Apa itu jeragat?
Jeragat adalah tompok-tompok kecil berwarna coklat yang memenuhi bahagian muka seperti dahi,pipi,hidung dan kawasan sekitar mulut. Ia adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya.
Masalah jeragat ini banyak berlaku pada wanita dan hanya segelintir lelaki yang mengalaminya. Kenapa wanita lebih ramai mengalami masalah jeragat?
Adalah sangat penting untuk kita tahu apa punca jeragat mula tumbuh di muka. Berikut merupakan punca masalah kulit ini berlaku.
Punca Masalah Jeragat Yang Wajib Kita Tahu
1. KETURUNAN
Tahukah anda, jeragat merupakan salah satu masalah kulit yang berpunca dari faktor keturunan.
2. USIA
Biasanya jeragat akan mula tumbuh pada usia awal 30an tapi ada juga yang mula berjeragat seawal umur 20an.
Pastikan anda yang masih berusia awal 20an haruslah rajin menjaga kulit muka anda
3. CAHAYA MATAHARI
Jika anda jenis banyak melakukan aktiviti yang berada dibawah terik matahari, adalah lebih berisiko untuk mengalami masalah jeragat.
Cahaya matahari mengandungi sinaran UVA dan UVB yang merosakkan sel kulit dan menyebabkan kulit berjeragat.
4. PERUBAHAN HORMON
Perubahan hormon juga boleh menjadi punca timbulnya jeragat di wajah.
Perubahan hormon yang dimaksudkan adalah seperti mengandung,melahirkan,menyusukan,mengambil pil perancang dan sesetengah ubat-ubatan juga menjadi punca berlakunya perubahan horman dalam badan.
5. PENGGUNAAN ALAT SOLEK DAN PRODUK KECANTIKAN BERKUALITI RENDAH
Penggunaan alat solek dan produk kecantikan yang berkualiti rendah juga menjadi punca tumbuhnya jeragat.
Ini kerana bahan merbahaya yang terdapat dalam alat solek dan produk kecantikan berkenaan menghakis kulit muka muka dan menyebabkan sinaran UVA & UVB meresap masuk lebih jauh ke dalam kulit dan memusnahkan sel-sel kulit dengan lebih teruk.
6. HYPOTHYROIDISM
Hypothyroidism adalah keadaan dimana kelenjar tiroid gagal berfungsi dengan baik menyebabkan ketidakstabilan hormon tiroid dalam badan dan menjadi terlalu rendah.
Apabila hormon tiroid terlalu rendah di dalam badan akan mengakibatkan berlakunya masalah pigmentasi dan jeragat pada kulit muka.
7. TEKANAN PERASAAN
Tekanan perasaan atau stress juga boleh menjadi salah satu punca jeragat yang ramai tidak perasan. Bila anda mengalami tekanan perasaan, ia akan mengganggu hormon dalam badan maka berlakulah masalah jeragat.
Di sini saya senaraikan petua hilangkan jeragat di muka.
1. Menjaga Kebersihan Kulit Wajah
Dengan menjaga kebersihan kulit wajah haruslah membasuh muka sehari dua kali dengan pencuci muka.
2. Aloe Vera
Manfaat aloe vera untuk kulit muka memang banyak dan antaranya adalah :
~ Mencerahkan wajah
~ Melindungi dari sinar matahari
~ Mengecut dan menghilangkan jeragat
~ Mengatasi kulit kering dan berminyak
~ Menghilangkan jeragat
~ Memperbaiki sel-sel kulit yang mati
Cara penggunaan aloe vera pula, campurkan jel aloe vera dengan madu. Lumurkan pada kulit muka & biarkan selama 5-10 minit. Selepas 20-30 minit bilas dengan air suam.
Lakukan setiap hari sekali sehingga mendapatkan hasil yang anda inginkan.
3. Lemon
Lemon mengandungi asid sitrik yang membantu membersihkan kulit dari kotoran dan mampu menghilangkan jeragat.
Caranya ialah, potong lemon (jangan terlalu nipis) kemudian gosok pada kulit muka & biarkan selama 10-15 minit kemudian bilas dengan air.
4. Teh Hijau
Teh hijau adalah sangat baik untuk kesihatan badan. Teh hijau juga boleh menyelesaikan masalah jeragat.
Menurut kajian, teh hijau mempunyai faedah yang boleh mengurangi pengeluaran minyak pada kulit dan juga boleh menghalang penyerapan androgen dalam kulit.
Cara menghilangkan jeragat di muka secara semulajadi dengan teh hijau adalah dengan merendam uncang teh hijau ke dalam air panas selama 5 minit. Kemudian keluarkan uncang teh hijau itu dan gosok perlahan-lahan pada kawasan yang terjejas oleh jeragat.
5. Oatmeal
Tahukah anda bahawa oatmeal bukan hanya untuk dimakan tetapi ia juga adalah salah satu petua menghilangkan jeragat di muka. Ia bertindak sebagai agen pengelupasan semulajadi untuk menghilangkan kulit mati dan kotoran yang terkumpul.
Di samping itu juga, ia juga menyerap minyak berlebihan dan membuka liang pori.
Caranya, campurkan 2 sudu yogurt, 1 sudu jus lemon, 1 sudu madu dan 4 sudu besar serbuk oat. Anda juga boleh tambah 1 sudu cuka epal cider bagi melembapkan kulit anda dan jadikan masker muka.
Lumurkan pada wajah anda dan biarkan selama 20 minit sebelum membilasnya. Anda boleh mencuba cara ini sehingga anda mendapatkan hasil yang diinginkan.
6. Diet Pemakanan Sihat
Akhir sekali adalah anda perlu mengamalkan diet pemakanan yang sihat. Kita sudah sedia maklum bahawa minyak adalah punca utama berlakunya jeragat dan jerawat. Maka dengan itu, jika kita hadkan pengambilan makanan yang berminyak adalah suatu perkara yang baik.
Kita juga harus mengamalkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran serta minum air yang mencukupi bagi meningkatkan tahap kesihatan banda, dan jika badan sihat kulit pun menjadi sihat.
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#Pengedarshakleekotakinabalu
No comments:
Post a Comment