Monday, September 4, 2023

Keperluan Wanita Mengandung


Bagi anda yang bakal bergelar ibu selalunya kita akan fikirkan perkara-perkara yang akan kita lalui sepanjang kehamilan kita.


Tapi tahukah anda?

Apa yang wanita mengandung perlukan sepanjang kehamilannya? 

Buat anda yang mengandung anak pertama, disini saya ingin kongsikan pada anda keperluan-keperluan untuk anda sediakan bukan sahaja untuk bayi yang bakal dilahirkan tetapi keperluan anda sendiri yang kadangkala anda tidak pasti apa yang perlu dilakukan.


1. BERSYUKUR

Pengalaman indah buat suami isteri yang bakal menimang cahaya mata, merupakan rahmat dan rezeki dari Allah. Bersyukur dan dekatkanlah diri dengan Ilahi, perbaiki amalan dan solat. Masa terluang sepanjang kehamilan banyakkan berdoa, berzikir, membaca Al-Quran dan mendekatkan diri dengan perkara-perkara yang positive dan tinggalkan amalan negative.


2. CHECK-UP PERTAMA KALI

Lakukan pemeriksaan diawal kehamilan. Kebiasaannya setelah anda melakukan ujian kehamilan menggunakan "pregnant test" inilah masanya anda berkunjung ke Klinik Kesihatan yang berhampiran bagi mendaftarkan diri anda untuk pemeriksaan lanjut oleh pegawai kesihatan.

Ini bagi memastikan jururawat merekod setiap perkembangan kandungan dan juga kesihatan ibu. Anda akan diberikan sebuah buku rekod mengandung dan anda perlu membawa buku rekod tersebut setiap kali anda datang untuk membuat pemeriksaan kesihatan diri dan perkembangan kandungan anda dari masa ke semasa sehingga anda bersalin.


3. BERHENTI MENGAMBIL UBAT-UBATAN ATAU HERBA

Ibu hamil tidak disarankan mengambil sebaran ubat-ubatan atau herba tanpa nasihat daripada doktor. Ini bagi memastikan anda tidak salah mengambil ubat atau herba untuk keperluan diri sendiri bagi menghindari berlakunya daripada sebarang kesan sampingan daripada pengambilan ubatan atau herba.

Kesilapan pengambilan ubatan tertentu boleh menyebabkan keguguran dan masalah kesihatan dan bayi.


4. PENGAMBILAN SUPLEMEN, VITAMIN DAN MULTIVITAMIN

Setiap ibu hamil doktor akan sarankan anda untuk mengambil makanan tambahan seperti suplemen, vitamin dan multivitamin. Pengambilan makanan harian anda tidak dapat menampung keperluan vitamin dan khasiat yang ibu dan bayi perlukan sepanjang kehamilan.

Antara suplemen penting yang anda perlukan adalah asid folik, zat besi, vitamin C, vitamin D, kalsium, mineral dan multivitamin. Kebiasaannya, doktor akan bekalkan suplemen seperi asid folik, vitamin C dan zat besi. Doktor juga sarankan pengambilan kalsium, omega-3 dan serat.

Makanan tambahan sangat banyak dipasaran untuk anda amalkan. Perkara penting ketika memilih suplemen adalah anda perlu pastikan ia selamat dan berkualiti bagi memastikan tidak ada kesan sampingan pada anda dan kandungan.


5. BERHENTI MEROKOK/VAPE

Asap rokok/vape boleh menjejaskan perkembangan bayi dan sekirannya anda atau pasangan anda adalah perokok, dinasihatkan untuk berhenti merokok. Bagi ibu yang tidak merokok akan menjadi perokok sekunder iaitu lebih tinggi risiko berbanding perokok primer.

Kesan pada kandungan apabila terdedah kepada asap rokok/vape akan berisiko keguguran, risiko bayi mati dalam kandungan, risiko melahirkan bayi pra matang, risiko bayi akan mempunyai komplikasi pernafasan dan berpotensi cacat kekal apabila perkembangan otak terbantut.


6. PEMAKANAN SEIMBANG DAN SIHAT

Bermulanya perjalanan kehamilan anda, adalah disarankan meninggalkan minuman tidak sihat, makanan segera, makanan ringan, makanan berminyak, bergula dan tinggi kolesterol.

Amalan pengambilan makanan yang sihat membantu anda terhindar daripada masalah-masalah kesihatan yang menjadi kebiasaan ibu mengandung hadapi seperti kolesterol, darah tinggi, kencing manis dan lain-lain.

Hindari daripada pengambilan makanan yang tidak bersih, kurang masak dan makanan yang tinggi merkuri. Anda harus ingat apa yang anda makan bayi juga akan menerima sumber makanan daripada pemakanan anda. Jadi seeloknya hindari daripada makanan-makanan yang tidak sihat untuk anda dan juga bayi dalam kandungan.


7. REHAT DAN TIDUR SECUKUPNYA

Perubahan corak kehidupan seorang bakal ibu akan berubah, termasuklah corak pemakanan,kerja, perasaan dan perubahan bentuk badan. Rehat dan tidur yang cukup sangat penting buat ibu hamil kerana ini akan membantu perkembangan yang sihat dalam kandungan.

Anda digalakkan untuk tidur lebih awal agar badan lebih segar dan mengurangkan masalah stress. Pada peringkat trimester diawal kehamilan, tidur anda tidak akan menjadi masalah tetapi setelah perut mula membesar tidur anda pasti agak sukar.


8. PANTAU BERAT BADAN

Kesihatan akan dipantau dengan lebih ketat di sepanjang kehamilan anda. Ini termasuklah tekanan darah, paras gula dalam darah dan kesihatan am.

Berat yang berlebihan akan mengundang dalam masalah pernafasan, kekejangan, aliran darah tidak terkawal dan bermacam risiko kepada ibu dan bayi. 

Mengawal pemakanan tidak bermaksud anda perlu berdiet dan perlu diingat diet tidak digalakkan pada ibu hamil. Anda kena pastikan peningkatan berat badan adalah sihat seiring dengan peningkatan berat kandungan semasa hamil.

Senaman yoga juga sangat membantu

Lakukan senaman ringan seperti berjalan dan bergerak bagi membantu perjalanan darah yang lebih baik dan memudahkan proses bersalin. InsyahAllah.


9. HINDARI KERJA-KERJA BERAT

Sepanjang anda mengandung encik suami haruslah memainkan peranan, dengan membantu isteri dalam melakukan kerja-kerja dirumah. Ibu hamil tidak digalakkan untuk melakukan kerja-kerja berat seperti kebiasaan.

Semasa hamil jantung ibu bekerja dua kali ganda untuk mengepam darah dan oksigen ke seluruh badan dan untuk bayi.


10. MINDA DAN EMOSI POSITIVE

Sepanjang kehamilan akan ada perubahan hormon, kekurangan tidur dan rehat tidak mencukupi, beban kerja harian turut terjejas dan kesihatan badan kadang-kala tidak menentu menyebabkan ibu menjadi tertekan.

Dengan itu, emosi anda haruslah dijaga. Kesihatan ibu dan juga bayi jangan sesekali diambil ringan. Kehamilan yang sihat bermula daripada anda dan ia menjadi tanggungjawab suami bersama.

Lakukan aktiviti kehamilan ibu bersama suami dan bantuan suami juga amat digalakan, kerana suami juga perlu memahami perubahan hormon yang berlaku pada isteri agar tidak ada perselisihan faham.

Akhir sekali, buat anda yang bakal bergelar ibu semoga anda sentiasa sihat sepanjang kehamilan dan juga kandungan anda. Semoga tips-tips yang saya kongsikan dapat memberikan manfaat buat anda.


Selamat menempuh alam keibuan!!


Jika anda inginkan kesihatan diri anda sihat dan juga kandungan anda, dapatkan Set Mengandung Shaklee daripada saya.

P/s : Dapatkan produk-produk Shaklee dari saya atau ikuti laman sosial saya untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Shaklee.


#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#Pengedarshakleekotakinabalu
#Shakleemalaysia

No comments:

Post a Comment

Kesan Banjir Terhadap Kesihatan Mental: Mengatasi Trauma & Stress

Negara kita sekarang tengah mengalami hujan berterusan sehingga menyebabkan beberapa kawasan di naiki air. Banjir merupakan situasi paling k...