dengan serotonin untuk mengurangkan tekanan,kebimbangan (anxiety) serta sokong kesihatan sistem saraf.


➡️ MINYAK IKAN OMEGA 3
Penting untuk menstabilkan hormon kortisol,sekaligus menstabilkan stress.


➡️ VITAMIN C
Merupakan antioksidan yang melindungi sel badan akibat peningkatan hormon kortisol ketika stress. Elak kehilangan vitamin C badan akibat stress.


Selain pengambilan vitamin dan nasihat dari pakar-pakar psikologi jangan lupa memohon pertolongan daripada Allah untuk ketenangan hati menghadapi cabaran di dunia.


DOA UNTUK KESIHATAN MENTAL



DOA MEMINTA KETENANGAN HATI 




P/s : Dapatkan produk-produk Shaklee dari saya atau ikuti laman sosial saya untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Shaklee.


#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#Pengedarshakleekotakinabalu
#Shakleemalaysia

1 comment:

Kesan Banjir Terhadap Kesihatan Mental: Mengatasi Trauma & Stress

Negara kita sekarang tengah mengalami hujan berterusan sehingga menyebabkan beberapa kawasan di naiki air. Banjir merupakan situasi paling k...