Assalamualaikum & hai, entry saya kali ini nak kongsikan tentang beza Vivix dan Res V. Apa benda yang membezakan dua hot product Shaklee ini..
Perbezaan antara Vivix & Res V Shaklee
Mesti ada di antara kita yang nak tahu apa perbezaan yang terdapat dalam Vivix Shaklee & Res V Shaklee sebab dua-dua product ini diketegorikan product premium Shaklee dan dua-dua product ini anda tidak akan temui di mana-mana selain Shaklee. Itu adalah persamaan untuk dua product ini.
Teruskan scroll untuk mendapatkan info tentang Vivix Shaklee & Res V Shaklee. Jom baca apa perbezaan diantara kedua product ini.
10 Perbezaan Vivix & Res V
Vivix
⇨ Direka dalam bentuk cecair
⇨ Setiap botol mengandungi 150ml
⇨ Selepas dibuka haruslah disimpan di dalam peti sejuk
⇨ Diformulasi daripada 4 jenis tumbuhan
⇨ Didaftarkan dalam kategori makanan
⇨ Disarankan pengambilan pada waktu pagi selepas sarapan
⇨ Bertindak melindungi sel sepanjang waktu aktif
⇨ Kaya dengan POLIFENOL dari 4 jenis tumbuhan
⇨ Menghalang pembentukan AGE Protien
⇨ Harga untuk sebotol RM498.75
Res V
⇨ Direka dalam bentu kapsul lembut
⇨ Terdapat 60 kapsul setiap botol
⇨ Tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk
⇨ Diformulasikan daripada 7 jenis tumbuhan
⇨ Didaftarkan dalam kategori ubat tradisional
⇨ Disarankan pengambilan pada waktu malam sebelum tidur
⇨ Bertindak memperbaiki sel sepanjang waktu tidur
⇨ Ditambah dengan lebih spektrum POLIFENOL dari 7 jenis tumbuhan
⇨ 30% lebih berkuasa menghalang pembentukan AGE Protein
⇨ Harga untuk sebotol RM535
Bahan yang terkandung dalam Vivix & Res V membuatkan dua product ini menjadikan ia sangat hebat dengan adanya kandungan POLIFENOL dan anti-oksidan yang sangat tinggi. Polifenol berfungsi sebagai penghalang, pengurangan timbunan protein AGE yang akan memudaratkan kesihatan hari demi hari.
Apa itu POLIFENOL?
Polifenol adalah bahan semulajadi yang terdapat dalam buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran.
Ia dihasilkan sebagai sebahagian daripada sistem pertahanan tumbuhan yang bertindak balas tehadap persekitaran yang bahaya seperti serangan kuman, kecederaan, jangkitan, radiasi ultraviolet dan keadaan iklim yang bahaya.
Ia juga memberi warna yang terang dan pelbagai kepada buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran.
Vivix mengandungi 4 jenis tumbuhan dan Res V pula mengandungi 7 jenis tumbuhan.
4 Bahan Utama Dalam Penghasilan Vivix
❤ ANGGUR MUSCADINE ❤
Buah yang luar biasa dengan Antioksidan yang luar biasa
❤ EKSTRAK LOBAK UNGU ❤
Mengandungi Antosianin
Anggur Muscadine - Mengandungi sifat antioksidan dan kepekatan tinggi asid elagik dan elagitanin, sejenis polifenol yang terkenal.
Japanese Knotweed - Mengandungi polifenol utama yang dipanggil resveratrol, ditunjukkan mempunyai banyak manfaat kesihatan yang positif.
Lobak Ungu - Mengandungi polifenol seperti antosianin dan lutein dengan antioksidan yang kuat untuk kesihatan yang baik.
Chebulic Myrobalan (Buah Kaduka) - Juga dikenali sebagai "Raja Ayurveda", ia menawarkan manfaat terapeutik yang luar biasa dan mengandungi polifenol penting seperti asid galik dan asid elagik.
Hampasan Anggur Dan Anggur Merah - Mengandungi paras polifenol yang tinggi seperti proantocyanidin di mana ia menawarkan kuasa antioksidan yang hebat.
No comments:
Post a Comment