Monday, June 2, 2025

Siapa Perlukan Vivix?



Vivix ada suplemen premium daripada Shaklee yang mengandungi ramuan utama iaitu Polifenol & Resveratrol. 

Diformulasikan khas bagi menyokong kesihatan sel, Vivix bertindak dari dalam dengan membantu memperlahankan proses penuaan, meningkatkan tenaga dan melindungi sel daripada kerosakkan.


Siapa perlukan Vivix?


siapa perlukan vivix

✅ Lelaki dan wanita berumur 18 tahun ke atas

✅ Awet muda

✅ Aktif bersukan

✅ Masalah berkaitan mata

✅ Msalah kesihatan seperti diabetes, darah tinggi, gout, batu karang, fibroid

✅ Sibuk bekerja (sukar untuk dapat nutrisi yang cukup)

✅ Ikhtiar hamil / kesuburan

✅ Ingin berusaha untuk berhenti merokok

✅ Pesakit SLE

✅ Kuruskan badan

✅ Alzheimer


Bahan utama Vivix


πŸ“Œ ANGGUR MUSCADINE


Anggur muscadine adalah salah satu bahan utama dalam Vivix yang menawarkan pelbagai manfaat kesihatan. Ianya kaya dengan polifenol dan mempunyai kulit yang tebal, yang menyimpan banyak antioksidan.

Kajian menunjukkan bahawa anggur muscadine dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan diabetes. Selain itu, ia mengandungi sebatian yang membantu dalam meningkatkan fungsi sel dan menyokong kesihatan otak.


πŸ“Œ POLYGONUM CUSPIDATUM


Polygonum cuspidatum juga dikenali sebagai Japanese Knotweed adalah sumber utama resveratrol, sebatian yang terkenal dengan kesan anti-penuaan. Resveratrol berfungsi untuk melindungi sel-sel daripada kerosakan dan menggalakkan kesihatan kardiovaskular.

Ia juga dipercayai dapat meningkatkan sensitiviti insulin dan membantu dalam pengawalan berat badan. Penyelidikan menunjukkan bahawa resveratrol dapat mengaktifkan gen yang berperanan dalam memanjangkan hayat sel.


πŸ“Œ ELDERBERRY


Elderberry terkenal dengan khasiat antioksidannya yang tinggi. Ia mengandungi anthocyanins, yang membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakkan radikal bebas.

Elderberry juga dikaitkan dengan penguatan sistem imun yang penting untuk mencegah pelbagai penyakit. Selain itu ia boleh membantu dalam pengurangan keradangan dan memperbaiki kesihatan jantung.


πŸ“Œ PURPLE CARROT


Purple Carrot mempunyai sumber terbaik vitamin A dan mengandungi phytochemical. Ia juga mengandungi (antioksidan mujarab) yang bertindak sebagai anti-radang, anti-mikrob, anti-carcinogen yang membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Asid klorogenik di dalamnya bertanggujanwab mengurangkan diabetes.


10 Manfaat Utama Vivix



✔️ Meningkatkan sistem imun badan

✔️ Menokong kesihatan sendi

✔️ Menyokong kesihatan jantung

✔️ Melambatkan proses penuaan

✔️ Bantu tingkatkan tenaga dalam badan

✔️ Bantu kawal gula dalam badan

✔️ Bantu lindungi sel badan

✔️ Bantu kawal berat badan

✔️ Menyokong kesihatan mata


P/S : Saya merupakan pengedar berdaftar dan agent sah Shaklee. Untuk dapatkan produk-produk Shaklee dari saya atau ikuti laman sosial saya untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Shaklee


#shakleemalaysia #shakleepenampang #shakleekotakinabalu #shakleesabah #jomsihatbah #jomsihatshaklee #pengedarsahshaklee #espshaklee #proteinterbaik #kulitkusam #bertenaga #tenagauntukwanita #wanitasihat #sayangdirisendiri


  

Tuesday, May 27, 2025

Kenapa Wanita Perlukan Protein Setiap Hari?


kenapa wanita perlu protein tiap hari


Kenapa Wanita Perlukan Protein Setiap Hari? Ini Jawapan Yang Ramai Tidak Sedar


Kita sebagai seorang wanita...
Rutin harian kita seperti bangun di awal pagi, sediakan sarapan untuk keluarga, kemas rumah, urus suami dan anak-anak, pergi kerja dan balik petang kena masak lagi untuk sediakan makan, sidai baju, bantu anak-anak buat kerja sekolah dan boleh dikatakan 'All in One' kita semua yang uruskan.

Dan kebiasaannya kepentingan untuk diri kita sendiri kita akan letak tepi. Dahulukan keluarga, betulkan?

Kadang nak makan pun tidak sempat, makan ala kadar asal ada isi perut tak pun hanya minum air untuk isikan perut. Kadang malam sudah selesai kerja baru perut 'berpesta' minta kasihan untuk diisi. Last-last makan tengah malam naik berat badan jadi stress...

Tapi bila badan kita dah bagi 'hint' seperti cepat penat, rambut makin gugur, kulit makin kusam walaupun dah guna skincare mahal-mahal, pernahkah kita bertanya pada diri kita sendiri??

"Apa yang kurang sebenarnya dalam badan aku ni?"

Jawapannya mungkin "Protein"

Kenapa wanita sangat perlukan protein? Ini jawapannya...


Menyokong keseimbangan hormon - sangat penting semasa haid, hamil, selepas bersalin dan juga menopaus.

Menguatkan rambut dan kuku - rambut mudah gugur dan kuku rapuh adalah antara tanda awal kekurangan protein.

Menjaga kesihatan kulit - protein diperlukan untuk menghasilkan kolagen secara semulajadi.

Meningkatkan metabolisme - penting bagi pengurusan berat badan.

Membaiki dan membina sel - selepas bersalin, luka atau ketika badan letih.

Membekalkan tenaga tahan lama - bantu kurangkan keletihan harian.


Tanda-tanda Wanita Kekurangan Protien


Kadang kita tidak sedar yang sebenarnya kita kekurangan protein, kerana simptom ini datang secara perlahan-lahan dan kebiasaannya tanda-tanda kehilangan protien seperti di bawah;

πŸ“Œ Keletihan melampau walaupun sudah cukup tidur
πŸ“Œ Keguguran rambut lebih banyak daripada biasa
πŸ“Œ Kulit cepat kusam dan tak anjal
πŸ“Œ Mudah hilang fokus dan mudah marah
πŸ“Œ Kerap rasa lapar walaupun dah makan
πŸ“Œ Otot menjadi lemah atau lenguh bila bergerak aktif

kenapa wanita perlu protein tiap hari


Kenapa Ramai Wanita Tidak Cukup Protein?


Secara realitinya bukan semua orang mampu makan makanan seimbang setiap hari. Untuk capai jumlah protein yang disarankan, kita perlu mengambil makanan seperti di bawah bagi mencukupi pemakanan seimbang.

✔️ Telur
✔️ Ikan
✔️ Ayam
✔️ Daging
✔️ Kekacang
✔️ Susu atau yogurt

kenapa wanita perlu protein tiap hari


Tapi jikalau kita terlalu sibuk dengan tugasan seharian akan terjadi seperti;

πŸ“ Tidak sempat masak
πŸ“ Tiada selera makan dengan hidangan berat-berat
πŸ“ On diet atau vegetarian
πŸ“ Sedang menyusu dan lapar sepanjang masa

Maka dengan itu kemungkinan besar 'keperluan protein harian kita masih tidak mencukupi'.


ESP SHAKLEE - Pilihan Mudah, Lengkap Dan Berkhasiat


Saya sendiri pernah mengalami simptom kekurangan protein seperti rasa letih yang tiada kesudahan, rambut semakin nipis dan mood tidak stabil.

Masa itulah saya diperkenalkan dengan ESP SHAKLEE dan ini adalah antara suplemen paling konsisten saya amalkan sampai ke hari ini.

kenapa wanita perlu protein tiap hari

Kenapa saya PILIH ESP?


kenapa wanita perlu protein tiap hari

❤️ Protien soya bukan-GMO
❤️ Setiap hidangan membekalkan 14 gram Protien
❤️ Glisemik Rendah berasaskan tumbuhan
❤️ Sumber protien yang berkualiti
❤️ 9 asid amino penting
❤️ Kaya dengan kalsium

Kebaikan ESP Untuk Kesihatan

πŸ’š Membantu merendahkan paras kolesterol
πŸ’š Mempercepatkan pemulihan luka selepas pembedahan
πŸ’š Memelihara kesihatan jantung
πŸ’š Menguatkan sistem imun
πŸ’š Membantu pembentukan sel-sel baru
πŸ’š Membantu menyembuhkan gastrik
πŸ’š Membantu mengurangkan risiko kanser


kenapa wanita perlu protein tiap hari

Siapa Yang Perlukan ESP?


πŸ‘‰πŸ» Pelajar
πŸ‘‰πŸ» Yang mahukan berat badan ideal
πŸ‘‰πŸ» Ibu berpantang
πŸ‘‰πŸ» Ibu menyusu
πŸ‘‰πŸ» Yang mahukan kulit cantik
πŸ‘‰πŸ» Orang yang berumur
πŸ‘‰πŸ» Yang mahu badan cergas
πŸ‘‰πŸ» Ibu hamil
πŸ‘‰πŸ» Yang baru jalani pembedahan

So kesimpulannya... Jangan tunggu badan "ROSAK" baru nak rawat.

Kita kaum wanita sering didik diri kita untuk kuat. Tapi 'Kuat' bukan bermakna kita abaikan keperluan diri dan kesihatan tubuh. Bila kita jaga kesihatan dari dalam baru lah kita boleh lebih fokus pada keluarga, kerjaya dan juga diri sendiri.

Bagi saya ESP SHAKLEE adalah pilihan yang terbaik kerana selamat, berkesan dan semulajadi.

P/S : Saya merupakan pengedar berdaftar dan agent sah Shaklee. Untuk dapatkan produk-produk Shaklee dari saya atau ikuti laman sosial saya untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Shaklee

#shakleemalaysia #shakleepenampang #shakleekotakinabalu #shakleesabah #jomsihatbah #jomsihatshaklee #pengedarsahshaklee #espshaklee #proteinterbaik #kulitkusam #bertenaga #tenagauntukwanita #wanitasihat #sayangdirisendiri

Friday, May 23, 2025

Membaca Menimba Ilmu

 

membaca menimba ilmu

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin berkongsi dengan korang tentang 3 buah buku yang menarik perhatian saya. Beberapa hari lepas saya bekunjung ke perpustakaan yang berhampiran dengan sekolah anak saya. Sambil menunggu saya pusing-pusing rak buku yang berada di tingkat tersebut.

Tujuan saya pada mulanya ingin mencari novel untuk dijadikan bahan bacaan walaupun berderet novel dekat rumah masih belum di baca. Hahahah...


Nak dijadikan cerita, hampir 1/2 jam juga lah saya pusing-pusing dari 1 rak ke 1 rak sehingga saya tertarik dengan tajuk 3 buku di bawah. Sekejap lagi saya kongsikan tajuk buku dan kandungan buku tersebut. Saya tidak pasti samada buku yang saya pinjam ni masih ada dijual di mana-mana.


membaca menimba ilmu

1. Buku Andropaus Kenyataan dan Harapan yang ditulis oleh Nik Hazlina Nik Hussain & Shaiful Bahari Ismail.

Setiap kali kita pinjam buku ada rekod tarikh pemulangan buku kan. Saya orang pertama meminjam buku tersebut dan kemungkinan tiada siapa tahu kehadiran buku tersebut atau kurang memberi perhatian pada tajuk. Sebab saya pada mulanya tersalah baca ingatkan tentang Menopaus so saya ambil kemudian belek-belek dan pertama kali mengetahuinya tentang Andropaus.

Blurb :

Wanita yang berumur 40-an sering dikaitkan dengan isu menopaus, iaitu penamat era kesuburan. Jangan terperanjat lelaki juga boleh mengalaminya dan lebih sadis lagi ia berlaku lebih awal berbanding dengan wanita. Menopaus berlaku akibat kekurangan aras hormon estrogen, begitu juga andropaus terjadi kerana kemerosotan hormon seks lelaki, iaitu testosteron.

Aras hormon testosteron lelaki berada pada tahap kemuncak ketika dalam lingkungan usia 30-an dan mengalami kemorosotan kira-kira 10 peratus bagi setiap dekad. Kemorosotan itu semakin ketara apabila seorang lelaki mencecah usia 40 tahun. Kesan penurunan ini akan menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan hidup lelaki kerana testosteran merupakan 'hormon utama' dan fungsinya mempunyai kesan ke atas seluruh badan.

Mungkin kaum lelaki tidak mempercayai bahawa mereka sebenarnya mengalami fasa kemorosotan atau kedinginan seksual dan fakta ini bukanlah suatu khayalan tetapi kenyataan kehidupan yang nyata serta harus diterima dengan rela hati.

Buku 'ANDROPAUS KENYATAAN DAN HARAPAN' ini ditulis khas untuk semua golongan lelaki Malaysia, tidak kira usia, status, agama dan bangsa, dengan harapan agar mereka dapat memahami semua aspek tentang kesihatan yang menjurus pada kemorosotan hormon ini. Secara tidak langsung mereka dapat melengkapkan diri dan mengambil langkah proaktif demi meningkatkan taraf kesihatan dan menangani masalah andropaus dengan lebih berhemah. Semoga buku ini mampu menyinari kehidupan semua lelaki yang bergelar suami agar kualiti hubungan kelamin mampu dijalin dengan lebih harmoni, aman dan bahagia.'

Best tak? Sebab tu lah saya tertarik hanya dengan membaca blurb & isi kandungan dalam buku ini, Antara kandungan dalam buku ini adalah;

- Kesan jangka pendek & jangka panjang

- Kanser prostat

- Rawatan terapi gantian hormon

- Impak andropaus dan disfungsi erektil


membaca menimba ilmu

2. Buku 55 Soal Jawab Penyakit Bersama Dr. Ezairy Merungkai satu per satu PERMASALAHAN PENYAKIT ditulis oleh Dr.Mohd Azreen Ezairy Mohamad Sallih

Blurb :

' Semua orang pastinya mempunyai pengalaman menghadapi cabaran menghidapi sesuatu penyakit dalam kehidupan seharian. Begitu juga anda. Yang membezakannya ialah sama ada ia merupakan penyakit kronis ataupun tidak. Namun begitu setiap penyakit pasti ada jalan penyelesaiannya atau kaedah penyembuhannya tersendiri.

55 SOAL JAWAB PENYAKIT BERSAMA DR. EZAIRY merupakan panduan dalam memberi penjelasan terhadap ilmu kesihatan kepada orang ramai. Mengambil penyakiy-penyakit yang peratusannya tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri, Dr. Ezairy menjawab satu per satu soalan dengan lengkap beserta jalan terbaik untuk mencegahnya...' 

Buku ni menarik perhatian saya atas sebab kandungan yang terdapat di dalam buku ini,

- Kemandulan seorang lelaki, apa sebabnya?

- Jangkitan selepas keguguran

- Keguguran penyebab kanser payudara?

- Bagaimana mengesan serangan migrain?

- Masalah utama kanak-kanak disleksia

- 6 tip mudah tidur lena

- Anti-oksida membantu elak kanser

- Sindrom carpal tunnel

- Mengetahui jenis-jenis gastrik

Ini antara kandungan dalam buku. Ada yang biasa kita lihat, tahu, dengar tapi sebenarnya banyak yang kita tidak tahu. So buku ni saya tertarik untuk menambah pengetahuan dan juga mendapatkan info-info menarik yang ada dalam buku ini.


membaca menimba ilmu

3. Buku ARTRITIS ditulis oleh Masbah Omar dan Kamsiah Jaarin

Buku ni tentang masalah sendi dan tulang. Saya tertarik untuk membaca bagi menambah pengetahuan serta mendapatkan info-info tertentu sebagai rujukan.

Blurb :  

'Artritis merupakan satu keadaan yang dikenali sebagai radang pada satu atau lebih sendi-sendi tulang. Keadaan ini menyebabkan sendi menjadi bengkak, panas, kemerah-merahan, sakit dan kaku.

Pengetahuan masyarakat kita tentang artritis agak terhad. Ada yang beranggapan penyakit ini dideritai oleh orang tua sahaja; mereka tidak menghiraukannya dan membiarkan penyakit ini berlanjutan tanpa rawatan. Tetapi hakikatnya, anggapan ini tidak benar; sesiapa sahaja tidak kira usia boleh menghidap penyakit ini. Justeru, buku ini dapat memberi pengetahuan dan panduan kepada masyarakat tentang jenis-jenis artritis, punca artritis, tanda dan gejala artritis dan pelbagai aspek rawatan artritis, termasuk penggantian sendi.'

Saya merupakan peminjam pertama untuk tajuk buku Artritis. Betul juga lah kenyataan bahawa kita yang kurang mengambil tahu tentang penyakit ini. Antara kandungan yang menarik;

- Ubat-ubatan yang lazim digunakan dalam rawatan artritis dan kesan sampingannya

- Gout

- Artritis septik

- Osteoartritis

- Penggantian sendi dan peranannya dalam rawatan artritis

Tanpa membaca kita tidak akan mengetahui sesuatu. Pelbagaikan bahan bacaan agar setiap kita mendapat pengetahuan baru juga menjadikan kita lebih peka terhadap keadaan sekeliling kita. 



P/S : Saya merupakan pengedar berdaftar dan agent sah Shaklee. Untuk dapatkan produk-produk Shaklee dari saya atau ikuti laman sosial saya untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Shaklee. 

#shakleemalaysia #shakleepenampang #shakleekotakinabalu #shakleesabah #jomsihatbah #jomsihatshaklee #pengedarsahshaklee #jommembaca



Thursday, May 22, 2025

Kenali 8 Faktor Risiko Diabetes


8 faktor risiko diabetes



Diabetes adalah satu penyakit yang tidak berjangkit tapi berada pada tahap yang sangat membimbangkan. Kerana menurut statistik diabetes, Malaysia pada tahun 2024 Malaysia telah mencatat peningkatan dan negara kita berada di kedudukan yang sangat membimbangkan.

Berdasarkan data statistik diabetes di Malaysia pada tahun 2024, negara kita berada di kedudukan ke-5 tertinggi di dunia. 

Punca Terbentuknya Diabetes/Kencing Manis

Diabetes atau kencing manis terbentuk dan menjadi penyakit pada seseorang adalah disebabkan kerosakan organ terpenting pada tubuh manusia, seperti buah pinggang dan organ dalam perut iaitu usus kecil dan besar.

Berikut merupakan punca terbentuknya diabetes mengikut jenis.

1. Diabetes Type 1 
- Disebabkan oleh faktor autoimun, di mana sistem imun menyerang dan memusnahkan sel-sel pankreas yang menghasilkan insulin
- Selalunya berlaku kepada kanak-kanak atau remaja

2. Diabetes Type 2
- Akibat rintangan insulin atau penghasilan insulin yang tidak mencukupi
- Faktor risiko termasuklah berat badan berlebihan atau obesiti, gaya hidup tidak aktif, faktor keturunan juga penuaan.

3 Diabetes Gestasi
- Berlaku semasa hamil disebabkan perubahan hormon yang mengganggu fungsi insulin.

8 Tanda dan Gejala Diabetes

• Kerap membuang air kecil
• Kerap dahaga
• Kerap lapar
• Berat badan turun mendadak
• Penglihatan kabur
• Luka lambat sembuh
• Cepat penat dan lemah sepanjang masa
• Rasa kebas pada hujung saraf di telapak tangan dan kaki


8 faktor risiko diabetes



Paras glukosa pada tahap normal adalah disebabkan kehadiran sejenis hormon yang dipanggil insulin. Insulin diperlukan oleh badan kita agar organ-organ dalaman dapat menggunakan glukosa yang ditukar menjadikan tenaga.

8 faktor risiko diabetes

Proses glukosa terbina dalam salur darah


Tanpa insulin atau apabila insulin tidak mencukupi badan tidak dapat berfungsi dengan baik. Jika sel badan tidak dapat menyerap glukosa untuk digunakan (insulin resistance) maka penambahan glukosa ke dalam darah akan menjadi-jadi. Bahayanya glukosa yang tinggi dalam darah boleh merosakkan saraf.

Secara ringkasnya, diabetes adalah satu keadaan yang terdapat paras glukosa yang tinggi (daripada paras normal) dalam darah yang disebabkan ketiadaan atau tidak mencukupi insulin dalam badan bagi membawa glukosa yang diperlukan untuk memasuki sel-sel badan.


Jadual ujian menentukan Diabetes dan Prediabetes 

8 Faktor Risiko Diabetes


1. Kegemukan dan obes

Diukur dengan body mass index (BMI), tidak semestinya jika BMI anda tinggi, anda akan menghidao penyakit ini. Tetapi faktor ini merupakan salah satu petunjuk bahawa anda mempunyai risiko mendapat diabetes.

2. Kurang bersenam

Orang yang kurang bersenam mempunyai risiko mendapat penyakit diabetes. Kurang pergerakan fizikal secara aktif mengundang pelbagai penyakit seperti penyakit jantung, obes, sakit sendi, kulit kering dan lain-lain lagi.

3. Telah dikenal pasti glucose intolerance sebelum ini

Istilah ini digunakan kepada orang yang dalam lingkungan pradibetes. Kandungan glukosa darahnya tinggi daripada paras normal tetapi tidak tinggi untul dipanggil diabetic. Jika anda dikenal pasti oleh doktor berada di peringkat pradiabetes, anda juga berisiko untuk mendapat penyakit diabetes. Oleh itu, anda dinasihatkan menguruskan berat badan dan sentiasa bersenam.

4. Diet yang tidak sihat

Jika anda tidak makan sayur (tidak cukup serat), tidak makan buah-buahan, terlalu banyak makan makanan bergoreng, atau makan makanan yang dikategorikan tidak seimbang dari segi kandungan karbohidrat, protein, serat, lemak dan vitamin, anda juga mempunyai risiko untuk mendapat diabetes.

5. Mempunyai tekanan darah tinggi dan kolesterol darah yang tinggi

Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi (melebihi >130/80 mmHg) dan kolesterol >5 mmol/L anda mempunyai risiko mendapat diabetes. Justeru, kawal tekanan darah dan kolesterol abda melalui pelbagai senaman dan makanan seimbang.

6. Sejarah keluarga

Jika anda mempunyai saudara-mara, adik--beradik atau ibu baoa yang menghidap diabetes, anda juga berisiko.

7. Sejarah gestational diabetes

Jika semasa anda mengandung, anda telah menghidap gestational diabetes, anda juga mempunyai risiko mendapat diabetes.

8. Umur meningkat

Biasanya, setiap orang yang hidup akan mengalami peningkatan umur. Bila umur sudah bertambah, risiko penyakit tetap ada. Penyakit diabetes biasanya berlaku kepada kumpulan umur tertentu (> 40 tahun) terutama Type 2 Diabetes (T2DM).

Sumber : Buku Memahami Diabetes 


P/S : Saya merupakan pengedar berdaftar dan agent sah Shaklee. Untuk dapatkan produk-produk Shaklee dari saya atau ikuti laman sosial saya untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Shaklee

#shakleemalaysia #shakleepenampang #shakleekotakinabalu #shakleesabah #jomsihatbah #jomsihatshaklee #pengedarsahshaklee #diabetes #omegaguardshaklee #omegaguard






Tuesday, May 20, 2025

Doa dengan Asmaulhusna


doa dengan asmaulhusna



Ada ketika kita merasakan berat untuk kita mengamalkan sesuatu perkara dalam kehidupan seharian kita. Tapi sebenarnya kita hanya terleka dan terlupa dengan siapa kita patut cari bila hati dan fikiran rasa terbeban dengan segala macam dugaan yang kita hadapi dalam dunia ini.

Memang begitulah fitrah kita sebagai manusia sentiasa lupa. Kita lupa yang kita ada Allah S.W.T dan hanya pada dia tempat kita mengadu keresahan hati, tempat kita memohon pertolongan dan tempat kita memuji kebesaranNya.


Dalam entry saya pada hari ini, saya ingin berkongsi doa dengan Asmaulhusna agar sama-sama kita memperolehi manfaat dan keindahan melalui nama-nama Allah S.W.T


Seperti yang kita tahu Asmaulhusna mempunyai 99 nama Allah S.W.T dan saya akan berkongsi beberapa doa dengan Asmaulhusna dan akan bersambung dalam entry saya seterusnya.

Petikan dan doa-doa yang akan saya kongsikan di bawah ini saya ambil dari buku "Zikir dan Doa Muslimah Solehah" yang ditulis oleh Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa dan Abu Ayyub El-Faruqi.

Disclaimer : Saya menulis di dalam blog ini hanya ingin berkongsi "Doa dengan Asmaulhusna" buat mereka yang membaca blog saya agar sama-sama mendapat manfaatnya.



"Hanya milik Allah Asmaulhusna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaaul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang daripada kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan."

(Surah Al-A'raf, ayat 180)


Perbuatan berdoa dengan menggunakan nama-nama yang indah Allah s.w.t yang terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah ini adalah salah satu bentuk bertawasul dalam ibadah.

Allah menggalakkan hamba-Nya untuk berdoa dengan menggunakan nama-nama ini, kerana dengan nama-nama tersebut, doa seseorang itu akan lebih mudah dikabulkan.

Semoga bersama-sama kita mengamalkan doa ini dan mendapatkan manfaatnya.


doa dengan asmaulhusna 1

1.Ar-Rahman (Maha Pemurah)


doa dengan asmaulhusna 2

2.Ar-Rahim (Maha Penyayang)


doa dengan asmaulhusna 3

3.Al-Malik (Maha Merajai)


doa dengan asmaulhusna 4

4.Al-Quddus (Maha Suci)


doa dengan asmaulhusna 1

5.As-Salam (Pemberi Kedamaian)


doa dengan asmaulhusna 6

6.Al-Mu'min (Maha Pemberi Keamanan)


doa dengan asmaulhusna 7

7.Al-Muhaimin (Maha Memelihara)


doa dengan asmaulhusna 8

8.Al-Aziz (Maha Perkasa)


doa dengan asmaulhusna 9

9.Al-Jabbar (Maha Pemaksa)


doa dengan asmaulhusna 10

10.Al-Mutakabbir (Pemilik Segala Keagungan)


doa dengan asmaulhusna 11

11.Al-Khaliq (Maha Pencipta)


doa dengan asmaulhusna 12

12.Al-Bari (Maha Mengadakan)


doa dengan asmaulhusna 13

13.Al-Musowwir (Maha Pembentuk)


doa dengan asmaulhusna 14

14.Al-Ghaffar (Maha Pengampun)


doa dengan asmaulhusna 15

15.Al-Qahhar (Maha Penakluk)



P/S : Saya merupakan pengedar berdaftar dan agent sah Shaklee. Untuk dapatkan produk-produk Shaklee dari saya atau ikuti laman sosial saya untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Shaklee


#shakleemalaysia #shakleepenampang #shakleekotakinabalu #shakleesabah #jomsihatbah #jomsihatshaklee #pengedarsahshaklee

Testimoni Shaklee Saya : Kesan yang tidak terduga

testimoni shaklee saya

Assalamualaikum & hai semua,

Perkongsian saya pada hari ini adalah tentang kesan atau effect yang saya alami sepanjang pengambilan suplement yang benar-benar buat saya terkesan dan rasa sangat amazing.

Apa yang saya ingin kongsikan bukanlah semata-mata untuk buat kontent marketing atau cerita kosong mahupun rekaan semata-mata.

Saya berkongsi atas sebab ingin orang ramai aware tentang khasiat dan kebaikan kandungan yang terdapat pada suplement yang akan saya kongsikan sebentar lagi.


Saya ini suka membeli bahan bacaan sebagai rujukan tidak kiralah samada ianya berkaitan dengan agama, sejarah, motivasi mahupun kesihatan. Nak dijadikan cerita, saya terjumpa buku ini di salah sebuah platform yang bertajuk "Polifenol Sumber Makanan dan Manfaat Kesihatan".

Testimoni shaklee saya

Saya bukan belajar dalam bidang perubatan atau sains. Tapi sejak menceburi diri dalam bisnes yang berkaitan dengan kesihatan hati & minda saya terbuka untuk mengetahui bagaimana suplement membantu dalam pelbagai masalah kesihatan manusia seharian. 

Pada hari ini saya sangat berbangga kerana melalui bisnes yang saya ceburi ini saya dapat merasakan kehebatan kandungan polifenol yang ada pada produk kesihatan yang saya sendiri tidak menyangka dan sangat kagum dengan kehebatan polifenol.

Pada bulan puasa baru-baru ini, saya membeli supplement ini dengan tujuan dan niat untuk menggunakan sepanjang puasa. Bagi orang di luar sana beranggapan supplement ini tersangat lah mahalnya. Dan YA supplement ini mahal buat orang B40 seperti saya untuk mendapatkan supplement ini. 

Kita ada caranya untuk memiliki dan caranya korang yang membaca sekarang ini boleh hubungi saya di akhir entry saya ini jika berminat dan mengalaminya sendiri.

Bersambung pada cerita saya di atas, supplement ini mahal dan sangat ekslusif sebab kandungan yang terdapat pada supplement ini kita hanya boleh dapat dari SHAKLEE. Kita tidak akan jumpa kandungan ini di luar sana melainkan Shaklee.

Sepanjang saya menggunakan supplement ini, kesan atau effect yang saya rasa tidak perlu habiskan sebotol yang mempunyai 60 softjels untuk nampak,rasa dan alami keberkesanannya. Saya tidak mereka-reka cerita sebab ini adalah perkongsian saya dan saya alaminya sendiri.

Saya ada masalah tidur atau dipanggil insomnia. Sejak saya bergelar seorang ibu, perkataan 'tidur nyenyak' seperti telah dihapuskan dalam kamus hidup saya. Saya tidak pernah rasa tidur nyenyak, kadang tidur-tidur ayam, tidur dalam beberapa jam tapi bila peka pada sesuatu bunyi atau bising saya mudah terjaga dari tidur dan tidak dapat tidur semula.

Setiap kali masa mahu tidur, saya kena 'pancing' mata saya agar terlelap. Saya ada tetapkan waktu contoh, saya kena tidur sebelum jam 12 tengah malam. Maksudnya saya kena masuk bilik dan baring atas tilam dalam jam 9 - 10 malam untuk pastikan saya tidak terlewat untuk tidur sebelum jam 12 tengah malam.

Sebab apa? Sebab jika saya tidur melepasi masa yang telah saya tetapkan saya tidak akan dapat tidur dan hanya akan terlelap selepas jam 1 atau 2 tengah malam. Bayangkan berapa jam sahaja saya perlukan masa rehat saya sebelah malam dan jika terlepas waktu korang sendiri kiralah saya tidur hanya berapa jam sebab setiap subuh saya kena bangun awal sebelum kejutkan anak-anak yang bersekolah. 

Perkara ini berlarutan dan dah bertahun lama. Tapi sejak saya memiliki supplement ini dan saya hanya perlu telan 2 biji sebelum tidur, korang tahu tak apa saya rasa? Saya rasa seperti magic tidak sampai 1/2 jam saya sudah terlelap dan terlena. Sangat-sangat lena. Ya Allah! indah rasanya bila dapat tidur dengan nyenyak, aman, bunyi-bunyi terasa seperti auto senyap... Alarm bunyi memang dengar jugalah cuma rasa nyenyak tu hanya Allah yang tahu bagi orang macam saya ni rasa.

Supplement ini benar-benar memahami kemahuan badan kita. Saya tidak cukup tidur, tidak cukup rehat ia bantu saya melepasi masa-masa tidur saya dengan baik. Jika terbangun atau terjaga tengah malam saya dapat continue tidur saya sebelum sampai masanya saya bangun untuk melakukan tugasan seharian saya sebagai seorang ibu.

Bangun subuh tu rasa cergas dan rasa bersemangat sebab dapat tidur yang lena. Ok itu part pertama effect yang saya alami. Part kedua yang saya alami adalah, penat buat kerja di rumah kebetulan masa tu saya tengah ubah kedudukan perabot-perabot dalam rumah angkat barang sini sana susun barang dan pada malam harinya seperti biasa saya akan telan 2 biji sebelum tidur.

Keesokkan harinya, bangun seperti biasa saya cuba merasa jika ada lenguh,sakit-sakit belakang pinggang semua yang sepatutnya kita rasa selepas seharian kita bekerja keras tu langsung saya tidak terasa. Serius saya katakan bangun esok tu seperti semalam saya tidak buat apa-apa kerja. Badan rasa ringan.

Part ketiga pula tentang nafsu makan. Diawal perkongsian saya tadi saya beli supplement ini untuk tujuan sepanjang berpuasa kan. So, sepanjang puasa tu boleh dikatakan dalam sebulan puasa tu saya hanya makan nasi bila saya sedar saya dah lama tak sentuh nasi. Rasa hebat tak? Hahahaha.. 

Jarak antara rumah dengan tempat sekolah anak dalam 14km pergi dan balik dan 24km betul? Anak sidang petang tu balik sekolah 5.20 petang dan dekat tempat saya ni berbuka pada 6.28 petang begitu. Bila tiba waktu berbuka, saya berbuka hanya dengan makan beberapa biji kurma jika ada beli ketika itu atau makan kuih muih 1-2 biji dan minum air kosong. Selepas tu bila sampai rumah saya lapar tu tidak terasa sangat menderita. Sebab tahun-tahun sebelum ni saya mesti ambil heavy meal dan malam tak makan.

Tapi sepanjang pengambilan supplement ni, ia kawal nafsu makan saya. Jadi saya boleh kawal pembaziran makanan seperti tahun-tahun sebelum ni. Saya kawal anak saya nak beli untuk berbuka pilih 1 jenis makanan dan 1 jenis minuman untuk sahaja. Kalau tahun-tahun sebelum ni ya Allah nafsu membuak-buak bila ke bazaar macam-macam nak beli. Last-last membazir. So ni salah 1 sebab kesan yang saya alami. Nafsu makan terkawal sekaligus dapat elakkan pembaziran makanan sepanjang puasa. Alhamdullilah...

Last effect saya alami adalah tentang masalah dalaman wanita iaitu period/datang bulan. Sebenarnya masalah period saya tidaklah besar sangat cuma effect yang saya nampak adalah, kelancaran darah haid tu keluar. Sebab saya ni ada tanda-tanda sebelum period. Saya akan seperi bleeding dalam 2 hingga ke 4 hari baru darah pekat akan keluar tapi tu depends pada tubuh saya kalau kerap minum sejuk saya akan bleeding macam yang saya nyatakan lepas tu keluar darah 3 or 4 hari saja. 

Tapi dengan pengambilan supplement ni tak ada dah tanda-tanda bleeding terus keluar darah haid. Jimat pad..hahahaha...

So ini lah perkongsian saya sepanjang pengambilan supplement ini. Apa yang dapat saya simpulkan di sini adalah, manfaat polifenol yang terkandung di dalam 1 biji softgel membantu saya dalam kehidupan seharian saya yang saya sendiri tidak sangka sebegitu hebatnya polifenol ini.

Korang cuba bayangkan, jika korang yang ada masalh kesihatan tidak kiralah masalah seperti saya kah masalah lain dan korang dapat rasa dan alami sendiri bagaimanakah perasaan korang?

Betul supplement ni mahal. Tapi saya nak tanya berapa nilai kesihatan korang? Nak tunggu sampai dah 'bernanah' baru nak cari supplement? Sedangkan kita sudah maklum supplement adalah makanan tambahan yang mempunyai vitamin,mineral dan nutrien lain dan ia bukan ubat. 

So why not, korang amalkan pengambilan supplement dari sekarang jangan nak tunggu sakit baru nak cari supplement. Lepas tu jika salah pilih supplement korang terus anti-supplement atau tidak percaya pada supplement. 

Shaklee is the BEST choice sebab apa? Sebab ia berkesan,berkualiti dan semulajadi. Semua bahan dihasil dengan bahan semulajadi tiada bahan tiruan atau bahan tambahan semuanya SEMULAJADI.

Supplement ini membantu saya dalam kehidupan seharian saya;

✅ Membantu masalah insomnia

✅ Membantu kawal selera dan nafsu makan

✅ Badan terasa cergas dan bersemangat

✅ Period teratur

So korang yang ada masalah boleh tekan link di bawah saya akan bantu korang dan berikan konsultasi secara percuma.

Saya kongsikan supplement apa yang saya beli, saya alami dan saya kongsikan pada korang yang telah membacanya sehingga ke penghujung.


testimoni shaklee saya 2

botol kecil yang sangat HEBAT kandungannya


testimoni shaklee saya 3

All in 1 bottle & you will fall in love with this supplement


P/S : Saya merupakan pengedar berdaftar dan agent sah Shaklee. Untuk dapatkan produk-produk Shaklee dari saya atau ikuti laman sosial saya untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Shaklee

#shakleemalaysia #shakleepenampang #shakleekotakinabalu #shakleesabah #jomsihatbah #jomsihatshaklee #pengedarsahshaklee #resv

Monday, May 19, 2025

6 Manfaat Omega Guard untuk penjagaan kesihatan


6 manfaat omega guard shaklee

Assalamualaikum,

Sebelum saya memulakan entry saya pada hari ini, terlebih dahulu nak tanya korang dah tahu tentang manfaat yang terdapat dalam omega-3?

Kalau belum boleh tekan di sini. Dalam entry saya sebelum ini, saya menerangkan apa manfaat yang ada dalam omega-3 dan kenapa penting untuk kita mengambil omega-3 dalam kehidupan seharian kita.


Kenapa Omega Guard Shaklee wajib untuk kita?


Dalam entry saya hari ini, saya akan berkongsi dengan korang kelebihan, manfaat dan keistimewaan omega guard Shaklee.

Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Berikut adalah fungsi EPA dan tugas DHA kepada tubuh badan kita;


6 manfaat omega guard shaklee (1)


❤️ Fungsi EPA

▶️ Mencegah kanser

▶️ Mencegah pembekuan darah

▶️ Mengawal kadar kolesterol yang berlebihan

▶️ Baik untuk pesakit jantung

▶️ Menghindar tekanan perasaan

▶️ Mencegah penyakit darah tinggi


❤️ Tugas DHA

▶️ Mencegah asthma

▶️ Meningkatkan daya seksual

▶️ Mencegah penyakit kulit

▶️ Mengelakkan kanser payudara

▶️ Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan

▶️ Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan


Siapa yang sesuai untuk consume Omega Guard?


1. Ibu menyusu

πŸ‘‰πŸ» Membekalkan DHA untuk perkembangan otak bayi yang menyusu susu ibu

 πŸ‘‰πŸ» Dan membantu pengurusan berat badan ibu yang menyusu


2. Masalah berat badan

πŸ‘‰πŸ» Omega-3 meningkatkan hormon Leptine yang berfungsi untuk mengawal selera makan, membantu membakar lemak dengan cepat

πŸ‘‰πŸ» Berat badan akan lebih cepat turun dengan pengambilan omega guard berserta senaman


3. Ibu mengandung

πŸ‘‰πŸ» Membantu perkembangan otak bayi dari dalam kandungan

πŸ‘‰πŸ» Membantu mengelakkan kelahiran bayi pra-matang

πŸ‘‰πŸ» Membantu mengelakkan kenaikan berat badan yang berlebihan ketika hamil


4. Warga emas dan mereka yang ada masalah kesihatan 

πŸ‘‰πŸ» Mereka yang ada masalah sakit sendi, strok, batuk berkahak dan banyak lagi


5. Kanak-kanak

πŸ‘‰πŸ» Membantu perkembangan otak, menguatkan sistem imunisasi, mengurangkan gejala ekzema dan asthma


6 Manfaat Omega Guard Shaklee


6 manfaat omega guard shaklee (5)


1. Untuk tulang dan sendi

6 manfaat omega guard shaklee (6)

πŸ“Œ Menangani keradangan 

πŸ“Œ Bertindak sebagai pelincir sendi

πŸ“Œ Membantu mengurangkan kekejangan sendi, bengkak dan sakit

πŸ“Œ Menggalakkan pergerakan dan kelenturan sendi


2. Untuk kurus

6 manfaat omega guard shaklee (7)

πŸ“Œ Meningkatkan kadar metabolisme

πŸ“Œ Meningkatkan kadar pembakaran lemak

πŸ“Œ Mengawal paras lemak yang sihat

πŸ“Œ Meningkatkan rasa kenyang 

πŸ“Œ Meningkatkan paras insulin yang sihat


3. Untuk minda

6 manfaat omega guard shaklee (8)

πŸ“Œ Meningkatkan prestasi mental

πŸ“Œ Memperbaiki mood secara positif

πŸ“Œ Mengekalkan fungsi kognitif yang sihat untuk golongan lanjut usia

πŸ“Œ Menggalakkan perkembangan otak yang sihat pada bayi semasa tempoh kehamilan dan awal kelahiran


4. Untuk jantung sihat

6 manfaat omega guard shaklee (9)

πŸ“Œ Mengekalkan profil lipid yang sihat

πŸ“Œ Mengawal tekanan darah yang sihat

πŸ“Œ Memelihara saluran darah daripada tersumbat

πŸ“Œ Memberikan rythm degupan jantung yang sihat

πŸ“Œ Menyokong peredaran darah yang sihat


5. Untuk kanak-kanak

6 manfaat omega guard shaklee (10)

πŸ“Œ Anak yang pintar memerlukan pemakanan yang tinggi dengan asid lemak omega 3, DHA, EPA

πŸ“Œ Membantu untuk kanak-kanak fokus dalam pelajaran

πŸ“Œ Baik untuk diamalkan oleh kanak-kanak yang ada masalah ekzema


6. Untuk kulit


πŸ“Œ Meningkatkan kelembapan kulit

πŸ“ŒMembantu membaiki keradangan kulit seperti jerawat

πŸ“Œ Melindungi kulit dari kerosakkan akibat sinaran uv

πŸ“Œ Mengurangkan penuaan awal kulit

πŸ“Œ Mengelakkan hyperkeratin


Keistimewaan Omega Guard Shaklee


6 manfaat omega guard (3)


1. Penyulingan Molekul 3 peringkat bagi mendapatkan ketulenan dan kepekatan yang berkualiti. Proses properitari ini memekatkan Omega 3 dan menyingkirkan komponen berbahaya seperti raksa, plumbum, arsenik, kadmium, dioxins dan lain-lain bahan tercemar.

6 manfaat omega guard shaklee (4)


2. Minyak ikan yang bergred Farmaseutikal.



3. Mempunyai DHA dan EPA yang tinggi. 1 sajian memberikan 999mg asid lemak Omega 3 (546mg EPA, 360mg DHA).


4. Mengandungi 7 spektrum lengkap asid lemak omega tulen yang terhasil secara semulajadi seperti EPA, DHA, ALA, HPA, ETA, DPA dan SDA kesemua spektrum omega 3 yang diperlukan oleh badan.


6. Bau dan rasa hanyir yang minimum.


7. Diiktiraf oleh Friend of The Sea. Ianya untuk memastikan bekalan berterusan minyak ikan tanpa menjejaskan alam sekitar.


Di bawah ni saya kongsikan testimoni bagaimana Omega Guard Shaklee membantu dengan masalah yang mereka hadapi. Real testimony with Real people.





Kesihatan anak semakin baik


Anak fokus belajar


Imun badan kuat & bagus untuk kesihatan jantung


Ekzema semakin pulih & baik untuk kecerdasan otak


Asma berkurang


Bantu turunkan berat badan selepas bersalin


Rasa segar & bertenaga


Pening kepala mula hilang



P/S : Saya merupakan pengedar berdaftar dan agent sah Shaklee. Untuk dapatkan omega-3 yang berkualiti tinggi boleh dapatkan produk-produk Shaklee dari saya atau ikuti laman sosial saya untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Shaklee

#shakleemalaysia #shakleepenampang #shakleekotakinabalu #shakleesabah #jomsihatbah #jomsihatshaklee #omega3 #omegaguardshaklee #pengedarsahshaklee

Siapa Perlukan Vivix?

Vivix ada suplemen premium daripada Shaklee yang mengandungi ramuan utama iaitu Polifenol & Resveratrol.  Diformulasikan khas bagi menyo...