Saturday, October 7, 2023

Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee


Sekarang banyak sangat produk-produk suplemen yang berada dekat pasaran. Bermacam-macam jenama. Tapi bagaimana kita mahu pastikan vitamin yang kita pilih itu berkesan dan dapat menyokong kesihatan tubuh badan kita secara menyeluruh?

Kadang kita memilih berdasarkan "viral" sesuatu produk suplemen, betul? Tapi adakah kita mengambil berat atau mengambil tahu kandungan yang terdapat dalam produk suplemen tersebut adakah ianya sesuai untuk tubuh anda? Adakah ianya berkesan? Atau adakah ia selamat untuk diamalkan?

Mesti ramai yang tidak pedulikan atau tidak mahu ambil tahu tentang bahagian yang penting itu kan. Janji kita beli dan alami sendiri dan bila tidak sesuai maka timbul lah bermacam-macam masalah kesihatan yang lain.

Korang jangan ambil mudah perkara seperti ini sebab apa yang kita makan akan memberi kesan terhadap tubuh dan kesihatan dalaman kita. So korang kena pastikan suplemen yang korang pilih itu tidak memudaratkan kesihatan.

Dalam entry saya pada hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda beberapa sebab mengapa saya memilih vitamin Shaklee berbanding produk vitamin lain yang banyak dekat pasaran sekarang.

Semoga perkongsian saya dalam entry kali ini dapat membuka mata dan minda anda dalam pemilihan vitamin.


Dr.Forrest C.Shaklee merupakan orang pertama yang mencipta MULTIVITAMIN di dunia pada tahun 1915

"BETTER YOU BETTER WORLD"


SELAMAT, TERBUKTI, BERKESAN



Di Shaklee menitik beratkan dengan kualiti produk yang terhasil adalah selamat untuk diamalkan. Shaklee mengendalikan 100,000 ujian kawalan kualiti setiap tahun bagi memastikan kualiti dan potensi produk.

Shaklee menjamin keselamatan tanpa syarat dan produk Shaklee dari bahan semula jadi. Saintis Shaklee mencari di seluruh dunia bagi mendapatkan sumber bahan-bahan semula jadi yang terbaik.

Shaklee menjalankan lebih 350 ujian ke atas setiap ramuan botani untuk logam berat, racun serangga atau beratus-ratus bahan tercemar berbahaya yang lain.

Shaklee juga menjalankan lebih 100,000+ ujian kualiti setiap tahun untuk menjamin ketulenan dan keselamatan bagi setiap produk.

Bahan yang tiada didalam senarai Shaklee :





Itulah sebabnya Shaklee benar-benar yakin bahawa setiap produk Shaklee adalah 100% selamat untuk digunakan. Dijamin. Jaminan Shaklee adalah keselamatan tanpa syarat.





Produk Shaklee disokong oleh lebih daripada 100 paten dan yang sedang dipaten. Shaklee mempunyai lebih daripada 135 ujian klinikal, kertas saintifik dan pembentangan termasuklah Kajian Landmark dan Kajian Telomere.




Kajian Landmark dan Telomere menunjukkan bahawa populasi Shaklee sangat sihat daripada populasi umum.




Kajian Landmark yang diketuai oleh penyelidik pemakanan yang terkenal iaitu Dr.Gladys Block bersama University Of California Berkeley merupakan salah satu kajian terbesar pengguna jangka panjang pelbagai suplemen. 

Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengambil makanan tambahan Shaklee mempunyai lebih banyak biomarker yang lebih sihat untuk jantung, otak dan kesihatan kognitif berbanding dengan pengguna yang tidak mengambil suplemen atau pengambil suplemen bukan produk Shaklee.




Selain daripada bukti ujian dan jurnal beberapa Penjelajah Bertaraf Dunia dan atlet terhebat juga merupakan pengguna tegar produk Shaklee. Ini telah membuktikan bahawa Shaklee telah menyediakan produk yang benar-benar berkesan terhadap pengguna.

Kehebatan suplemen Shaklee telah memberi tenaga dan membantu mereka memperolehi pencapaian yang luarbiasa.

Penjelajah bertaraf dunia.





Para atlet dunia juga mencipta nama dengan menggunakan produk Shaklee dan memperolehi pencapaian yang membanggakan.






Jelas dan banyak sudah terbukti vitamin Shaklee adalah pilihan yang terbaik dari dahulu hinggalah sekarang. Sebab itu dalam entry saya hari ini mengapa saya memilih vitamin Shaklee.

Daripada bahan-bahan yang dihasilkan sehingga keberkesanan produk Shaklee yang membuatkan saya untuk memilih Shaklee daripada banyak-banyak suplement vitamin di luar sana yang belum tentu ada ketiga-tiga intipati yang terdapat dalam Shaklee.

Saya yakin dan percaya dengan produk Shaklee kerana telah banyak membantu dalam kesihatan yang lebih baik untuk diri saya dan juga ahli keluarga saya. Kerana kami adalah keluarga SHAKLEE!

Jaminan 100% yang diberikan Shaklee untuk kesihatan yang lebih optimum membuatkan saya tidak ragu-ragu dan was-was dengan produk Shaklee.

Anda bagaimana? 

Adakah korang masih rasa produk lain yang banyak di pasaran dapat meyakinkan korang untuk mengambil vitamin tanpa mengetahui samada produk itu SELAMAT,TERBUKTI dan BERKESAN pada anda??

Pilihan ditangan anda. Jangan salah pilih vitamin nanti badan binasa merana seumur hidup. Wallahualam.

Di harap perkongsian dalan entry saya kali ini dapat membantu anda agar berhati-hati ketika memilih suplemen vitamin anda.

Jika anda ingin dapatkan konsultasi secara percuma boleh tekan link di bawah untuk berhubung terus dengan saya. Saya PENGEDAR SAH SHAKLEE ANDA.

P/s : Dapatkan produk-produk Shaklee dari saya atau ikuti laman sosial saya untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Shaklee.


#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#Pengedarshakleekotakinabalu
#Shakleemalaysia

Friday, October 6, 2023

Kepentingan Vitamin C Shaklee



Assalamualaikum & hai korang...

Macam mana cuaca tempat korang hari ini? Sekarang musim jerebu, korang jangan lupa minum banyak-banyak air untuk pastikan badan sentiasa cukup dengan air dan kurangkan aktiviti luar rumah.

So hari ini saya ingin kongsikan dengan korang tentang kepentingan vitamin untuk tubuh badan kita.

Secara basic semua orang akan mengambil vitamin C tapi korang kena tahu kandungan yang terdapat dalam vitamin C yang korang amalkan itu samada selamat untuk diamalkan dan adakah berkesan pada tubuh badan anda.

Apa yang ingin saya kongsikan pada korang adalah kepentingan vitamin C Shaklee. Ehh... mestilah saya nak kongsikan tentang vitamin C Shaklee kan sebab saya sendiri juga consume vitamin C Shaklee. 🤭



Di sini saya ingin kongsikan pada anda 5 TIPS dalam pemilihan vitamin C :


Pilih vitamin C yang berdaftar dengan KKM

✅ Pilih vitamin C yang mengandungi bioflavonoids sitrus

✅ Pilih vitamin C yang diperbuat daripada bahan semulajadi tanpa pemanis tiruan

✅ Pilih vitamin C yang tahan lama, murah, kesan lebih padu

✅ Pilih vitamin C yang mempunyai teknologi pelepasan secara berperingkat




Sebelum saya meneruskan perkongsian saya tentang kepentingan vitamin C Shaklee, korang kena tahu juga tanda-tanda kekurangan vitamin C dalam badan, apa kepentingan vitamin C untuk tubuh dan fakta tentang vitamin C dan siap yang perlukan vitamin C?



TANDA-TANDA KEKURANGAN VITAMIN C

📌 Kulit cepat kering

📌 Cepat stress

📌 Wajah nampak tua sebelum usia

📌 Mudah demam

📌 Mudah selesema

📌 Luka lambat nak sembuh

📌 Skurvi (gusi berdarah)


KEPENTINGAN VITAMIN C

Vitamin C diperlukan bagi menghasilkan kolagen iaitu sejenis protein yang memainkan peranan penting untuk struktur tubuh kita. Kolagen mampu meminimumkan kedutan, tompok-tompok peningkatan usia dan pigmentasi daripada terdedah kepada cahaya matahari. Ia juga membantu menjadikan warna tona kulit lebih baik dan sekata.



Vitamin C diperlukan untuk menyembuhkan luka di badan kita, membaiki dan mengekalkan tulang rawan yang sihat, tulang, gigi dan kulit. Kajian menunjukkan kekurangan vitamin C dikaitkan dengan kekurangan pembentukkan kolagen dan kelewatan pada penyembuhan luka. Orang yang mengalami kekurangan vitamin C yang teruk mungkin kehilangan gigi, gusi berdarah dengan mudah dan hilang kekuatan tulang mereka.



Gejala seperti hidung berair, bersin, batuk dan keletihan boleh dikurangkan dengan pengambilan vitamin C. Antioksidan ini boleh meningkatkan pengeluaran sel darah putih yang merupakan komponen utama sistem imun. Ia juga dapat mengurangkan tempoh demam dan selsema.




Sakit tekak berlaku apabila tekak telah dijangkiti dan menyebabkan keradangan. Vitamin C mengandungi sifat anti-histamin untuk membantu menyekat kesan keradangan dan meneutralkan toksin yang dihasilkan oleh jangkitan. Ambilah vitamin C untuk mengurangkan dan mengelakkan sakit tekak.





FAKTA VITAMIN C

👉🏻 Vitamin C diperlukan didalam tubuh setiap hari

👉🏻 Tubuh kita tidak boleh menghasilkan vitamin C sendiri

👉🏻 Badan kita memerlukan vitamin C yang cukup untuk kekal sihat dan cantik

👉🏻 Vitamin C adalah sebatian yang larut air, ianya mudah dikeluarkan dari tubuh jika berlebihan

👉🏻 Vitamin C mudah musnah oleh haba, sinaran ultra ungu, aditif makanan, bahan kimia pertanian dan mudah dioksidakan jika terdedah pada udara





SIAPA YANG PERLUKAN VITAMIN C?



▶️ Yang mempunyai masalah kulit berjerawat atau kering
▶️ Yang mempunyai masalah bersin pada waktu pagi
▶️ Luka atau kecederaan yang lambat sembuh


▶️ Warga emas yang sentiasa aktif dan bertenaga sepanjang hari
▶️ Mempunyai masalah kulit kusam
▶️ Yang ingin jantung yang sihat


▶️ Ibu yang hamil
▶️ Ibu yang menyusukan anak
▶️ Yang mudah jatuh sakit dan demam



TAHUKAH ANDA?

Kandungan vitamin C dalam buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin berbeza-beza terutamanya selepas membasuh, memotong dan memasak.

Untuk mendapatkan 500mg vitamin C, anda perlu makan buah oren sebanyak 7.5 biji, 6 cawan brokoli atau 119 batang lobak merah.

Adalah mustahil untuk mencapainya dalam diet harian kerana kos yang tinggi.

Cara bijak adalah dengan pengambilan melalui suplemen. Vitamin C Shaklee hanya memberikan kos 40 sen sahaja setiap sebiji.





KEISTIMEWAAN VITAMIN C SHAKLEE

Shaklee menghasilkan vitamin C secara semulajadi dengan teknologi "Sustained Released". Dalam satu tablet vitamin C ia akan melepaskan 100 mg setiap sejam selama 5 jam. So badan korang akan mendapat semua manfaat-manfaat yang terdapat dalam 1 tablet itu tanpa pembaziran.

Diperkaya dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesannya.

Vitamin C Shaklee adalah produk semulajadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung dan sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai perut sensitif.




MANFAAT VITAMIN C SHAKLEE

❤️ Membina sistem imunisasi yang kuat lagi kebal supaya tidah mudah diserang penyakit.

❤️ Mengurangkan hidung bengkak semasa selsema dan mengurangkan gejala-gejala alergi lain.

❤️ Mempercepatkan penyembuhan luka serta menguatkan tulang, gigi dan gusi.

❤️ Melindungi sel-sel badan kita daripada kerosakan radikal bebas.

❤️ Mengurangkan rasa mengantuk supaya kita sentiasa lebih fokus.

❤️ Mengurangkan rasa ketidakselesaan kerana mabuk hamil maupun mabuk perjalanan.

❤️ Menurunkan tekanan darah yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan hypertension.

❤️ Merawat masalah jerawat, jeragat, luka dan parut serta kulit kusam.

❤️ Melindungi kulit dari sinar UV dan menghasilkan kolagen untuk kulit yang lebih cantik berseri.

❤️ Mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit serta mempengaruhi kemampuan tubuh membakar lemak.

❤️ Meningkatkan kadar kesihatan kardiovaskular dengan merendahkan tekanan darah dan kolesterol jahat.


TESTIMONI VITAMIN C SHAKLEE


Masalah selesma setiap pagi hilang dan gatal-gatal hidung juga berkurangan


Parut jerawat dan resdung berkurangan dan imun badan meningkat


Disahkah influenza B, consisten dengan vitamin C tidak mudah dijangkiti demam batuk selesma


Resdung hilang, alahan pada bulu kucing hilang dan jerawat dekat badan juga hilang


Gusi dah tak berdarah


kulit dah tak kusam tak perlu pakai make-up


masalah bersin,kerap demam selesma, alergi habuk dan seafood hilang dengan konsisten pengambilan vitamin C Shaklee


membantu masalah pencernaan


membantu luka bersalin czer cepat sembuh


kulit flowless


lelaki pun consume vitamin C Shaklee untuk penjagaan kulit


konsisten dengan vitamin C Shaklee parut jerawat dekat muka berkurangan


P/s : Dapatkan produk-produk Shaklee dari saya atau ikuti laman sosial saya untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Shaklee.


#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#Pengedarshakleekotakinabalu
#Shakleemalaysia

Monday, September 4, 2023

Keperluan Wanita Mengandung


Bagi anda yang bakal bergelar ibu selalunya kita akan fikirkan perkara-perkara yang akan kita lalui sepanjang kehamilan kita.


Tapi tahukah anda?

Apa yang wanita mengandung perlukan sepanjang kehamilannya? 

Buat anda yang mengandung anak pertama, disini saya ingin kongsikan pada anda keperluan-keperluan untuk anda sediakan bukan sahaja untuk bayi yang bakal dilahirkan tetapi keperluan anda sendiri yang kadangkala anda tidak pasti apa yang perlu dilakukan.


1. BERSYUKUR

Pengalaman indah buat suami isteri yang bakal menimang cahaya mata, merupakan rahmat dan rezeki dari Allah. Bersyukur dan dekatkanlah diri dengan Ilahi, perbaiki amalan dan solat. Masa terluang sepanjang kehamilan banyakkan berdoa, berzikir, membaca Al-Quran dan mendekatkan diri dengan perkara-perkara yang positive dan tinggalkan amalan negative.


2. CHECK-UP PERTAMA KALI

Lakukan pemeriksaan diawal kehamilan. Kebiasaannya setelah anda melakukan ujian kehamilan menggunakan "pregnant test" inilah masanya anda berkunjung ke Klinik Kesihatan yang berhampiran bagi mendaftarkan diri anda untuk pemeriksaan lanjut oleh pegawai kesihatan.

Ini bagi memastikan jururawat merekod setiap perkembangan kandungan dan juga kesihatan ibu. Anda akan diberikan sebuah buku rekod mengandung dan anda perlu membawa buku rekod tersebut setiap kali anda datang untuk membuat pemeriksaan kesihatan diri dan perkembangan kandungan anda dari masa ke semasa sehingga anda bersalin.


3. BERHENTI MENGAMBIL UBAT-UBATAN ATAU HERBA

Ibu hamil tidak disarankan mengambil sebaran ubat-ubatan atau herba tanpa nasihat daripada doktor. Ini bagi memastikan anda tidak salah mengambil ubat atau herba untuk keperluan diri sendiri bagi menghindari berlakunya daripada sebarang kesan sampingan daripada pengambilan ubatan atau herba.

Kesilapan pengambilan ubatan tertentu boleh menyebabkan keguguran dan masalah kesihatan dan bayi.


4. PENGAMBILAN SUPLEMEN, VITAMIN DAN MULTIVITAMIN

Setiap ibu hamil doktor akan sarankan anda untuk mengambil makanan tambahan seperti suplemen, vitamin dan multivitamin. Pengambilan makanan harian anda tidak dapat menampung keperluan vitamin dan khasiat yang ibu dan bayi perlukan sepanjang kehamilan.

Antara suplemen penting yang anda perlukan adalah asid folik, zat besi, vitamin C, vitamin D, kalsium, mineral dan multivitamin. Kebiasaannya, doktor akan bekalkan suplemen seperi asid folik, vitamin C dan zat besi. Doktor juga sarankan pengambilan kalsium, omega-3 dan serat.

Makanan tambahan sangat banyak dipasaran untuk anda amalkan. Perkara penting ketika memilih suplemen adalah anda perlu pastikan ia selamat dan berkualiti bagi memastikan tidak ada kesan sampingan pada anda dan kandungan.


5. BERHENTI MEROKOK/VAPE

Asap rokok/vape boleh menjejaskan perkembangan bayi dan sekirannya anda atau pasangan anda adalah perokok, dinasihatkan untuk berhenti merokok. Bagi ibu yang tidak merokok akan menjadi perokok sekunder iaitu lebih tinggi risiko berbanding perokok primer.

Kesan pada kandungan apabila terdedah kepada asap rokok/vape akan berisiko keguguran, risiko bayi mati dalam kandungan, risiko melahirkan bayi pra matang, risiko bayi akan mempunyai komplikasi pernafasan dan berpotensi cacat kekal apabila perkembangan otak terbantut.


6. PEMAKANAN SEIMBANG DAN SIHAT

Bermulanya perjalanan kehamilan anda, adalah disarankan meninggalkan minuman tidak sihat, makanan segera, makanan ringan, makanan berminyak, bergula dan tinggi kolesterol.

Amalan pengambilan makanan yang sihat membantu anda terhindar daripada masalah-masalah kesihatan yang menjadi kebiasaan ibu mengandung hadapi seperti kolesterol, darah tinggi, kencing manis dan lain-lain.

Hindari daripada pengambilan makanan yang tidak bersih, kurang masak dan makanan yang tinggi merkuri. Anda harus ingat apa yang anda makan bayi juga akan menerima sumber makanan daripada pemakanan anda. Jadi seeloknya hindari daripada makanan-makanan yang tidak sihat untuk anda dan juga bayi dalam kandungan.


7. REHAT DAN TIDUR SECUKUPNYA

Perubahan corak kehidupan seorang bakal ibu akan berubah, termasuklah corak pemakanan,kerja, perasaan dan perubahan bentuk badan. Rehat dan tidur yang cukup sangat penting buat ibu hamil kerana ini akan membantu perkembangan yang sihat dalam kandungan.

Anda digalakkan untuk tidur lebih awal agar badan lebih segar dan mengurangkan masalah stress. Pada peringkat trimester diawal kehamilan, tidur anda tidak akan menjadi masalah tetapi setelah perut mula membesar tidur anda pasti agak sukar.


8. PANTAU BERAT BADAN

Kesihatan akan dipantau dengan lebih ketat di sepanjang kehamilan anda. Ini termasuklah tekanan darah, paras gula dalam darah dan kesihatan am.

Berat yang berlebihan akan mengundang dalam masalah pernafasan, kekejangan, aliran darah tidak terkawal dan bermacam risiko kepada ibu dan bayi. 

Mengawal pemakanan tidak bermaksud anda perlu berdiet dan perlu diingat diet tidak digalakkan pada ibu hamil. Anda kena pastikan peningkatan berat badan adalah sihat seiring dengan peningkatan berat kandungan semasa hamil.

Senaman yoga juga sangat membantu

Lakukan senaman ringan seperti berjalan dan bergerak bagi membantu perjalanan darah yang lebih baik dan memudahkan proses bersalin. InsyahAllah.


9. HINDARI KERJA-KERJA BERAT

Sepanjang anda mengandung encik suami haruslah memainkan peranan, dengan membantu isteri dalam melakukan kerja-kerja dirumah. Ibu hamil tidak digalakkan untuk melakukan kerja-kerja berat seperti kebiasaan.

Semasa hamil jantung ibu bekerja dua kali ganda untuk mengepam darah dan oksigen ke seluruh badan dan untuk bayi.


10. MINDA DAN EMOSI POSITIVE

Sepanjang kehamilan akan ada perubahan hormon, kekurangan tidur dan rehat tidak mencukupi, beban kerja harian turut terjejas dan kesihatan badan kadang-kala tidak menentu menyebabkan ibu menjadi tertekan.

Dengan itu, emosi anda haruslah dijaga. Kesihatan ibu dan juga bayi jangan sesekali diambil ringan. Kehamilan yang sihat bermula daripada anda dan ia menjadi tanggungjawab suami bersama.

Lakukan aktiviti kehamilan ibu bersama suami dan bantuan suami juga amat digalakan, kerana suami juga perlu memahami perubahan hormon yang berlaku pada isteri agar tidak ada perselisihan faham.

Akhir sekali, buat anda yang bakal bergelar ibu semoga anda sentiasa sihat sepanjang kehamilan dan juga kandungan anda. Semoga tips-tips yang saya kongsikan dapat memberikan manfaat buat anda.


Selamat menempuh alam keibuan!!


Jika anda inginkan kesihatan diri anda sihat dan juga kandungan anda, dapatkan Set Mengandung Shaklee daripada saya.

P/s : Dapatkan produk-produk Shaklee dari saya atau ikuti laman sosial saya untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Shaklee.


#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#Pengedarshakleekotakinabalu
#Shakleemalaysia

Sunday, September 3, 2023

Set Mengandung Shaklee



TAHNIAH ANDA HAMIL!!!

Wahhh!! Pasti seronok kan bila tahu yang diri sedang berbadan dua.. Lebih-lebih lagi bagi wanita mengandung anak pertama! Alhamdullilah rezeki yang Allah berikan buat anda dan pasangan anda.

Mesti excited nakkan yang terbaik buat diri dan kandungan anda. Sebab anda akan lalui fasa kehamilan ini selama 9 bulan. Anda akan membawa perut anda ke sana ke sini setiap hari. Mesti letihkan...

Salah satu persoalan yang sering ditanya oleh ibu hamil adalah berkaitan dengan keperluan perngambilan vitamin atau suplemen kesihatan. Diet yang seimbang adalah cara terbaik bagi mendapatkan nutient yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan.

Ibu hamil dinasihatkan agar mengambil makanan daripada pelbagai sumber untuk memastikan bayi dalam kandungan mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan. Ia juga bagi memastikan ibu mendapat tenaga yang diperlukan sepanjang kehamilan.

Jangan risau buat anda yang bakal ibu, Set Mengandung Shaklee dapat memberikan juga membekalkan anda nutrisi-nutrisi yang lengkap untuk kesihatan sepanjang anda mengandung dan untuk kandungan anda juga.

Kebiasaannya bermacam-macam masalah kesihatan yang sering dialami oleh ibu mengandung seperti : 

⇒ Kencing manis
⇒ Tiroid
⇒ Asma
⇒ Sakit kepala (migrain)
⇒ Epilepsi (sawan)
⇒ Sukar membuang air besar dan sembelit
⇒ Keputihan
⇒ Tekanan darah tinggi


Dalam Set Mengandung Shaklee terdapat 4 vitamin dan suplemen yang anda perlukan setiap hari bagi menyokong kesihatan dan memberikan tenaga berpanjangan buat anda, iaitu :

ESP 
VITA-LIZE
B COMPLEX
 OSTENUTRIX


Shaklee mengabungkan 4 vitamin penting dalam Set Mengandung Shaklee agar anda menerima nutrisi-nutrisi yang penting sepanjang tempoh anda mengandung dan bayi dalam kandungan juga menerima nutrisi yang cukup dan sihat.

ESP


ESP adalah ringkasan kepada Energizing Soy Protein. Protien diperlukan untuk tumbesaran bayi kerana protein membina sel tubuh bayi dalam kandungan. 

Protein ESP adalah dari sumber soya non-gmo, rendah gula dan lemak. Ia sangat sesuai untuk ibu mengandung yang peka pada keperluan bayi.


KELEBIHAN ESP BERBANDING DENGAN PROTEIN JENAMA LAIN.

❤ Shaklee menggunakan protien soya yang tidak-diubahsuai secara genetik (Bukan-GMO).

❤ Setiap hidangan ESP membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan.

❤ Membekalkan 9 asid amino.

❤ Tinggi dengan kalsium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat.

❤ 1 tong ESP terhasil dari 30kg kacang soya.

❤ ESP diproses menggunakan air, bukannya alkohol bagi memelihara kandungan Isoflavone.


MANFAAT ESP UNTUK IBU HAMIL

🌼 Membantu mengawal alahan di awal kehamilan

🌼 Mengawal paras kolesterol dan mengelakkan diabetes (kencing manis)

🌼 Memberikan ibu tenaga berpanjangan sepanjang proses kehamilan

🌼 Mengawal kenaikan berat badan yang mendadak

🌼 Membantu perkembangan tisu janin dari dalam kandungan

🌼 Menjadikan kulit ibu dan bayi lebih sihat, cantik, licin dan gebu

🌼 Membantu pembentukan otot dan otak bayi dari dalam kandungan

🌼 Membantu kurangkan gastrik dan bantu rasa kenyang lebih lama

🌼 Menyokong kesihatan jantung yang lebih baik

🌼 Membantu pembentukan otot, tulang dan gigi yang sihat


VITA-LIZE


Vita-Lize telah diformulasi daripada Vita-Lea bagi memenuhi keperluan kesihatan masyarakat zaman sekarang. Vita-Lize adalah suplemen multivitamin dan multimineral berkualiti tinggi. Ia menyediakan vitamin dan mineral penting untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan umum, mengurangkan risiko penyakit kronik.


KEISTIMEWAAN VITA-LIZE

❤ Setiap tablet lengkap dengan 25 jenis nutrisi untuk keperluan harian

❤ Pantas larut dalam badan kurang dari 10 minit menggunakan teknologi Explo-Tab.

❤ Mempunyai patented micro coating delivery system bagi meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B.

❤ 2 tablet Vita-Lize bersamaan 600 mcg asid folik dan vitamin B.


MANFAAT VITA-LIZE UNTUK IBU HAMIL

🌸 Membekalkan zat besi/iron.

🌸 Membantu pembentukan darah merah.

🌸 Mengurangkan risiko HB rendah dan anemia.

🌸 Memberikan tenaga kepada ibu mengandung.

🌸 Membantu selera makan ibu yang alah teruk

🌸 Menyokong perkembangan bayi

🌸 Mengelak daripada mudah pitam dan letih.


B-COMPLEX


B-complex Shaklee mengandungi 8 kompenen penting vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folik. B-complex adalah vitamin larut air. Ini bermakna ia tidak disimpan dalam badan. Jika berlebihan ianya akan dikeluarkan melalui air kencing.

Ia membantu menukarkan makanan kepada tenaga serta menggalakkan metabolisme gula dan pembebasan tenaga daripada makanan yang diambil oleh ibu hamil.

Pengambilan suplemen vitamin adalah disarankan bagi melengkapkan keperluan nutiren yang diperlukan, bukan sahaja untuk ibu malah untuk tumbesaran bayi dalam kandungan.

Pengambilan vitamin dan suplemen kesihatan semasa hamil digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan bayi, pramatang dan kekurangan berat bayi.


KEPENTINGAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU HAMIL

📌 Elak kekejangan kaki,perut

📌 Kurangkan masalah kulit dan rambut tidak bermaya

📌 Tidak mudah sakit, tingkatkan imun sistem

📌 Elak kecacatan bayi ketika lahir

📌 Kurangkan sembelit


MANFAAT B COMPLEX UNTUK IBU HAMIL

🌺 Menukarkan gula kepada tenaga

🌺 Memberi tenaga dan stamina untuk ibu hamil

🌺 Kulit ibu berseri-seri semasa hamil

🌺 Mengawal stress dan sebagai "anti-stress"

🌺 Bantu mengurangkan sakit kepala

🌺 Menguatkan rahim ibu

🌺 Mengelakkan daripada "meroyan"

🌺 Folik asid membantu pembentukkan bayi


OSTENUTRIX


Ostenutrix adalah suplemen kalsium dengan campuran mineral semulajadi bagi menguatkan tulang anda. Terdapat 7 campuran mineral semulajadi terbaik untuk tulang kuat dan sihat.

Ibu hamil bukan sahaja memerlukan kalsium untuk tubuh mereka sebaliknya bayi dalam kandungan juga memerlukan kalsium untuk :

 Membina tulang dan gigi yang sihat
 Tumbesaran jantung,saraf dan otot yang sihat
 Perkembangan degupan jantung yang normal dan keupayaan pembekuan darah

Ostenutrix Shaklee mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D serta mangan,boron,zink dan kuprum.

➢ Boron membantu dalam metabolisma tulang.
➢ Kalsium sumber semulajdi yang mudah diserap.
➢ Magnesium bantu mengasmilasikan kalsium ke dalam tulang.
➢ Kuprum,mandan dan zink mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.
➢ Vitamin D merangsang penyerapan kalsium.

MANFAAT OSTENUTRIX UNTUK IBU HAMIL

🍀 Mengatasi sembelit dan mengelakkan buasir

🍀 Membekalkan kalsium yang mencukupi

🍀 Menguatkan tulang, kuku dan gigi

🍀 Membantu dapatkan rehat yang berkualiti

🍀 Mengelak kekejangan dan kebas badan

🍀 Membantu masalah simpul biawak

🍀 Sebagai alternatif susu dan melegakan gastrik

🍀 Melegakan sendi, otot dan saraf ibu


Berita baik buat ibu-ibu hamil, dalam Set Mengandung Shaklee mempunyai dua produk terbaru iaitu EMBUN.

TANAMERA mengeluarkan produk yang hanya direka KHAS untuk SHAKLEE dan produk ini anda tidak akan temui selain di Shaklee.

Jom kita lihat dua produk EMBUN daripada Tanamera, iaitu: 

❤️ Relaxing Magnesium Gel
❤️ Smooth Tummy Oil


KEBAIKAN UNTUK IBU HAMIL


✅ Mencegah kekejangan otot
✅ Meningkatkan kualiti tidur
✅ Mengurangkan tahan tekanan



✅ Mengurangkan tanda regangan dan selulit
✅ Melancarkan peredaran darah
✅ Merangsang penghasilan kolagen untuk meningkatkan keanjalan kulit



Mesti anda lebih bertenaga dan kesihatan diri dan bayi dalam kandungan juga terjaga sepanjang kehamilan anda dengan memiliki Set Mengandung Shaklee ❤️


Jika anda inginkan kesihatan diri anda sihat dan juga kandungan anda, dapatkan Set Mengandung Shaklee daripada saya.

P/s : Dapatkan produk-produk Shaklee dari saya atau ikuti laman sosial saya untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Shaklee.


#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#Pengedarshakleekotakinabalu
#Shakleemalaysia

DISCLAIMER : 
Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 


Rahsia Buah Kurma Yang Ramai Tidak Sedar

Selamat berhujung minggu uolls Hari ni aku mahu berkongsi tentang buah yang menjadi makanan wajib ketika di bulan puasa. Tapi sebenarnya bua...