Apa yang anda tahu tentang DIABETES dan apa PUNCA berlakunya diabetes.
Diabetes berlaku apabila badan kita tidak dapat bertindak balas dengan insulin atau tidak dapat menghasilkan insulin.
Apabila tahap insulin rendah di dalam badan dan badan menentang insulin maka paras glukosa darah kekal tinggi.
Penyakit diabetes melitus adalah satu keadaan di mana paras glukos tinggi dalam darah yang disebabkan kekurangan atau kurang berkesan insulin dalam badan. Ini disebabkan kekurangan hormon insulin yang terhasil daripada organ pankreas.
Terdapat 3 jenis diabetis utama iaitu :
➤ Diabetes Melitus Jenis 1 ialah penyakit autoimun, di mana Pankreas hanya menghasilkan sedikit atau tiada insulin. Diabetes Melitus jenis 1 kebiasaannya kerap berlaku pada kanak-kanak dan juga orang dewasa.
➤ Diabetes Melitus Jenis 2 ialah yang paling kerap berlaku. Ini adalah kerana daya tahan badan terhadap insulin di mana pankreas yang menghasilkan insulin akan tetapi badan tidak dapat menggunakannya dengan betul. Diabetes Melitus jenis 2 terjadi pada orang dewasa dan dikaitkan dengan obesiti.
➤ Diabetes Gestasi yang telah di diagnosis ketika hamil dan bukanlah penyakit diabetes secara jelas. Diabetes Gestasi hanya berlaku di kalangan wanita pada peringatan akhir kehamilan dan kebiasaannya akan hilang selepas bersalin.
Jika diabetes ini di biarkan berlarutan tanpa sebarang kawalan dan penjagaan akan memberi kesan terhadap kesihatan kita yang lain.
➤ Komplikasi Maskovaskular - Kerosakkan pada saluran darah besar pada jantung,otak dan kaki.
➤ Komplikasi Mikrovaskular - Kerosakkan pada salur darah kecil yang akan menyebabkan masalah pada mata,buah pinggang,kaki dan saraf.
Berikut merupakan cara kita mencegah diabetes dengan mudah :
Bagaimana hendak mengira BMI anda? Dengan hanya mengisi jantina,berat badan,ketinggian dan umur, boleh diketahui melalui BMI anda. Jom semak sekarang!
Diabetis di Malaysia tengok kanak-kanak pun ada. Jaga kesihatan dari sekarang :)
ReplyDelete