Projek Blog Mega Shaklee adalah projek pertama saya join walaupun saya baru dalam dunia Shaklee.
Dalam Projek Blog Mega Shaklee ini, tidak kira achievement dalam Shaklee semua join dan bersemangat.
Dari the beginners macam saya sampai ke Master masih join Projek Blog Mega Shaklee. Orang kata tidak kira pangkat atau darjat selagi niat kita untuk mencari dan mahu menambah ilmu, itulah orang-orang Shaklee. Kita sentiasa mahu menambah ilmu dari Master-master yang berkaliber.
Saya amat bersyukur kerana berada dalam Shaklee family dan bertuah kerana saya dapat menambah ilmu dari Projek Blog Mega Shaklee ini tanpa yuran yang dikenakan dan sekaligus penaja menghadiahkan product-product Shaklee yang ekslusif untuk setiap peserta. Terima kasih buat penaja, Master Norita.
Walaupun Projek Blog Mega Shaklee ini hanya berlangsung selama 2 minggu dan tugasan yang diberikan hanya 2 entry, tapi pengalaman itu yang penting buat saya. Tugasan-tugasan yang diberikan walaupun tajuknya rasa teramatlah mudah, tapi sebenarnya bermacam rintangan yang perlu dihadapi bagi menyiapkan tugasan itu. Setiap peserta mempunyai rintangan begitu juga dengan saya.
Waktu rehat saya manfaatkan untuk menyiapkan tugasan
Tajuk pilihan penaja untuk Projek Blog Mega Shaklee adalah Intermittent Fasting sebagai entry pertama dan Set Kurus Shaklee sebagai entry kedua. Untuk entry pertama itu saya sangat bersyukur dan bertuah kerana sparring partner saya pertama Nur Diela dan sparring partner saya yang kedua Fatimah Bt Tony. Kedua-dua sparring partner saya ini sangat-sangat best sebab saya senang berurusan dengan mereka berdua dan mereka sangat menepati masa.
Submit tugasan dalam google form
Dalam Projek Blog Mega Shaklee ini, moderator iaitu Master Salwa menerapkan sifat kesabaran, kerja berkumpulan dan menepati masa dalam menjalankan tugasan yang diberikan,
Tugasan kedua pula bagi saya sangat mencabar situasi saya pada masa itu dimana saya hampir menarik diri dari Projek Blog Mega Shaklee ini. Sebab dari awal saya sendiri dengan rela hati untuk join takkan saya mahu paksa diri kalau tidak mahu teruskan. Betul tidak? Pilihan di tangan saya.
Tapi, pada malam itu saya join class zoom yang bertajuk "Anak ramai BUKAN penghalang Bisnes." Hati saya sangat-sangat tersentuh dengan sharing dari Master Salwa. Padahal malam itu saya memang rasa sudah give-up untuk settle kan tugasan kedua dan kirannya saya tidak mahu teruskan penglibatan diri dalam Projek Blog Mega Shaklee.
Alhamdullilah Allah bukakan hati dan lembutkan hati saya untuk berjuang dalam Projek Blog Mega Shaklee ini. Allah berikan saya ilham di malam hari sambil mendengar sharing sambil jari saya menaip tugasan kedua. Sebab Allah tahu tujuan utama saya join sebab nakkan ilmu dan niat saya untuk berikan apa jua hadiah yang penaja berikan saya akan share hadiah itu dengan mummy saya.
Dengan niat yang baik dan tujuan yang baik,akhirnya saya berjaya submit tugasan kedua dan juga tugasan terakhir untuk Projek Blog Mega 1.0 dan syukur Alhamdullilah nama saya terpilih TOP 15 untuk mendapatkan hari utama iaitu VIVIX. Saya sangat-sangat terharu semasa nama saya diumumkan dalam zoom dalam keadaan diri demam pada masa itu dan saya hampir menangis sebab rasa tidak percaya dan sangat terharu. Saya yang hampir mengundur diri dapi akhirnya saya nampak hasil usaha saya sendiri.
Apabila Projek Blog Mega Shaklee 1.0 sampai ke penghujung saya berharap sangat penaja dapat meneruskan dengan Projek Blog Mega Shaklee 2.0. Sebab bagi saya, projek seperti ini sangat best. Saya dapat mempelajari tentang pengurusan blog dengan media sosial itu adalah kombinasi yang penting. Saya ingin mendalami dan mendapatkan ilmu agar dapat membimbing saya dalam bisnes Shaklee.
#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023
No comments:
Post a Comment